Knight Cross of the Iron Cross Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Nama rasmi | Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes (de) ![]() |
Jenis | Lencana leher |
Dianugerahkan untuk | Keberanian luar biasa dalam pertempuran atau kepimpinan cemerlang |
Penerangan | Salib Besi Kesatria dianugerahkan dalam bentuk Salib Besi besar yang digantung pada reben berwarna tiga jalur mengikut warna Bendera Empayar Jerman (Merah, Putih dan Hitam). Bahagian tengah salib menampilkan lambang swastika besar dengan angka tahun 1939 pada cabang bawah, manakala bahagian belakangnya tiada ukiran. Bergantung kepada versinya, pingat ini boleh disokong oleh klip khas pada reben, termasuk:
Daun oak Daun oak dan pedang Daun oak, pedang dan berlian Daun oak emas berserta pedang dan berlian |
Negara | ![]() |
Disampaikan oleh | Führer dan Presiden Reich |
Kelayakan | Anggota tentera dan separa tentera |
Kempen | Perang Dunia Kedua |
Status | Tidak lagi dianugerahkan |
Diasaskan | 1 September 1939 |
Kali pertama | 30 September 1939 |
Jumlah anugerah anumerta | Pedang: 15 Daun Oak: 95 Salib Kesatria: 581 |
Jumlah penerima | Lebih 7,000 |
![]() | |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Grand Cross of the Iron Cross |
Lebih rendah | Iron Cross Kelas Pertama |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Salib Besi Kesatria (Bahasa Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes), atau hanya disebut Salib Kesatria (Ritterkreuz) merupakan satu darjah Salib Besi (Eisernes Kreuz) versi tahun 1939. Knight Cross adalah pingat tertinggi Jerman Nazi bagi mengiktiraf keberanian luar biasa tentera atau telah memimpin sesuatu pertempuran dengan cemerlang semasa Perang Dunia Kedua. Dalam susunan darjah kepahlawanan tentera Reich Ketiga, ia hanya berada ditempat kedua dibelakang Grand Cross of the Iron Cross (Salib Besi Darjah Utama/Grosskreuz des Eisernen Kreuzes), satu anugerah yang hanya dikurniakan sekali, kepada Hermann Goering iaitu orang kanan Adolf Hitler. Goring telah diberi anugerah ini sebagai mengiktiraf jasa bakti beliau dalam membina Luftwaffe (Tentera Udara), dan bagi khidmatnya sebagai panglima tentera udara Jerman. Oleh itu Knight Cross berfungsi sebagai darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh mana-mana askar Jerman pelbagai pangkat.
Knight Cross hanya digantung dengan reben di leher dan ia besar sedikit dari Iron Cross tahun 1813 tetapi masih mempunyai rupa bentuk yang sama. Ia sah berdasarkan tarikh pembaharuan 1 September 1939. Darjah itu boleh dikurniakan kepada askar Jerman disemua pangkat dan kepada sekutu-sekutu Reich Ketiga. Pengurniaan pertamanya telah dilakukan pada 30 September 1939, susulan dari Penjajahan Poland oleh Jerman, yang menandakan bermulanya Perang Dunia II di Eropah. Ketika perang berlangsung, beberapa orang penerima terus menunjukan kecemerlangan mereka, dan satu darjah yang lebih tinggi, Daun Oak bagi Knight Cross (Oak Leaves to the Knight Cross of the Iron Cross/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub), telah dizahirkan pada tahun 1940. Pada tahun 1941, dua darjah yang lebih tinggi dari Knight Cross berserta Daun Oak telah dizahirkan. Ia adalah Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang (Knight Cross with Oak Leaves and Swords/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub und Schwertern) dan Knight Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian (Knight Cross with Oak Leaves, Swords and Diamonds/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub, Schwertern und Brillanten). Pada penghujung tahun 1944, darjah tertinggi yang terakhir, Knight Cross berserta Daun Oak Emas, Pedang dan Berlian (Knight Cross with Golden Oak Leaves, Swords and Diamonds/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit goldenem Eichenlaub, Schwertern und Brillanten), telah diwujudkan.
Pengurniaan sah Knight Cross yang terakhir, dalam mana-mana darjah, mesti dilakukan sebelum jam 23:01 Waktu Eropah Tengah 8 Mei 1945, iaitu masa sebelum penyerahan kalah Jerman dikuatkuasakan. Beberapa pengurnian telah dibuat selepas tarikh ini, yang terakhir pada 17 Jun 1945. Pengurnian terakhir ini dianggap sebagai anugerah de facto bukannya de jure. Dalam era Jerman selepas Perang Dunia II, Republik Persekutuan Jerman melarang pemakaian lambang Nazi. Pada tahun 1957, kerajaan Jerman meluluskan penggantian bagi Knight Cross of the Iron Cross, berserta kelompok daun oak menggantikan swastika, yang mana boleh dipakai oleh penerima-penerima Knight Cross Perang Dunia II. Pada tahun 1986, Persatuan Penerima Knight Cross (AKCR) mengakui jumlah 7,322 penganugerahan telah dibuat kepada anggota-anggota tiga cabang tentera Wehrmacht - Heer (Tentera Darat), Kriegsmarine (Tentera Laut) dan Luftwaffe (Tentera Udara) - serta Waffen-SS, Reichsarbeitsdienst (RAD - Perkhidmatan Buruh Reich) dan Volkssturm (Tentera Awam). Terdapat juga 42 orang penerima dalam angkatan tentera sekutu Reich Ketiga dengan jumlah keseluruhan 7,365 orang.
Analisis oleh Arkib Persekutuan Jerman menunjukkan bukti bahawa 7,161 penerima telah dianugerahkan secara rasmi.[1] Arkib Persekutuan turut mengesahkan 863 darjah Daun Oak bagi Knight Cross, serta 147 darjah Pedang dan 27 darjah Berlian.
Darjah Daun Oak Emas bagi Knight Cross hanya dianugerahkan sekali sahaja, iaitu kepada Hans-Ulrich Rudel pada 29 Disember 1944.
Latar belakang sejarah

Raja Prusia, Friedrich Wilhelm III, telah menzahirkan pingat Salib Besi pada permulaan kempen Jerman sebagai sebahagian daripada Perang Napoleon. Reka bentuknya ialah salib besi tuang yang dikelilingi bingkai perak, diperkenalkan pada 13 Mac 1813.[2] Besi dipilih kerana ia melambangkan keteguhan dan mencerminkan semangat zaman tersebut. Kerajaan Prusia melancarkan kempen sarat dengan retorik patriotik untuk membangkitkan semangat rakyat menentang penjajahan Perancis. Bagi membiayai tentera, raja menyeru golongan bangsawan dan kaya Prusia agar menyerahkan barang kemas mereka sebagai pertukaran kepada cincin besi untuk lelaki atau kerongsang untuk wanita, masing-masing terukir dengan tulisan: "Aku beri emas untuk besi" (Gold gab ich für Eisen). Anugerah ini telah diperkenalkan semula untuk peperangan tahun 1870 dan 1914.
Dengan tercetusnya Perang Dunia Kedua pada 1 September 1939, Adolf Hitler dalam kapasiti beliau sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera Jerman telah mengarahkan pengembalian semula Iron Cross versi 1939.[3] Satu gred baharu diperkenalkan bagi siri Iron Cross, iaitu Knight Cross of the Iron Cross. Pingat ini, tanpa mengira pangkat, dianugerahkan kepada pegawai dan anggota biasa, selaras dengan slogan Sosialis Nasional: "Satu bangsa, satu negara, satu pemimpin."[4]
Peringkat gred
Asas undang-undang bagi dekri ini telah ditetapkan pada tahun 1937 melalui Undang-undang Gelaran, Darjah dan Pingat Kehormat Jerman (Gesetz über Titel, Orden und Ehrenzeichen) yang menetapkan bahawa hanya Führer dan Presiden Jerman yang dibenarkan menganugerahkan sebarang darjah atau tanda kehormatan. Maka, penzahiran semula Iron Cross adalah melalui perintah langsung oleh Führer, yang membawa implikasi politik kerana Perjanjian Versailles secara jelas melarang penciptaan sebarang darjah atau pingat ketenteraan. Namun, pada ketika itu Jerman telah secara rasmi menarik diri daripada perjanjian tersebut. Ini menjadikan pengenalan semula pingat ini sebagai tanda kehormatan pertama bagi seluruh negara Jerman.[3]
Apabila perang berlanjutan selama empat tahun, pihak pimpinan perlu membezakan antara penerima Salib Kesatria asal dengan mereka yang terus menunjukkan keberanian atau kejayaan luar biasa dalam pertempuran. Maka, Salib Besi Kesatria akhirnya diperluaskan kepada lima peringkat gred:
- Salib Besi Kesatria
- Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak
- Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak dan Pedang
- Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian
- Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak Emas, Pedang dan Berlian
Salib Kesatria
Salib Besi Kesatria dizahirkan pada 1 September 1939. Reka bentuknya mirip Salib Besi yang biasa — berbentuk cross pattée, iaitu salib yang mempunyai bahagian tengah sempit dan melebar ke hujung lengan.[5] Salib Kesatria paling lazim dihasilkan oleh pengilang Steinhauer & Lück di Lüdenscheid, dan biasanya ditandai dengan angka "800" pada belakang, menandakan perak berkualiti 800.[6]
-
Salib Besi Kesatria
Salib Kesatria berserta Daun Oak
Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak (Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub) telah dizahirkan pada 3 Jun 1940.[7] Sebelum gred Daun Oak diperkenalkan, hanya 124 anggota Wehrmacht menerima Salib Kesatria. Menjelang serangan Kes Kuning Fall Gelb (Belanda, Belgium dan Perancis), hanya 52 anugerah telah diberikan. Bilangan meningkat mendadak pada Mei 1940. Pengenalan Daun Oak berkait rapat dengan Kes Merah Fall Rot, iaitu fasa penentu Pertempuran Perancis.[8]
Seperti Salib Kesatria biasa, Daun Oak diberikan untuk kepimpinan, khidmat cemerlang, atau keberanian peribadi. Daun Oak bukanlah ciptaan Nazi, tetapi berasal daripada Daun Oak Emas Order of the Red Eagle — darjah kedua tertinggi Prusia selepas Order of the Black Eagle. Raja Prusia juga menganugerahkan Daun Oak bersama Pour le Mérite sejak 9 Oktober 1813.[9]
-
Berserta Daun Oak
-
Perincian Daun Oak
Salib Kesatria berserta Daun Oak dan Pedang
Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak dan Pedang (Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub und Schwertern) telah dizahirkan pada 15 Julai 1941.[6][10] Kelihatan sama seperti versi Daun Oak, tetapi dengan penambahan sepasang pedang bersilang yang dipateri di bahagian bawah Daun Oak.[6]
-
Berserta Daun Oak dan Pedang
Salib Kesatria berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian
Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian (Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub, Schwertern und Brillanten) telah dizahirkan pada 15 Julai 1941.[10] Penerima pertama ialah Werner Mölders dan Adolf Galland.[11] Anugerah ini disampaikan dalam dua bentuk iaitu A-piece: versi mewah untuk majlis rasmi dan B-piece: versi harian yang dihiasi batu permata tiruan (rhinestones)[12] Sebanyak 27 anugerah diberikan sepanjang Perang Dunia Kedua. Tiga penerima tidak pernah menerima set berlian tersebut, termasuk Hans-Joachim Marseille yang terbunuh sebelum penyerahan, dan Karl Mauss serta Dietrich von Saucken yang tidak sempat menerimanya kerana perang telah tamat.[13]
-
Berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian
Salib Kesatria berserta Daun Oak Emas, Pedang dan Berlian
Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak Emas, Pedang dan Berlian (Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Goldenem Eichenlaub, Schwertern und Brillanten) telah dizahirkan pada 29 Disember 1944.[14] Ia merupakan pingat tertinggi, dan dirancang untuk dianugerahkan kepada 12 anggota tentera paling cemerlang selepas perang tamat. Sebanyak 6 set Daun Oak Emas telah dibuat iaitu A-piece: emas 18 karat + 58 berlian asli dan B-piece: emas 14 karat + 68 batu nilam. Hanya satu set dianugerahkan kepada Hans-Ulrich Rudel pada 1 Januari 1945. Lima set lain disimpan di Schloss Klessheim, dan kemudian dirampas oleh tentera Amerika.[15]
-
Berserta Daun Oak Emas, Pedang, dan Berlian
-
Bahagian belakang Daun Oak Knight Cross of the Iron Cross
Pasca perang
Undang-undang Jerman yang dikenali sebagai Undang-Undang Gelaran, Darjah dan Pingat (Jerman: Gesetz über Titel, Orden und Ehrenzeichen) mengawal pemakaian Knight Cross selepas Perang Dunia Kedua di Jerman. Menurut undang-undang jenayah Jerman, pemakaian lambang swastika adalah dilarang. Maka, pada 26 Julai 1957, kerajaan Jerman Barat membenarkan versi Knight Cross yang telah denazifikasi untuk menggantikan lambang swastika dengan Rumpunan Daun Oak, menyerupai reka bentuk Iron Cross 1914, dan juga Iron Cross versi 1957 yang telah diubah suai agar bebas dari simbol Nazi. Versi ini dibenarkan untuk dipakai oleh para penerima anugerah asal dari Perang Dunia Kedua.[16]
Rujukan
Petikan
- ^ Scherzer 2007, p. 117–186.
- ^ Potempa 2003, p. 9.
- ^ a b Schaulen 2003, p. 6.
- ^ Maerz 2007, hlm. 29.
- ^ Williamson 2004, hlm. 4.
- ^ a b c Schaulen 2004, p. 10.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRGBl. I S. 849
- ^ Maerz 2007, p. 238
- ^ Schaulen 2003, p. 9.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:1
- ^ Williamson 2006, hlm. 3.
- ^ Maerz 2007, hlm. 300.
- ^ Maerz 2007, hlm. 293.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRGBl. I S. 11
- ^ Maerz 2007, hlm. 310–311.
- ^ BGBl. I S. 334 @ Bundesministerium der Justiz
Bibliografi
- Ailsby, Christopher (1987) [1987]. Combat Medals of the Third Reich (dalam bahasa Inggeris). Wellingborough, United Kingdom: Butler & Tanner Limited. ISBN 0-85059-822-2.
- Walther-Peer Fellgiebel . Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 — Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtteile [The Bearers of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939–1945 — The Owners of the Highest Award of the Second World War of all Wehrmacht Branches] (dalam bahasa Jerman). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. 2000 [1986]. ISBN 978-3-7909-0284-6.
- Littlejohn, David; Dodkins, Colonel C. M. (1968). Orders, Decorations, Medals and Badges of the Third Reich. California: R. James Bender Publishing. ISBN 978-0854200801.
- Maerz, Dietrich (2007). Das Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes und seine Höheren Stufen (in German). Richmond, MI: B&D Publishing LLC. ISBN 978-0-9797969-1-3.
- Maerz, Dietrich (2007). "The Knights Cross of the Iron Cross and its Higher Grades" (in English), Richmond, MI, B&D Publishing LLC, ISBN 978-0-9797969-0-6.
- Maerz, Dietrich (2023). "The Knights Cross of the Iron Cross and Higher Grades, Vol. I & II (in English), Richmond, MI, B&D Publishing LLC, ISBN 978-1-7923-3213-5.
- Potempa, Harald (2003). Das Eiserne Kreuz—Zur Geschichte einer Auszeichnung (The Iron Cross: The History of an Award) (in German). Luftwaffenmuseum der Bundeswehr Berlin-Gatow.
- Schaulen, Fritjof (2003). Eichenlaubträger 1940–1945: Zeitgeschichte in Farbe I Abraham – Huppertz [Oak Leaves Bearers 1940–1945: Contemporary History in Color I Abraham – Huppertz] (dalam bahasa Jerman). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 978-3-932381-20-1.
- Schaulen, Fritjof (2004). Eichenlaubträger 1940–1945: Zeitgeschichte in Farbe II Ihlefeld - Primozic [Oak Leaves Bearers 1940–1945: Contemporary History in Color II Ihlefeld - Primozic] (dalam bahasa Jerman). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 978-3-932381-21-8.
- Schaulen, Fritjof (2005). Eichenlaubträger 1940–1945: Zeitgeschichte in Farbe III Radusch – Zwernemann [Oak Leaves Bearers 1940–1945: Contemporary History in Color III Radusch – Zwernemann] (dalam bahasa Jerman). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 978-3-932381-22-5.
- Scherzer, Veit . Die Ritterkreuzträger 1939–1945. Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945. The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa Jerman). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. 2007. ISBN 978-3-938845-17-2.
- Williamson, Gordon (2004). Knight's Cross and Oak Leaves Recipients 1939-40. Illustrated by Ramiro Bujeiro. Osprey Publishing. ISBN 1-84176-641-0.
- Williamson, Gordon (2006). Knight's Cross, Oak-Leaves and Swords Recipients 1941-45. Illustrated by Ramiro Bujeiro. Osprey. ISBN 1-84176-643-7.
- Williamson, Gordon (2006). Knight's Cross with Diamonds Recipients 1941-45. Illustrated by Ramiro Bujeiro. Osprey. ISBN 1-84176-644-5.
Pautan luar
Media berkenaan Salib Besi Kesatria di Wikimedia Commons