Hans-Jürgen von Arnim | |
---|---|
Kelahiran | 4 April 1889 |
Meninggal dunia | 1 September 1962 Bad Wildungen, Jerman Barat | (umur 73)
Kesetiaan | Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Tentera Darat |
Pangkat | Generaloberst |
Arahan | |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross |
Hans-Jürgen von Arnim (bahasa Jerman: [ˈaɐ̯niːm]; 4 April 1889 – 1 September 1962) adalah seorang panglima perang Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II yang memerintah beberapa ketumbukan. Beliau adalah penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross.
Perang Dunia II
Von Arnim menyertai Tentera Darat Imperial pada tahun 1907 dan mengambil bahagian dalam Perang Dunia I. Selepas perang, beliau kekal dalam Reichswehr dan kemudian Wehrmacht. Arnim memerintah Divisyen Ke-52 Infantri dalam pencerobohan Poland dan pertempuran Perancis. Pada Oktober 1940, Arnim diberi memerintah Divisyen Ke-17 Panzer.
Von Arnim mengambil bahagian dalam Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Soviet Union dan pada 1 Oktober 1941, beliau mengambil alih pemerintahan Kor XXXIX Panzer sehingga November 1942.
Pada 20 Februari 1943 beliau dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Ke-5 Panzer dibawah Erwin Rommel di Afrika Utara yang kemudian beliau gantikan sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Afrika pada 10 Mac 1943. Beliau menyerahkalah kepada tentera British pada 12 Mei 1943 akibat dari kejayaan Operasi Vulcan and Strike pihak Bersekutu.[1]
Von Arnim telah dipenjarakan bersama dengan 24 jeneral Jerman yang lain di Kem Clinton, Mississippi,[2] dan telah dibebaskan pada 1 Julai 1947.[3]
Beliau meninggal dunia pada tahun 1962 di Bad Wildungen, Jerman.
-
Kolonel Jeneral Hans-Jürgen von Arnim (kanan) bersalaman dengan Jeneral Gustav von Vaerst; PK "Africa"
-
Von Arnim (kiri), meninggalkan Tunisia untuk ke England selepas menyerah diri
-
Generaloberst Hans-Jürgen von Arnim (kiri) dan General der Panzertruppe Hans Cramer (tengah) dalam tahanan British di kem Trent Park pada tahun 1943
Tarikh kenaikkan pangkat
- Fahnenjunker-Gefreiter - 25 Mei 1908
- Fahnenjunker-Unteroffizier - 18 Julai 1908
- Fähnrich 19 November 1908
- Leutnant - 19 Ogos 1909
- Oberleutnant - 27 Januari 1915
- Hauptmann - 27 Januari 1917
- Major - 1 April 1928
- Oberstleutnant - 1 April 1932
- Oberst - 1 Julai 1934
- Generalmajor - 1 Januari 1938
- Generalleutnant - 1 Disember 1939
- General der Panzertruppe - 17 Disember 1941
- Generaloberst - 4 Disember 1942
Anugerah kebesaran
- Iron Cross (1914) Kelas 2 (16 September 1914) & Kelas 1 (2 November 1914)[4]
- Knight Cross Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang (7 September 1918)[4]
- Lencana Cedera in White (6 Ogos 1918)[4]
- Pingat Kehormatan (15 November 1934)[4]
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 1 (2 Oktober 1936)[4]
- Knight Cross of the Iron Cross pada 4 September 1941 selaku Panglima Divisyen Ke-17 Panzer[5]
Rujukan
Petikan
- ^ I Was There! - How Von Arnim Surrendered at Last, The War Illustrated, June 11, 1943.
- ^ "German POW Camp in Clinton MS. Mostly Afrika Corps". kilroywashere.org.
- ^ MacDonogh 2007, m/s. 410.
- ^ a b c d e Wegmann 2004, m/s. 22.
- ^ Scherzer 2007, m/s. 194.
Bibliografi
- MacDonogh, Giles (2007). After the Reich. New York: Basic Books. ISBN 978-0-465-00337-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- Wegmann, Günter (2004). Die Ritterkreuzträger der Deutschen Wehrmacht 1939–1945 Teil VIIIa: Panzertruppe Band 1: A–E [The Knight's Cross Bearers of the German Wehrmacht 1939–1945 Part VIIIa: Panzer Force Volume 1: A–E] (dalam bahasa German). Bissendorf, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2322-1.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Generaloberst Karl-Adolf Hollidt |
Panglima 52. Infanterie-Division September 8, 1939 – Oktober 5, 1940 |
Diikuti oleh: Generaloberst Lothar Rendulic |
Didahului oleh General der Panzertruppe Wilhelm Ritter von Thoma |
Panglima 17. Panzer-Division September 15, 1941 – November 11, 1941 |
Diikuti oleh: Generalleutnant Rudolf-Eduard Licht |
Didahului oleh Generaloberst Rudolf Schmidt |
Panglima XXXIX. Panzerkorps November 11, 1941 – November 30, 1942 |
Diikuti oleh: General der Artillerie Robert Martinek |
Didahului oleh diwujudkan |
Panglima Tentera Darat Ke-5 Panzer Disember 8, 1943 - Mac 10, 1943 |
Diikuti oleh: General der Panzertruppe Gustav von Vaerst |
Didahului oleh Generalfeldmarschall Erwin Rommel |
Panglima Heeresgruppe Afrika Mac 10, 1943 – Mei 13, 1943 |
Diikuti oleh: dibubarkan |
Page Modul:Sister project links/bar/styles.css has no content.