Panglima Kor командир корпуса | |
---|---|
![]() Lencana kolar kot | |
Negara | ![]() |
Cawangan khidmat | Tentera Merah |
Kependekan | Komkor |
Formasi | 1935 |
Digugurkan | 1940 |
Pangkat tinggi seterusnya | Komandarm pangkat ke-2 |
Pangkat rendah sebelumnya | Komdiv |
Pangkat setara | Pegawai Berbendera Pangkat Pertama |
Komkor (Rusia: комкор) ialah singkatan kata bagi Komander Kor (Rusia: командир корпуса, rumi: komandir korpusa; secara harfiah: panglima kor). Ia merupakan sejenis pangkat tentera dalam Tentera Merah dan Tentera Udara Kesatuan Soviet (KRSS) dari tahun 1935 hingga 1940. Ia juga merupakan gelaran bagi pegawai tentera yang dilantik untuk memimpin formasi bersaiz kor (XXX).
Sehingga tahun 1940, pangkat ini merupakan pangkat keempat tertinggi dalam Tentera Merah. Ia setaraf dengan Komisar Kor (ru: корпусной комиссар) dalam staf politik semua cabang tentera, Pegawai Berbendera Pangkat Pertama (ru: флагман 1-го ранга) dalam tentera laut Soviet, atau Komisar keselamatan negara pangkat ke-3 (ru: комиссар государственной безопасности 3-го ранга).Dengan pengenalan semula sistem pangkat jeneral tetap pada tahun 1940, gelaran komkor telah dimansuhkan dan digantikan dengan Kolonel Jeneral.
Sejarah
Pangkat ini telah diperkenalkan melalui keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kesatuan Soviet dan Majlis Komisar Rakyat, bertarikh 22 September 1935.[1]Struktur pangkat baharu adalah seperti berikut:
- Pemerintahan tahap Briged X: Kombrig (Brigedier / Panglima Briged)
- Pemerintahan tahap Divisyen XX: Komdiv (Panglima Divisyen)
- Pemerintahan tahap Kor XXX: Komkor (Panglima Kor)
- Pemerintahan tahap Tentera darat medan XXXX: Komandarm pangkat ke-2 (Panglima Ketumbukan pangkat kedua - Panglima Ketumbukan)
- Pemerintahan tahap Kumpulan tentera darat, Barisan XXXXX: Komandarm pangkat pertama (Panglima Ketumbukan pangkat pertama – Panglima Barisan)
- Marsyal Kesatuan Soviet
Seramai 146 anggota tentera telah dinaikkan pangkat ke jawatan Komkor. Namun begitu, 59 orang daripada mereka telah disingkirkan semasa Pembersihan Besar-Besaran (Great Purge). Berikutan pengenalan semula sistem pangkat tentera biasa pada tahun 1940, seorang Komkor dinaikkan pangkat menjadi Jeneral Ketumbukan (Georgy Zhukov), 51 orang dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral (OF-7), dan enam orang dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral (OF-6). Akhir sekali, Komkor Leonid Grigorevich Petrovsky telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1941.
Lencana pangkat
-
Lencana kolar kot labuh (besar)
-
Lencana kolar jaket dan gymnastyorka
-
... Tentera Udara
-
Sevron/ lencana lengan
Lihat juga
Rujukan
- ^ Keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kesatuan Soviet dan Majlis Komisar Rakyat, bertarikh 22 September 1935, mengenai pengenalan penetapan pangkat tentera individu kepada anggota markas Tentera Merah Pekerja dan Petani.