Lokasi | Stesen Pura Heights, Persiaran Putra Indah, 47650 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 2°59′45″N 101°34′31″E / 2.99583°N 101.57528°EKoordinat: 2°59′45″N 101°34′31″E / 2.99583°N 101.57528°E | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | |||||||||||||||
Laluan | 4 Laluan Sri Petaling 5 Laluan Kelana Jaya | |||||||||||||||
Platform | 3:2 platform sisi dan 1 platform tengah | |||||||||||||||
Trek | 4 | |||||||||||||||
Pengendali kereta api | 4 5 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia | |||||||||||||||
Sambungan | 752, T759, T760, E1 | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | 4 5 Bertingkat | |||||||||||||||
Templat letak kenderaan | 452 petak parkir | |||||||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | SP31 KJ37 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 4 5 30 Jun 2016 | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Stesen LRT Putra Heights adalah stesen LRT bagi Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Putra Heights, Selangor, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena pekan berdekatan, pekan Putra Heights. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Sri Petaling dengan Laluan Kelana Jaya. Stesen ini merupakan salah satu daripada dua stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan LRT, satu lagi adalah stesen Masjid Jamek.
Stesen ini merupakan sebahagian daripada projek Penyambungan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya ke stesen ini daripada Sri Petaling (bagi Laluan Sri Petaling) dan Kelana Jaya (bagi Laluan Kelana Jaya). Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016.[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak berhampiran persimpangan Persiaran Putra Indah dan Persimpangan Putra Permai. Di sebelah timur stesen adalah Lebuhraya Utara–Selatan Lingkaran Tengah Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) manakala di sebelah barat stesen adalah Putra Point Commercial Centre. Juga terletak berhampiran stesen adalah Depoh LRT Kampung Kuala Sungai Baru, dan kawasan perumahan seperti Laman Putra, Putra Bahagia dan Putra Avenue.
Pelan stesen
L2 Platform |
Platform sisi, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini | |
Landasan tidak digunakan | ||
KJ Arah Utara | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Subang Alam) | |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
SP Arah Utara | → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP1 Sentul Timur (Puchong Prima) | |
Landasan tidak digunakan | ||
Platform sisi, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini | ||
L1 | Aras Legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling dan dua platform sisi yang tidak digunakan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 452 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan Bas
Bas RapidKL laluan 752, T759, T760 dan E1 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
- ^ Malik Ridhwan (27 Jun 2016). "Sambungan jajaran LRT Kelana Jaya dan Ampang mula operasi 30 Jun". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Nov 2018. Dicapai pada 7 Nov 2018.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)