Lokasi | Stesen Sungai Buloh, Seksyen U20, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.[1] |
---|---|
Koordinat | 3°12′22″N 101°34′49″E / 3.20611°N 101.58028°EKoordinat: 3°12′22″N 101°34′49″E / 3.20611°N 101.58028°E |
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu MRT Corp |
Laluan | 2 Laluan Pelabuhan Klang 9 Laluan Kajang (Ditutup Julai 2021) |
Platform | 3: 2 platform sisi dan 1 platform tengah |
Trek | 6 |
Pengendali kereta api | 12 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) 2 ETS Keretapi Tanah Melayu |
Sambungan | Rapid Bus: T100, T101, T102, T103, T105 (ditutup), T154, T155 Selangor Omnibus: 100, 101, 107, KS02 |
Pembinaan | |
Jenis struktur | 2 ETS Atas tanah 12 Bertingkat |
Templat letak kenderaan | 1,236 petak parkir kereta dan 258 petak parkir motosikal |
Kemudahan OKU | Ya |
Maklumat lain | |
Kod stesen | KA08 PY04 |
Tarikh penting | |
Nov 1892 | Stesen KTM dibuka. |
Ogo 1995 | Stesen KTM dielektrikkan. 1 dibuka. |
Dis 2015 | Rombakan laluan. 1 ditutup, 2 dibuka. |
Dis 2016 | 9 dibuka dan stesen dibina semula. |
Jun 2022 | Rombakan laluan. 9 ditutup, 12 dibuka. |
Perkhidmatan | |
Lokasi | |
Stesen keretapi Sungai Buloh adalah stesen keretapi yang terletak di Sungai Buloh, barat laut Kuala Lumpur.
Ia adalah stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang dan KTM ETS, dan satu bahagian lagi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK). Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan. Stesen bersepadu dibuka pada 16 Disember 2016 seiring dengan pembukaan fasa pertama Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.
Stesen ini kini merupakan termius utara Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. Apabila Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) memulakan operasi, dijangka pada tahun 2021, stesen ini akan menjadi sebahagian daripada laluan SSP dan tidak lagi menjadi stesen laluan SBK kerana kedua-dua laluan akan berakhir di stesen MRT Kwasa Damansara.
Sejarah
Stesen keretapi Sungai Buloh dibuka pada 7 November 1892 apabila sebahagian laluan kereta api utama, KTM Laluan Pantai Barat diantara Persimpangan Batu dan Rawang dibuka.[2]
Stesen ini menjalani pengubahsuaian dibawah Projek Landasan Elektrik Berkembar Lembah Klang yang menjadikan stesen ini sebahagian daripada perkhidmatan KTM Komuter bermula 14 Ogos 1995.[3] Laluan ETS mula berkhidmat di stesen ini pada tahun 2012 sejajar dengan perasmian ETS Transit (kini ETS Silver).[perlu rujukan] Stesen ini pada asalnya terletak dibawah Laluan Rawang-Seremban sehingga tahun 2016 apabila rombakan perkhidmatan KTM Komuter menukar perkhidmatan di stesen ini ke Laluan Pelabuhan Klang dengan kereta api berkhidmat diantara Tanjung Malim dan Pel. Klang.[4]
Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) pula mula berkhidmat di stesen ini pada 16 Disember 2016 seiring dengan perasmian fasa pertama laluan ini.[5] Sebuah stesen baharu dibina di atas stesen KTM sedia ada bagi menghubungkan platform MRT aras tinggi dan platform KTM atas tanah. MRT Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) akan menggantikan perkhidmatan MRT Laluan SBK apabila fasa pertama laluan SSP dirasmikan pada Julai 2021.[6]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang LP 54 Jalan Kuala Selangor berhampiran persimpangan LP 54 Jalan Kuala Selangor — LP 15 Jalan Sungai Buloh di Sungai Buloh, Selangor. Persimpangan Sungai Buloh Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Utara-Selatan terletak kira-kira 400m tenggara stesen. Juga terletak berhampiran stesen adalah Kem TDM Sungai Buloh, sekolah swasta ELC International, Masjid Jamek Sungai Buloh, SJK (T) Saraswathy, Sierramas West Clubhouse dan taman perumahan Sierramas West.
Pelan stesen
L3 Platform MRT |
Platform 1 | → 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY41 Putrajaya Sentral (Damansara Damai) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
Platform 2 | ← 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY01 Kwasa Damansara (Kampung Selamat) | |
L2 | Aras legar MRT | Sambungan Aras Platform MRT dengan Aras Legar Umum |
L1 | Aras legar umum | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan sambungan tidak berbayar KTM dengan MRT |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
G Platform KTM |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | |
KTM Arah Selatan | → 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Pel. Klang (Kepong Sentral) → ETS ETS Gold menghala ke Gemas atau KL Sentral (Kuala Lumpur) | |
Landasan Pintasan | ||
Landasan Pintasan | ||
KTM Arah Utara | ← 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (Kuang) ← ETS ETS Gold menghala ke Padang Besar (Rawang atau Tanjung Malim) | |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan empat tingkat: aras platform MRT, aras legar MRT, aras legar umum, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar MRT untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang dan dua platform sisi di bawah aras legar umum untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[7] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,236 petak parkir kereta dan 258 petak parkir motosikal.[8]
Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan MRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.
Perkhidmatan Bas
Bas RapidKL laluan T100, T101, T102, T103, T105 (ditutup), T154 dan T155 bermula dan berkhidmat di Pintu A stesen ini. Bas utama Selangor Omnibus laluan 100, 101, 107 dan KS02 berkhidmat di Pintu B stesen ini.
Pintu stesen
Secara keseluruhannya, Stesen Sungai Buloh mempunyai dua pintu masuk dan keluar utama dan masing-masing terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu A merupakan pintu utama stesen yang terletak di Jalan Stesen of Jalan Kusta, di utara stesen. Pintu B pula terletak di selatan stesen, menghala ke Jalan Kuala Selangor (Jalan Persekutuan 54), menghubungkan antara dua hala jalan tersebut. Pintu A mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya manakala Pintu B hanya disediakan tangga sahaja. Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik Rapid KL laluan T100, T101, T102, dan T105 beroperasi sepenuhnya di Pintu A sahaja. Manakala bas Selangor Omnibus laluan 100, 101, 107, dan KS02 berkhidmat di pintu B sahaja.[9][10]
Rujukan
Petikan
- ^ "Sungai Buloh-MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Nov 2018. Dicapai pada 15 Nov 2018.
- ^ Mohamed 1985, m/s. 55.
- ^ Meng, Yew Choong (3 Sep 2017). "Rail business on track". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-08. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ "Komuter service to be rerouted during 6-month trial" (dalam bahasa Inggeris). 8 Dis 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ "Sungai Buloh — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-15. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — MSPR Sungai Buloh". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
- ^ "Sungai Buloh MRT Station". Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-28. Dicapai pada 2018-10-17.
Bibilografi
- Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management.
Pautan Luar