Ernst Udet | |
---|---|
Kelahiran | 26 April 1896 Frankfurt am Main |
Meninggal dunia | 17 November 1941 Berlin | (umur 45)
Disemadikan | Invalidenfriedhof di Berlin |
Kesetiaan |
|
Perkhidmatan | |
Tahun perkhidmatan | 1914–1919, 1934–1941 |
Pangkat |
|
Unit | Perang Dunia I: FA 68, FA(A) 206, KEK Habsheim, Jastas 4, 11, 15, 37 |
Arahan | Perang Dunia I: Jasta 37, Jasta 4 |
Pertempuran | Perang Dunia I |
Anugerah |
Kolonel Jeneral Ernst Udet (26 April 1896 – 17 November 1941) ialah seorang ace Jerman yang mendapat skor kedua tertinggi dalam Perang Dunia I. Beliau adalah salah seorang ace termuda dan merupakan ace Jerman yang mendapat skor tertinggi yang masih hidup selepas perang (pada usia 22 tahun).[1] 62 kemenangannya yang disahkan telah berada hanya ditempat kedua selepas Manfred von Richthofen, yang merupakan komandernya dalam Sarkis Terbang. Udet naik menjadi komander skuadron dibawah Richthofen, dan kemudian dibawah Hermann Göring.
Susulan dari kekalahan Jerman, Udet menghabiskan masa pada tahun 1920an dan awal 1930an sebagai seorang juruterbang aerobatik, juruterbang lagak ngeri antarabangsa, pengeluar pesawat ringan, dan playboy. Pada tahun 1933, beliau menyertai Parti Nazi yang memerintah dan mula terlibat dalam pembangunan awal Luftwaffe. Beliau menggunakan kemahiran rangkaian untuk menjadi pengarah kajian dan pembangunan bagi tentera udara yang sedang berkembang. Beliau sangat berpengaruh dalam penggunaan teknik pengebom junam seperti Stuka. Menjelang 1 Februari 1939, Udet telah naik ke jawatan Ketua Pengarah Kelengkapan Luftwaffe merangkap Ketua Pejabat Perancangan Luftwaffe dan Inspektor Jeneral Pasukan Pejuang. Walau bagaimanapun, tekanan jawatan dan kebenciannya terhadap tugas-tugas pentadbiran menyebabkan peningkatan ketagihan arak.
Apabila Perang Dunia II bermula, keperluan untuk kelengkapan Luftwaffe mengatasi kapasiti pengeluaran Jerman. Bekas sahabat Udet iaitu Hermann Göring telah mula berbohong kepada Adolf Hitler tentang kekurangan material ini selepas Luftwaffe kalah dalam Pertempuran Britain, maka kemarahan Führer dihalakan kepada Udet.
Operasi Barbarossa, apabila Jerman menyerang Soviet Union lantas membuka barisan kedua dalam peperangan, didapati menjadi mimpi ngeri terakhir buat Udet. Pada 17 November 1941, beliau membunuh diri dengan menembak di kepala.
Tarikh kenaikkan pangkat
- Gefreiter der Reserve - 21 September 1915
- Unteroffizier der Reserve - 28 November 1915
- Vizefeldwebel der Reserve - 13 Mac 1916
- Offiziers-Stellvertreter - 5 November 1916
- Leutnant der Reserve - 22 Januari 1917
- Oberleutnant der Reserve - 14 September 1918
- Hauptmann - dilangkau
- Major - dilangkau
- Oberstleutnant - 1 Jun 1934
- Oberst - 1 Jun 1935
- Generalmajor - 1 April 1937
- Generalleutnant - 1 November 1938
- General der Flieger - 1 April 1940
- Generaloberst - 19 Julai 1940
Anugerah kebesaran
- Iron Cross (1914) Kelas 1 dan 2
- Lencana Juruterbang Diraja Prusia
- Piala Kehormat bagi Pemenang Kombat Udara
- Württembergisches Wilhelm Cross with swords
- Knight Cross of the Royal House Order of Hohenzollern with swords
- Hanseatic Cross of the Hanseatic cities of Lübeck and Hamburg
- Lencana Cedera (1918) warna Perak
- Pour le Merite pada 9 April 1918
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4
- Pingat Semat Iron Cross Kelas 1 dan 2
- Knight Cross of the Iron Cross pada 4 Julai 1940
- Lencana Juruterbang Pemerhati warna Emas bertahta Berlian
- Bulgarian Military Merit, Grand Officer Cross with Swords
Nota
- ^ Sherman, Stephen. "Ernst Udet - Second Highest German Ace of WWI". acepilots.com. Dicapai pada 24 February 2012.
Rujukan
- Barker, Ralph (2002). The Royal Flying Corps in World War I. Robinson. ISBN 1-84119-470-0.
- Bekker, Cajus (1994). The Luftwaffe War Diaries. Da Capo Press. ISBN 0-306-80604-5.
- Herlin, Hans (1960). UDET - A Man's Life. MacDonald.
- Kelly, Saul (2002). The Lost Oasis: The Desert War and the Hunt for Zerzura. Westview Press. ISBN 0-7195-6162-0.
- Knopp, Guido (2000). Hitlers Krieger. Goldmann Verlag. ISBN 3-442-15045-0.
- Udet, Ernst (1981). Stanley M. Ulanoff (penyunting). Ace of the Iron Cross. Arco. ISBN 0-668-05163-9.
- Udet, Ernst (1935). Mein Fliegerleben (My Life of Flying). Berlin, Germany: Im Deutschen Verlag, Ullstein A.G.
- van Ishoven, Armand (1979). The Fall of an Eagle: The Life of Fighter Ace Ernst Udet. Kimber & Co. ISBN 0-7183-0067-X.
- VanWyngarden, Greg, et al. (2006) Early German Aces of World War I. Osprey Publishing. ISBN 1-84176-997-5, ISBN 978-1-84176-997-4.
Pautan luar
- Ernst Udet page on theaerodrome.com
- Udet's U-12 Flamingo
- Leni's Rising Star Includes info on the films Udet was in with Leni Riefenstahl. Also has video downloads.
- "Ernst Udet: The Rise and Fall of a German World War I Ace" Diarkibkan 2007-01-15 di Wayback Machine
- Ernst Udet di Find a Grave
- Ernst Udet performs an exhibition precision dead stick loop and side slip landing di YouTube