.cd adalah domain peringkat tinggi kod negara Internet untuk negara Republik Demokratik Congo. Ia dicipta pada 1997 sebagai penggantian kepada .zr (Zaire) ccTLD, yang mana telah dipadam pada 2001.
Kecuali untuk nama tempahan seperti .com.cd, .net.cd, .org.cd dan lain-lain, sesiapa sahaja di dunia ini boleh mendaftar domain .cd dengan bayaran, kebanyakan pendapatan daripadanya pergi kepada kerajaan dan rakyatnya. ccTLD popular (dan akibatnya bernilai ekonomi) kerana ia adalah singkatan untuk compact disc (ccTLD serupa yang lain ialah .fm, .am, .tv, .ws dan .dj).