Perang Dingin merupakan keadaan ketegangan geopolitik setelah Perang Dunia II antara kuasa di Blok Timur (Kesatuan Soviet dan negara-negara satelitnya) dan kuasa di Blok Barat (Amerika Syarikat, sekutu-sekutu NATO-nya dan lain-lain). Para sejarawan tidak bersetuju sepenuhnya tarikh bermulanya Perang Dingin namun mereka bersetuju perang ini bermula pada rangka masa yang sama iaitu tempoh antara tahun 1947, tahun Doktrin Truman (sebuah polisi asing AS berikrar membantu negara-negara yang diancam oleh faham perluasan kuasa Kesatuan Soviet) telah diumumkan, dan pada tahun 1991, tamatnya perang ini ketika Kesatuan Soviet jatuh.
Ciri-ciri
Perang Dingin biasanya dianggap berlaku sekitar akhir perikatan antara AS dan Kesatuan Soviet semasa Perang Dunia Kedua sehingga pemecahan Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Perang Korea; Krisis Peluru Berpandu Cuba; Perang Vietnam; Perang Afghan; dan rampasan kuasa ketenteraan dibantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) terhadap kerajaan dipilih condong kekiri di Iran (1953), Guatemala (1954), dan Chile (1973) merupakan beberapa kejadian di mana ketegangan berkait dengan Perang Dingin mengambil bentuk pertelingkatah senjata. Dalam pertelagahan itu, kuasa besar, terutamanya Amerika Syarikat, beroperasi sebahagian besarnya dengan ,membekalkan senjata dan wang kepada penentang, perkembangan yang mengurangkan kesan langsung kepada populasi kuasa besar.
Pada dekad 1970-an, Perang Dingin telah memberi laluan kepada pengenduran ketegangan dan perhubungan antarabangsa menjadi semakin rumit apabila dunia tidak boleh dipecahkan kepada dua blok berasingan yang nyata. Akibatnya, negara-negara yang kurang berkuasa mampu menjadi lebih berdikari, dan kuasa besar ini adalah sebahagiannya berupaya untuk mengenalpasti minat mereka dalam percubaan untuk mengawal percambahan senjata nuklear (lihat SALT I & II dan Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik). Hubungan AS-Soviet telah kembali renggang pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, tetapi menjadi semakin pulih apabila blok Kesatuan Soviet menunjukkan tanda-tanda kejatuhan pada akhir 1980-an. Keruntuhan Kesatuan Soviet pada 1991, bermakna Rusia telah hilang status kuasa besarnya yang dicapai selepas Perang Dunia II.
Strategi konflik antara AS dan Kesatuan Soviet diarena global adalah lebih kepada strategi teknologi (lihat juga teori pencegahan). Ia turut melibatkan konflik secara tersembunyi melalui beberapa aktiviti perisikan. Selain daripada pembunuhan ejen-ejen perisikan, perang ini amat tertumpu kepada kebimbangan tentang senjata nuklear. Persoalannya adalah jika salahsatu kuasa besar menghasilkannya secara besar-besaran dan sama ada peperangan boleh dielak hanya dengan memiliki senjata tersebut. Satu lagi hakikat ialah peperangan propaganda yang rancak antara AS dengan Kesatuan Soviet. Sebenarnya, kemungkinan perang nuklear sejagat tidak pasti boleh dielakkan, akibat perang-perang wilayah yang lebih kecil, dan ini telah meningkatkan tahap kebimbangan setiap kali pertempuran berlaku. Ketegangan ini membentuk kehidupan manusia di seluruh dunia dengan takat yang sama dengan pertempuran benar.
Kawasan yang paling getir ialah Jerman, terutamanya di bandaraya Berlin. Tidak boleh dinafikan, simbol Perang Dingin yang paling jelas ialah Tembok Berlin. Tembok ini telah memisahkan Berlin Barat (sebahagian bandaraya yang dikawal Jerman Barat dan sekutunya) dari Berlin Timur dan wilayah Jerman Timur, yang mengelilinginya.
Perlumbaan senjata
Satu ciri utama Perang Dingin adalah perlumbaan senjata antara Kesatuan Soviet dan NATO, terutamanya Amerika Syarikat tetapi termasuk juga United Kingdom, Perancis, Jerman Barat, dan beberapa kuasa Eropah. Perlumbaan ini yang berlaku dalam pelbagai bidang teknologi dan ketenteraan menghasilkan banyak penemuan saintifik. Kemajuan revolusioner terutamanya adalah dalam bidang roket yang mendorong perlumbaan angkasa. (Kebanyakan atau kesemua roket yang digunakan untuk melancarkan manusia dan satelit ke angkasa lepas dan untuk sampai ke bulan berasal daripada reka bentuk ketenteraan.)
Bidang-bidang lain dalam perlumbaan senjata termasuk:
- artileri biasa
- grenad terdorong roket serta senjata anti kereta kebal yang lain
- jet pejuang
- kapal selam dan peperangan anti-kapal selam
- kenderaan berperisai
- meriam anti pesawat
- Peluru berpandu balistik antara benua (serta juga IRBM)
- Peluru berpandu balistik pelancaran kapal selam
- Pesawat pengebom
- Peluru berpandu permukaan ke permukaan (termasuk SRBM dan peluru berpandu krus)
- penjualan senjata kepada negara-negara dunia ketiga untuk melihat sistem senjata kuasa besar yang mana adalah lebih berkesan
- perisikan elektronik
- perisikan isyarat
- pesawat pengintip
- satelit pengintip
- senapang
- senjata biologi
- senjata kimia
- senjata nuklear
- teknologi Peluru berpandu anti balistik
Semua bidang ini memerlukan pelaburan teknologi dan pengilangan yang tinggi. Dalam banyak bidang, orang Barat telah mencipta senjata-senjata dengan keberkesanan yang unggul, terutamanya kerana pencapaian mereka dalam bidang komputer digital serta keberatan mereka untuk mengembangkan sistem-sistem dengan keunggulan keganasan. Sebaliknya, blok Timur mencipta bilangan reka bentuk yang lebih besar dalam setiap bidang, dan membina lebih banyak jenis senjata pada jumlah yang lebih besar.
Salah satu ciri perlumbaan senjata nukear yang ketara, disokong khususnya oleh penggunaan ICBM nuklear, ialah konsep pencegahan melalui kebinasaan pasti bersama atau "MAD". Gagasan bahawa blok Barat tidak akan menyerang blok Timur dan sebaliknya disebabkan oleh kedua-dua pihak memiliki cukup banyak senjata nuklear untuk menghapuskan sama sekali satu sama lain dan mengakibatkan seluruh bumi tidak dapat dihuni. Justera itu, menyerang satu sama lain merupakan suatu perbuatan pembunuhan diri yang kedua-dua pihak tidak ingin mencuba.
Selepas perpecahan Kesatuan Soviet, banyak teknologi yang amat tinggi kini boleh didapati di pasaran terbuka. Jet pejuang, misail anti pesawat, senjata kecil, serta juga senjata nuklear, biologi, dan bahan kimia dikatakan telah bertukar tangan. Dalam sesetengah kes, negara-negara bekas blok Soviet merampas harta-harta seperti kapal tentera laut yang dilabuhkan di pelabuhan-pelabuhan yang kini dimiliki oleh mereka. Dalam banyak kes, kerajaan-kerajaan tersebut tidak berupaya mengendalikan atau memeliharakan harta-harta itu, dengan sebilangannya dilelong.
Rujukan
- Friedman, Norman (2000). The Fifty Year War: Conflict and Strategy in the Cold War. Percetakan Institut Tentera Laut, Annapolis, MD. ISBN 1-55750-264-1.
- Patterson, Thomas G.; dll. (2000). American Foreign Relations, A History - Since 1865. Syarikat Houghton-Mifflin, New York, NY. ISBN 0-395-93887-2. Explicit use of et al. in:
|author=
(bantuan)
Lihat juga
- Garis masa peristiwa dalam Perang Dingin
- Kedwikutuban
- Kekutuban tigaan
- Perlumbaan Angkasa Lepas
- Sejarah Amerika Syarikat (1945-1964)
- Sejarah Amerika Syarikat (1964-1980)
- Sejarah Amerika Syarikat (1980-1988)
- Sejarah Amerika Syarikat (1988-kini)
- Sejarah Kesatuan Soviet (1927-1953)
- Sejarah Kesatuan Soviet (1953-1985)
- Sejarah Kesatuan Soviet (1985-1991)
Pautan luar
- Pusat penyebaran laman web yang mengkhususkan dalam Perang Dingin Diarkibkan 2005-08-02 di Wayback Machine
- Tokoh, negara, dan agensi yang utama dalam Perang Dingin
- Persidangan Kemuncak Reagan/Gorbachev Diarkibkan 2006-10-07 di Wayback Machine
- Persatuan Bekas Perajurit Perang Dingin Diarkibkan 2019-12-22 di Wayback Machine
- Sejarah sekutu-sekutu barat di Berlin semasa Perang Dingin
- Tanggapan-tanggapan Ancaman Rusia dan Rancangan untuk Mensabotaj Amerika Syarikat Diarkibkan 2008-07-24 di Wayback Machine