Semyon Konstantinovich Timoshenko (Rusia: Семён Константинович Тимошенко; Ukraine: Семен Костянтинович Тимошенко, rumi: Semen Kostyantynovych Tymoshenko; 18 Februari [G.L.: 6 Februari] 1895 – 31 Mac 1970) ialah seorang panglima tentera Soviet, Marsyal Kesatuan Soviet, dan salah seorang panglima Tentera Merah yang paling terkenal semasa Perang Dunia Kedua.
Dilahirkan dalam sebuah keluarga Ukraine di Bessarabia, Timoshenko telah dipanggil berkhidmat dalam Tentera Darat Imperial Rusia dan terlibat dalam pertempuran semasa Perang Dunia I sebagai seorang anggota pasukan berkuda. Apabila Revolusi Rusia meletus, beliau menyertai Tentera Merah. Beliau berkhidmat dengan cemerlang semasa Perang Saudara Rusia dan Perang Poland–Soviet selepas itu, yang menyebabkan beliau mendapat perhatian dan sokongan Vladimir Lenin dan Joseph Stalin. Dengan cepat naik pangkat, Timoshenko memegang beberapa pemerintahan wilayah sepanjang tahun 1930-an dan terselamat daripada Great Purge. Beliau mengetuai Barisan Ukraine semasa Pencerobohan Soviet ke atas Poland pada tahun 1939. Pada awal tahun 1940, Timoshenko mengambil alih pemerintahan Perang Musim Sejuk di Finland daripada Kliment Voroshilov dan berjaya mengubah keadaan memihak kepada Soviet. Pada Mei 1940, beliau dilantik sebagai Marsyal Kesatuan Soviet dan Komisar Rakyat bagi Pertahanan. Dalam jawatan tersebut, beliau mengambil langkah untuk memodenkan Tentera Merah dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan perang dengan Jerman Nazi.
Apabila pencerobohan Jerman ke atas Kesatuan Soviet bermula, Timoshenko dilantik sebagai pengerusi Stavka. Digantikan oleh Stalin sendiri sebulan kemudian, beliau terus memegang beberapa pemerintahan penting pada tahun berikutnya. Pada akhir tahun 1941, beliau mengatur satu penyerangan balas besar di Rostov, yang memberinya kemasyhuran antarabangsa. Namun, nasibnya merosot menjelang pertengahan 1942, khususnya selepas kekalahan besar Soviet di Pertempuran Kharkov Kedua, dan beliau digugurkan daripada pemerintah Barisan Stalingrad yang baru dibentuk. Beliau dipanggil semula pada akhir tahun itu dan dilantik sebagai panglimq Barisan Barat Laut, dan sebagai wakil Stavka beliau menyelia serta menyelaras operasi beberapa barisan pada pelbagai masa semasa fasa terakhir perang, termasuk Barisan Leningrad, Barisan Volkhov, Barisan Kaukasus Utara, Armada Laut Hitam, serta Barisan Ke-2 Ukraine dan Ke-3.
Selepas perang, Timoshenko memegang jawatan panglima di beberapa wilayah tentera Soviet sehingga beliau bersara secara rasmi pada tahun 1960. Beliau meninggal dunia pada tahun 1970 pada usia 75 tahun.
Tarikh kenaikkan pangkat
- Komkor (Komander Kor)—20 November 1935
- Komandarm Pangkat Kedua (Komander Ketumbukan)—28 Julai 1937
- Komandarm Pangkat Pertama (Komander Ketumbukan)—8 Februari 1939
- Marshal sovetskogo soyuza (Marsyal Kesatuan Soviet)—7 Mei 1940
Anugerah kebesaran
Empayar Rusia
![]() |
Cross of St. George, 2nd, 3rd and 4th class |
Soviet Union
- Honorary revolutionary weapon – a sword with a nominal Order of the Red Banner (28 November 1920)
Anugerah asing
![]() |
Military Order of the White Lion "For Victory" (Czechoslovakia) |
![]() |
Golden Order of the Partisan Star (Yugoslavia) |
Medal "30 Years of Victory in the Khalkhin-Gol" (Mongolia) |
Rujukan
Petikan
Sumber am
- Axelrod, Alan; Kingston, Jack A. (2007). Encyclopedia of World War II. 1. H W Fowler. ISBN 978-0-8160-6022-1.
- Erickson, John (1999). The Road to Stalingrad: Stalin's War with Germany. 1. Yale University Press. ISBN 0-300-07812-9. (1975, 2003)
- Glantz, David M.; House, Jonathan (2009). To the Gates of Stalingrad: Soviet-German Combat Operations, April–August 1942. Lawrence: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1630-5.
Pautan luar
![]() |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Semyon Timoshenko |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Semyon Timoshenko |
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Ivan Fedko |
Panglima Wilayah Tentera Kiev 1938–1940 |
Diikuti oleh: Georgy Zhukov |
Didahului oleh Kirill Meretskov selaku Panglima Wilayah Tentera Leningrad |
Panglima Barisan Barat Laut 1940 |
Diikuti oleh: Mikhail Kirponos selaku Panglima Wilayah Tentera Leningrad |
Didahului oleh - |
Pengerusi Markas Besar Angkatan Tentera Soviet 1941 |
Diikuti oleh: Joseph Stalin |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Kliment Voroshilov |
Komisar Rakyat bagi Pertahanan 1940–1941 |
Diikuti oleh: Joseph Stalin |