Kurt Student | |
---|---|
Kelahiran | 12 May 1890 Birkholz, Brandenburg, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 1 July 1978 (aged 88) Lemgo, North Rhine-Westphalia, Jerman Barat |
Kesetiaan |
|
Perkhidmatan | Tentera Darat Imperial Jerman Reichswehr Luftwaffe |
Tahun perkhidmatan | 1910–1945 |
Pangkat | Generaloberst |
Arahan | Divisyen 7 Udara Kor XI Udara Tentera Darat 1 Para |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern Knight Cross berserta Daun Oak |
Kurt Student (12 Mei 1890 – 1 Julai 1978) adalah seorang pemimpin Askar Payung Terjun Jerman semasa Perang Dunia II. Kurt Student dilahirkan di Birkhonz, Jerman pada 12 Mei 1890. dia menyertai Tentera Darat Imperial Jerman dan ditauliahkan sebagai pegawai dalam tahun 1912. Dalam tahun 1913, dia berpindah khidmat ke Perkhidmatan Udara Tentera Jerman dan menerbangkan pesawat peninjau dan pesawat pengebom.
Selepas tamat Perang Dunia I, Kurt student terus berkhidmat dalam pasukan tentera. Dia menjadi salah seorang penasihat utama pembangunan semula Tentera Udara Jerman. Dalam tahun 1938, Kurt Student dinaikkan pangkat menjadi Mejar Jeneral dan diberikan tanggungjawab menubuhkan pasukan askar payung terjun. Pasukan Divisyen Ke-7 Payung Terjun tidak digunakan dalam tahun 1939 semasa penaklukan Poland kerana Adolf Hitler mahu merahsiakan kewujudan pasukan tersebut sehingga serangan ke atas negara-negara Barat.
Askar payung terjun pimpinan Kurt Student digunakan dengan berkesan dan mencapai kejayaan cemerlang dalam penaklukan Norway, Belgium dan negeri Belanda. 4,000 orang askar payung terjun digugurkan ke atas The Hague dan Rotterdam. Semasa operasi ini, Kurt Student terkena tembakan di kepala dan tidak dapat bertugas sehingga bulan Januari 1941.
Kurt Student bersama-sama Adolf Hitler membuat perancangan Operasi Sealion untuk menakluk Britain, tetapi akhirnya perancangan menggunakan askar payung terjun untuk penaklukan Britain dibatalkan. Rancangan untuk penaklukan Gibraltar menggunakan askar payung terjun juga dibatalkan setelah Jerman gagal mendapatkan kebenaran General Francisco Franco untuk pesawat pengangkut Jerman terbang melalui ruang udara Sepanyol.
Penaklukan Crete di antara 20 Mei dan 1 Jun 1941 mencapai kejayaan tetapi melibatkan kerugian nyawa yang besar. Lebih dari 4,000 orang askar payung terjun Jerman terbunuh, Adolf Hitler terkejut dengan kos nyawa yang tinggi dan memutuskan bahawa operasi askar payung terjun pada skala besar mesti dihentikan. Penaklukan Malta dibatalkan. Askar-askar payung terjun digunakan sebagai pasukan infantri biasa. Dalam tahun 1943, Kurt Student merancangkan ‘’Unternehmen Eiche’’, serangan mengejut untuk menyelamatkan Benito Mussolini dengan pasukan yang diketuai Otto Skorzeny.
Askar payung terjun di bawah perintah Kurt Student digunakan sebagai infantri biasa di Itali, Belgium, Perancis dan Negeri Belanda. Selepas D-Day, askar payung terjun berusaha menghalang kemaraan tentera pimpinan Fil Marsyal Bernard Montgomery menuju ke Sungai Rhine. Kurt Student sendiri ditawan oleh askar Tentera British di Schleswig-Holstein dalam bulan April 1945. Selepas perang, Kurt Student didakwa atas tuduhan jenayah perang atas perlakuan askarnya di Crete dan dipenjarakan untuk tempoh 5 tahun. Tetapi dia dibebaskan selepas dua tahun dalam tahanan. Dia dibebaskan dalam tahun 1948.
Kurt Student meninggal dunia dalam tahun 1978.
Tarikh kenaikkan pangkat
- Fähnrich - 3 Mac 1910
- Leutnant - 20 Mac 1911
- Oberleutnant - 18 Jun 1915
- Hauptmann - 20 Jun 1918
- Major - 1 Januari 1930
- Oberstleutnant - 1 Januari 1934
- Oberst - 1 Oktober 1935
- Generalmajor - 1 April 1938
- Generalleutnant - 1 Januari 1940
- General der Fallschirmtruppe - 29 Mei 1940
- Generaloberst - 13 Julai 1944
Anugerah kebesaran
- Iron Cross (1914) Kelas 1: 29 Ogos 1915
- Iron Cross (1914) Kelas 2: 26 September 1914
- Lencana Juruterbang Diraja Prusia: 27 Februari 1914
- Pingat Kesatria Kelas 2 Darjah Albert Saxony berserta Pedang: 21 Jun 1915
- Pingat Kesatria Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang: 5 Jun 1917
- Piala Kehormat bagi Pemenang Kombat Udara
- Lencana Cedera warna Hitam: 1918
- Lencana Peringatan Udara Diraja Prusia: 10 September 1919
- Pingat Kehormatan Pejuang: 30 Januari 1935
- Lencana Juruterbang Pemerhati: 21 Mei 1935
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4 hingga Kelas 1: 2 Oktober 1936
- Medal Peringatan Sudetenland berserta Bar Istana Prague
- Lencana Iron Cross (1939) Kelas 1 dan 2: 20 September 1939
- Lencana Cedera warna Perak: 1939
- Knight Cross of the Iron Cross: 21 Mei 1940
- Lencana Emas Juruterbang Pemerhati bertahta Berlian: 2 September 1940
- Penglilit Lengan bertulis "Kreta"
- Darjah Daun Oak bagi Knight Cross of the Iron Cross: 27 September 1943
Lihat juga
- Hermann Goering
- Erhard Milch
- Albert Kesselring
- Hugo Sperrle
- Wolfram Freiherr von Richthofen
- Robert Ritter von Greim
- Hans Jeschonnek
Bibliografi
- Franks, Norman; Bailey, Frank W.; Guest, Russell. Above the Lines: The Aces and Fighter Units of the German Air Service, Naval Air Service and Flanders Marine Corps, 1914–1918. Grub Street, 1993. ISBN 0-948817-73-9, ISBN 978-0-948817-73-1.
- Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Kemp, Anthony (1990 reprint). German Commanders of World War II (#124 Men-At-Arms series). Osprey Pub., London. ISBN 0-85045-433-6.
- Kurowski, Franz (1995). Knights of the Wehrmacht Knight's Cross Holders of the Fallschirmjäger. Atglen, PA: Schiffer Military. ISBN 978-0-88740-749-9.
- Schaulen, Fritjof (2005). Eichenlaubträger 1940 – 1945 Zeitgeschichte in Farbe III Radusch – Zwernemann (dalam bahasa German). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 978-3-932381-22-5. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Thomas, Franz (1998). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 2: L–Z (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2300-9. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - VanWyngarden, Greg, et al. (2006) Early German Aces of World War I. Osprey Publishing. ISBN 1-84176-997-5, ISBN 978-1-84176-997-4.
Pautan luar
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Kurt Student |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kurt Student |
- http://www.theaerodrome.com/aces/germany/student.php
- http://www.bridgend-powcamp.fsnet.co.uk/Generaloberst%20(Luftwaffe)%20Kurt%20Arthur%20Benno%20Student.htm Diarkibkan 2013-08-22 di Wayback Machine
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh tiada |
Panglima 7. Flieger-Division 1 September 1938 – 16 Mei 1940 |
Diikuti oleh: Generalleutnant Richard Putzier |
Didahului oleh tiada |
Panglima XI. Fliegerkorps 19 Disember 1940 – 3 April 1944 |
disusun semula sebagai 1. Fallschirmarmee |
XI. Fliegerkorps | Panglima 1. Fallschirmarmee 4 September 1944 – 18 November 1944 |
Diikuti oleh: General der Fallschirmtruppen Alfred Schlemm |
Didahului oleh tiada |
Panglima Kumpulan Tentera Darat H 11 November 1944 – 28 Januari 1945 |
Diikuti oleh: Generaloberst Johannes Blaskowitz |
Didahului oleh General der Infanterie Gunther Blumentritt |
Panglima 1. Fallschirmarmee 10 April 1945 – 28 April 1945 |
Diikuti oleh: General der Infanterie Erich Straube |