Lokasi | Stesen SunMed, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°03′55.9″N 101°36′30.8″E / 3.065528°N 101.608556°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | B1 BRT Laluan Sunway | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Sambungan | Sunway Medical Centre | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | B1 Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SB4 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | B1 2 Jun 2015 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen BRT SunMed ialah stesen BRT yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor dan merupakan stesen bagi BRT Laluan Sunway.[1][2] Stesen ini dibuka apabila laluan ini mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015.[3] Seperti stesen-stesen BRT lain, stesen ini adalah stesen bertingkat.
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di atas Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor. Di utara stesen adalah Sunway Medical Centre manakala di selatan stesen adalah pusat membeli-belah Sunway GEO Avenue. Juga terletak berhampiran adalah Menara Sunway Geo, Sunway Lagoon Club, Palmville Resort Condominium, taman perumahan BayRocks Garden Waterfront Villas, dan Sunway Geo Residences.
Pelan stesen
P Platform |
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri | |
SB Arah Utara | → B1 BRT Laluan Sunway menghala ke SB1 Sunway-Setia Jaya (Sunway Lagoon) | |
SB Arah Selatan | ← B1 BRT Laluan Sunway menghala ke SB7 USJ 7 (SunU-Monash) | |
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri | ||
M | Aras mezanin | Jejambat merentasi platform, laluan pejalan kaki ke Sunway Medical Centre dan Sunway GEO Avenue |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan dua platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Di setiap platform terdapat mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif. Bagi penumpang yang ingin menukar laluan, mereka perlu keluar dari sistem dan membeli tiket baharu kerana jejambat merentasi platform terletak di ruang tidak berbayar stesen.
Perkhidmatan bas
Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Sunway Medical Centre dimana bas laluan Sunway City berkhidmat di hentian bas tersebut.
Rujukan
- ^ Bernama (2019-09-30). "RapidKL lanjut waktu operasi sempena ambang tahun baru 2020". Malaysia Kini. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ "Hanya 16 minit dari Sunway ke USJ7". Harian Metro. New Straits Times Press. 2015-09-06. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (1 Jun 2015). "PM lancar BRT pertama Malaysia". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.