Vasily Sokolovsky | |
---|---|
![]() Sokolovsky pada tahun 1946 | |
Kelahiran | Kozliki, Empayar Rusia | 21 Julai 1897
Meninggal dunia | 10 Mei 1968 Moscow, Kesatuan Soviet | (umur 70)
Disemadikan | Tembok Kremlin Necropolis, Moscow |
Kesetiaan | RSPS Rusia (1918–1922) Kesatuan Soviet (1922–1962) |
Perkhidmatan | Tentera Merah |
Tahun perkhidmatan | 1918–1962 |
Pangkat | Marsyal Kesatuan Soviet (1946–1962) |
Arahan | Divisyen Ke-43 Raifal Barisan Barat Ketua Turus Am |
Pertempuran | |
Anugerah | Wira Kesatuan Soviet Order of Lenin (8) Order of the Red Banner (2) Order of the October Revolution Order of Suvorov, Kelas Pertama (3) Order of Kutuzov, Kelas Pertama (3) |
Vasily Danilovich Sokolovsky (Rusia: Василий Данилович Соколовский; 21 Julai 1897 – 10 Mei 1968) ialah seorang panglima tentera Soviet, ahli teori ketenteraan, Marsyal Kesatuan Soviet, dan panglima angkatan Tentera Merah semasa Perang Dunia II. Sebagai ketua staf kepada Georgy Zhukov, Sokolovsky membantu merancang dan melaksanakan Pertempuran Berlin. Beliau juga berkhidmat sebagai panglima Kumpulan Tentera Soviet di Jerman dan Ketua Turus Am Soviet.
Dilahirkan dalam keluarga petani Belarus di Grodno dalam Empayar Rusia, Sokolovsky menyertai Tentera Merah pada tahun 1918 dan berkhidmat dengan cemerlang di Asia Tengah semasa Perang Saudara Rusia. Beliau memegang beberapa jawatan turus, akhirnya menjadi Timbalan Ketua Turus Am pada permulaan pencerobohan Jerman ke atas Kesatuan Soviet. Pada akhir 1941, beliau membantu menyelaras penyerangan balas Soviet di Pertempuran Moscow dan mengundurkan tentera Jerman dari ibu kota itu. Sebagai panglima Barisan Barat Soviet, beliau kemudian terlibat dalam Pertempuran Kursk dan Operasi Kutuzov. Pada April 1944, Sokolovsky dilantik sebagai ketua staf Barisan Pertama Ukraine di bawah Georgy Zhukov, satu jawatan yang dipegangnya sehingga akhir perang. Dalam peranan itu, beliau membantu melaksanakan penaklukan Zhukov ke atas Berlin.
Selepas perang, Sokolovsky dilantik sebagai timbalan panglima Angkatan Soviet di Jerman sehingga Julai 1946, apabila beliau dinaikkan pangkat menjadi panglima tertinggi Pentadbiran Tentera Soviet; beliau juga dianugerahkan pangkat Marsyal Kesatuan Soviet. Pada tahun 1949, Sokolovsky menjadi Timbalan Menteri Pertahanan Soviet, dan pada 1952 beliau dilantik sebagai Ketua Turus Am. Beliau secara rasmi bersara menjelang 1960 tetapi kembali terkenal di peringkat antarabangsa melalui naskah tulisannya mengenai strategi ketenteraan. Sokolovsky meninggal dunia pada tahun 1968 pada usia 70 tahun.
Tarikh kenaikkan pangkat
- Komdiv (Komander Divisyen)—21 November 1935
- Komkor (Komander Kor)—31 Disember 1939
- Generalleytenant (Leftenan Jeneral)—4 Jun 1940
- Generalpolkovnik (Kolonel Jeneral)—13 Jun 1942
- General armii
(Jeneral Ketumbukan)—27 Ogos 1943
- Marshal sovetskogo soyuza (Marsyal Kesatuan Soviet)—3 Julai 1946
Anugerah kebesaran

- Soviet Union
- Anugerah asing
![]() |
Order of the Red Banner (Mongolia) |
![]() |
Patriotic Order of Merit in gold, twice (East Germany) |
![]() |
Golden Order of the Partisan Star (Yugoslavia) |
![]() |
Commander's Cross of the Virtuti Militari (Poland) |
![]() |
Cross of Grunwald, 3rd class (Poland) |
![]() |
Medal "For Warsaw 1939–1945" (Poland) |
![]() |
Medal "For Oder, Neisse and the Baltic" (Poland) |
![]() |
Order of the White Lion, 1st class (Czechoslovakia) |
![]() |
Medal "In Commemoration of the Battle of Dukla Pass" (Czechoslovakia) |
![]() |
Medal of the Order of the Slovak National Uprising (Czechoslovakia) |
![]() |
Commander, Legion of Merit (US) |
![]() |
Grand Officer of Legion of Honour (France) |
![]() |
Honorary Knight Commander of the Order of the British Empire (Military Division) (UK) |
![]() |
Medal of Sino-Soviet Friendship (China) |
?
|
Order of the Republic (Tuvan People's Republic, 31 March 1942) |
Rujukan
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Vasily Sokolovsky |
![]() |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Vasily Sokolovsky |
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sergei Shtemenko |
Ketua Turus Am Angkatan Tentera Kesatuan Soviet Jun 1952 – April 1960 |
Diikuti oleh: Matvei Zakharov |