Rencana ini perlu dikemas kini.(Mei 2020) |
Winamp | |
---|---|
Fail:Winamp5.5.png | |
Pembuat asal | Nullsoft |
Pembangun | Nullsoft |
Pelancaran pertama | 21 April 1997 |
Versi terkini/stabil | 5.9.2 (27 April 2023) |
Ditulis dalam | C++, C |
Sistem pengendalian | Microsoft Windows Linux (3.0 alpha 1 sahaja)[1] |
Tersedia dalam | Berbilang bahasa, bahasa Inggeris, Simplified Chinese, Bahasa Cina klasik, bahasa Jerman, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Belanda, bahasa Poland, bahasa Portugis Brazil, bahasa Rusia, bahasa Romania, bahasa Portugis, bahasa Sweden, bahasa Turki, bahasa Hungary, bahasa Indonesia |
Jenis | Media player software, tag editor, perisian percuma |
Genre | Pemain media |
Lesen | Hak milik Perisian percuma, Perisian kongsi |
Format fail boleh dibaca | |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | http://www.winamp.com/ |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Winamp merupakan perisian pemain media kepunyaan Nullsoft, yang kini anak syarikat Time Warner. Winamp merupakan perisian perisian percuma / perisian kongsi yang menampung pelbagai format dan boleh diubah kulitnya.
Winamp julung kali dikeluarkan oleh Justin Frankel pada tahun 1996. Penghargaan bagi pembangunan semasa Winamp diberi kepada Ben Allison (benski), Will Fisher, Taber Buhl, Maksim Tyrtyshny, Chris Edwards dan Stephen (Tag) Loomis.
Pada tahun 2005 bilangan pengguna bulanan Winamp naik dari 33 juta ke lebih 57 juta,[2] menjadikannya pemain media yang kedua paling aktif digunakan [perlu rujukan] seluruh dunia, hanya mengekori Windows Media Player.
Sejarah
WinAMP
WinAMP 0.20a yang minimalis ini dihasilkan sebagai perisian percuma pada 21 April 1997.[3] Antaramukanya yang hanya memaparkan menubar tanpa tetingkap hanya memaparkan kekunci fungsi "play(open)", "stop", "pause", dan "unpause". Sesebuah fail yang ditetapkan dalam baris arahan atau diletakkan pada ikonnya akan dimainkan. Penyahkodan MP3 dilakukan oleh enjin penyahkodan AMP® yang "percuma untuk kegunaan bukan komersil"[4], ©1996-97 oleh Tomislav Uzelac, yang ketika itu merupakan penuntut di FER, Universiti Zagreb, Croatia. Singkatan "AMP" merujuk kepada "Advanced Multimedia Products" (Produk Multimedia Canggih). Justin Frankel dan Dmitry Boldyrev menyepadukan enjin ini dengan antaramuka pengguna mereka.
WinAMP 0.92 dikeluarkan sebagai perisian percuma pada bulan Mei 1997. Dalam lingkungan bingkai dan bar menu piawaian Windows, perisian ini menampilkan permulaan GUI Winamp "klasik": segiempat bujur berwarna kelabu gelap dengan butang pengangkut berwarna perak dengan kesan 3D, pelaras bunyi merah/hijau, paparan masa dalam fon LED hijau, beserta nama runut, kadar bit MP3 dan "mixrate" berwarna hijau. Tidak terdapat pelaras kedudukan, dan ruangan kosong di mana munculnya penganalisis spektrum dan penganalisis bentuk gelombang pada versi kemudian. Apabila lebih daripada sebuah fail dimasukkan dalam baris arahan atau diletakkan pada ikonnya, fail-fail tersebut diaturkan untuk menunggu giliran dalam senarai mainan.
Winamp 1
Versi 1.006 dikeluarkan pada 7 Jun 1997[5] dnegan nama baru "Winamp"(dieja dengan huruf kecil). Winamp ini menampilkan penganalisis spektrum dan pelaras bunyi berubah warna, tetapi tiada paparan bentuk gelombang. Lesen bukan komersil AMP disertakan dalam menu bantuannya.
Menurut Tomislav Uzelac, Frankel melesenkan enjin AMP 0.7 pada 1 Jun 1997[6] Frankel merasmikan Nullsoft, Inc. pada bulan Januari 1998, lalu terus membangunkan Winamp yang beralih daripada perisian percuma kepada perisian kongsi berharga $10.[7] Pada bulan Mac, syarikat baru yang ditubuhkan Uzelac, PlayMedia Systems[1] menghantar notis arahan pemberhentian kepada Nullsoft yang didakwa menggunakan AMP dengan tidak sah. Nullsoft membalas bahawa pihaknya telah menggantikan AMP dengan Nitrane, penyahkod milik Nullsoft, namun ini diragui pihak Playmedia.
Versi 1.90 yang dikeluarkan pada 31 Mac 1998 merupakan keluaran pertama sebagai pemain audio kegunaan am, dan didokumentasikan dalam laman web winamp.com sebagai plugin sokongan, termasuk dua plugin input (MOD dan MP3) dan satu plugin visualisasi.[8] Pemasang bagi Versi 1.91 yang dikeluarkan 18 hari kemudian, memperkenalkan plugin wave, cdda, dan Windows tray handling , serta juga fail DEMO.MP3 yang terkenal kerana berbunyi "Winamp, it really whips the llama's ass".[9]
Winamp 2
Winamp 2.0 dikeluarkan pada 8 September 1998. Versi-versi 2.x makin laris digunakan, menjadikan Winamp antara perisian yang paling banyak dimuat turun bagi Microsoft Windows.[10] Versi baru ini mempertingkatkan kebolehgunaan senarai main dan ketepatan equalizer, serta memperkenalkan lebih banyak plug-in dan membolehkan 'kulit' bagi tetingkap senarai main dan penyama.
PlayMedia Systems memfailkan tuntutan mahkamah persekutuan terhadap Nullsoft pada bulan Mac 1999. Pada bulan Jun, Nullsoft dibeli oleh AOL dengan harga $80 million.[11] PlayMedia diberi satu injunksi terhadap Nullsoft sebagai pengedar Nitrane, dan pada bulan yang sama tuntutan mahkamah tersebut diselesaikan melalui perlesenan di luar mahkamah dan persetujuan sulit. Sejurus kemudian, Nullsoft beralih kepada sejenis penyahkod ISO daripada Fraunhofer Gesellschaft, iaitu pihak yang membangunkan format MP3.
Nullsoft melancarkan semula laman winamp.com yang khusus pada Winamp pada bulan Disember 1999 untuk memudahkan capaian kepada kulit, plug-in, strim audio, muat turun lagu, forum dan sumber pemaju.
Sejak 22 Jun 2000, bilangan pendaftar Winamp mencecah 25 juta orang.[11]
Winamp3
Versi baru Winamp yang seterusnya, Winamp3 dieja sebegini untuk merangkumi mp3 dalam namanya serta menandakan pengasingannya daripada pangkalan kod Winamp 2), dikeluarkan pada 9 Ogos 2002. Winamp3 merupakan tulisan semula yang menyeluruh bagi versi 2, berdasarkan rangka aplikasi Wasabi yang menawarkan peningkatan dalam kefungsian dan kefleksibelan. Winamp3 dimajukan selari dengan Winamp 2, namun ramai pengguna mendapatinya telalu banyak mengguna sumber sistem dan kurang stabil (atau juga ketiadaan sesuatu kefungsian yang penting, seperti kebolehan mengira atau mencari jumlah tempoh runut-runut dalam sesuatu senarai main). Winamp3 tidak menikmati keserasian ke belakang dengan kulit-kulit dan plug-in Winamp 2, dan juga plugin punca SHOUTcast tidak disokong. Tiada sebarang versi Winamp3 bagi SHOUTcast pernah dikeluarkan.
Akibatnya, kebanyakan pengguna Winamp3 beralih kembali ke Winamp 2. Nullsoft bertindak balas dengan menyambung pembangunan Winamp 2 sehingga versi 2.9 dan 2.91. Versi beta 2.92 dan 2.95 dikeluarkan besertakan sesuatu kefungsian Winamp 5. Pada masa itu rangka aplikasi bersilang platform Wasabi (perisian) dan perkakas pembolehubahan kulit GUI berpunca daripada bahagian-bahagian kod sumber Winamp3. Bagi Linux, Nullsoft mengeluarkan versi alpha Winamp3 pada 9 Oktober 2001 namun tidak pernah mengemaskinikannya meskipun minat para pengguna yang berterusan.[1]
Winamp 5
Cabang-cabang Winamp 2 dan Winamp3 kemudiannya digabungkan menjadi Winamp 5 — Nullsoft menjelaskan penamaan versi yang menyimpang dari penurutan ini bahawa "2 + 3 = 5" — iaitu menggabungkan kelebihan kedua-dua aplikasi. Para pembangun juga bergurau bahawa "tiada sesiapa pun yang hendak melihat kulit Winamp 4" (nobody wants to see a Winamp 4 skin; 4 skin merupakan mainan bagi perkataan foreskin (kulup)). Winamp 5 berdasarkan pangkalan kod Winamp 2, beserta beberapa ciri-ciri Winamp3 (e.g. kulit terbaru). Winamp 5.0 dikeluarkan pada bulan Disember 2003. Kebanyakan rangka Wasabi yang dibina untuk mereka Winamp3 dan komponen-komponennya dikeluarkan dalam bentuk sumber terbuka, dan pada tahun 2005 satu usaha pembangunan aktif telah berjaya mencipta versi berdikari bagi Wasabi, tanpa modul-modul pengubahan kulit dan penskripan yang tidak pernah dikeluarkan.
Terdapat tiga versi pempakejan Winamp 5. Lite dan Full merupakan perisian percuma, manakala Pro mewajibkan pendaftaran dan (mulai awal 2007) dijual pada harga US$19.95. Versi Lite amat kurang fungsinya (namun masih boleh ditambah melalui plugin) sementara masih mereplikasi kebanyakan ciri-ciri Winamp 2 dalam pemasang yang jauh lebh kecil. Versi Full menawarkan lebih banyak ciri-ciri, termasuk penyalinan fail dan perakaman CD pada kelajuan terhad (6x untuk penyalinan dan 2x bagi rakaman). Versi Pro pula bercirikan penyalinan muzik dan rakaman CD tanpa had laju serta pengekodan MP3.
Winamp 5.5: The 10th Anniversary Edition dikeluarkan pada 10 Oktober 2007,[12] 10 tahun selepas keluaran Winamp pertama. Ciri-ciri barunya termasuk sokongan kulit album, sokongan penyetempatan dipertingkat (termasuk versi bahasa Jerman, Poland, Rusia dan Perancis yang rasmi), dan kulit penggabung pemain dan antaramuka pustaka media.[13] Versi ini juga tidak boleh dipasang dalam sistem Windows 9x lagi.
Konsep
Kulit
Kulit ini merujuk kepada satu ciri antaramuka pengguna grafik Winamp yang boleh diubahsuai wajahnya. Winamp telah menerbitkan dokumentasi mengenai rekaan kulit, serta menjemput para penyumbang untuk menerbit kulit di Winamp.com. Winamp 5.0 menyokong kulit-kulit "klasik" yang direka mengikut spesifikasi Winamp 2, serta juga kulit-kulit "moden" yang menurut spesifikasi Winamp3. Kulit-kulit moden menyokong saluran-saluran alpha, bar alat yang berlabuh, dan banyak lagi inovasi terhadap GUI, tetapi ramai pereka kulit masih komited kepada spesifikasi kulit "klasik". Templat-templat kulit, seperti yang direka oleh Mischa Klement dan Jellby, telah memudahkan penghasilan kulit-kulit yang makin canggih. Komuniti-komuniti pereka kulit di Internet, seperti 1001 Winamp Skins dan deviantart, serta kegiatan forum di Winamp.com membuktikan kelarisan ciri ini dan kefleksibelannya sebagai pengantara bagi ekspresi kreatif. Sepertilah media-media kesenian yang lain, seiring dengan peningkatan bilangan karya-karya hasilan bebas, kulit-kulit ini juga terbahagi kepada kategori atau gaya genre, seperti mempromosi selebriti, peragawati fesyen, filem, kereta, kumpulan muzik, jenama, dan bentuk-bentuk hiburan lain. Para pereka juga menghasilkan rekaan sesuka hati mereka, seperti mengajuk antaramuka perisian lain, mencontohi nostalgia perkakas dan sistem pengendalian lama, seni lukis tangan, paparan 3 dimensi yang merangkumi rekabentuk kelutsinaran, minimalis dan kontras tinggi, serta pelaksanaan grafik vektor yang pintar. Saiz komuniti pemaju ini mencetuskan pemasukan sokongan kulit Winamp dalam perisian media digital lain seperti Windows Media Player dan XMMS.
Plug-in
Perkakas pembangunan perisian Winamp membolehkan ara pemajunya untuk menambahkan fungsi Winamp melalui penggunaan plug-in, yang dikategorikan kepada tujuh jenis berikut:
- Plug-in input menyahkod data media yang terkandung dalam format fail tertentu.
- Plug-in output mengawal destinasi audio yang dinyahkod (seperti alat DirectSound atau penulisan terus ke fail).
- Plug-in Visualization memberi grafik yang dihidupkan oleh bunyi.
- Plug-in DSP/Effect memanipulasi audio (reverb, pengkhususan, penyamaan bunyi, pemampatan, dsb).
- Plug-in General Purpose (Kegunaan am) menambah fungsi atau sambungan kepada Winamp (Media Library, jam loceng, atau pause when logged out).
- Plug-in Media Library menambah fungsi atau sambungan pada plug-in Media Library (gen_ml, disertakan dengan Winamp).
- Plug-in Device (Alatan) menambahkan sokongan pemain media mudah alih kepada plug-in Portable Media Player (ml_pmp, disertakan dengan Winamp)
Pembangunan mudah bagi plug-in input khusus menyumbang kepada keserbabolehan Winamp berbanding perkakas pemain media yang keras. Contohnya, muzik permainan video yang popular mencetuskan pembangunan plugin bagi fail muzik game konsol mainan, seperti NSF, USF, GBS, GSF, SID, GYM, SPC, PSF dan PSF2.
Pelbagai plug-in boleh didapati di laman web Winamp.[14]
Ciri-ciri
Format rakaman
Winamp menyokong rakaman muzik berformat MP3, MIDI, MOD, MPEG-1 berlapisan audio 1 dan 2, AAC, M4A, FLAC, WAV dan WMA. Winamp ialah salah satu pemain muzik terawal di Windows yang menyokong rakaman Ogg Vorbis secara lalai.[15] Winamp menyokong gapless playback untuk MP3 dan AAC, dan Replay Gain untuk pembetulan volum melintasi semua runut. Sokongan CD termasuk memainkan dan mengimport muzik dari CD audio, serta merakam muzik ke dalam CD. Versi standard mengehadkan kelajuan dan kadar data rakaman CD maksimum; manakala versi "Pro" menanggalkan semua batasan ini.[16]
Winamp menyokong rakaman Windows Media Video dan Nullsoft Streaming Video. Untuk MPEG Video, AVI dan jenis video yang tidak disokong, Winamp menggunakan DirectShow API oleh Microsoft untuk membolehkan kebanyakan format video yang disokong oleh Windows Media Player dimainkan. Bunyi keliling 5.1 disokong berdasarkan kemampuan format dan dekoder.[17]
Podcatcher
Winamp juga boleh digunakan sebagai agregator suapan media RSS yang berupaya memaparkan rencana, memuat turun atau memainkan kandungan sebagai media penstriman. SHOUTcast Wire menyediakan direktori dan sistem langganan RSS untuk memainkan dan memuat turun audio siar.[18][19]
Sokongan peranti pemain media
Winamp boleh menyokong pemain media mudah alih dan peranti Mass Storage Compliant, Microsoft PlaysForSure dan ActiveSync.[20]
Pemalam
Pada tahun 1998, Winamp ditulis semula sebagai "pemain audio serbaguna"[21] dengan seni bina pemalam. Ciri ini disambut baik sekali oleh para pengulas.[22][23] Pembangunan dijalankan awal, secara berbagai-bagai dan pantas: 66 pemalam diterbitkan menjelang November 1998.[24] Kit pembangunan perisian Winamp membolehkan pembangun perisian mencipta tujuh jenis pemalam[25].
- Input: menyahkod format fail tertentu.
- Output: menghantar data ke peranti atau fail tertentu.
- Visualization: memaparkan grafik janaan bunyi.
- DSP/Effect: memanipulasi audio untuk kesan khas.
- Pemalam General Purpose meningkatkan kemudahan atau ciri-ciri UI (Media Library, alarm clock, atau pause when logged out).
- Pemalam Media Library menambah fungsi pada Media Library.
- Pemalam Portables menyokong pemain media mudah alih.[26]
Sokongan pembangunan pemalam meningkatkan kefleksibelan Winamp untuk sebilangan besar pemalam khusus untuk fail muzik konsol permainan seperti NSF[27], USF, GBS[28], GSF[29], SID[30], VGM[30], SPC[30], PSF dan PSF2.
Kerja-kerja derivatif
- Unagi merupakan nama kod bagi enjin mainan media yang berpunca daripada teknologi teras Winamp seperti yang diedar dengan perisian AOL atau sebagau muat turun ActiveX. Unagi mengaktifkan banyak projek media AOL (iaitu video@netscape, video@aol dsb). [perlu rujukan]
Lihat juga
- Visualisasi muzik
- MilkDrop
- Dosamp
- XMMS
- Nullsoft Scriptable Install System
- Nullsoft Streaming Video
- SHOUTcast
- Winamp Alternative
- Perbandingan antara pemain-pemain media
Rujukan
- ^ a b "BetaNews FileForum". Winamp 3 for Linux
- ^ "AOL Unveils New Winamp Version with Enhanced Dashboard and Remote Features". AOL LLC. Dicapai pada 2006-09-27.
- ^ Tarikh keluaran 21 April 1997 yang dipetik dari binari Winamp.exe 0.20a. Versi ini masih memainkan sebilangan MP3 kadar bit konstan pada Windows XP SP2, tetapi boleh hilang kawalan apabila dihentikan seketika/disambung balik.
- ^ Maklumat perlesenan dari Menu Help Winamp 1.006.
- ^ Tarikh keluaran Versi 1.006 dari skrin bantuan, versi daripada binari boleh laku.
- ^ News page Playmedia website. Dicapai 2007-4-1.
- ^ Po Bronson (July 1998). "Rebootlegger". Wired.com. Dicapai pada 2007-4-07. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Winamp.com (1998-12-02). "New Features listing". Dicapai pada 2007-04-07. via archive.org
- ^ DEMO.MP3 15592 bytes, 32 kbit/s, 22 kHz, recorded in "1997" "Exclusively for Nullsoft" by JJ McKay. Voice only, no music stinger.
- ^ "Power of 10: The past, present, and future of digital living". Top 10 downloads of the past 10 years. CNET Networks, Inc. Dicapai pada 2006-07-26.
- ^ a b "AOL Who We Are Website". AOL.COM. 2004-10-19. Dicapai pada 2007-04-09. from archive.org.
- ^ "AOL Announces Winamp 10th Anniversary Edition".
- ^ Winamp 5.5 Changelog
- ^ Winamp.com Plugins
- ^ Gwendolyn Mariano (May 1, 2002) Winamp glitch may benefit open source CNET News. Diterima pada 28 Mac 2010.
- ^ Winamp Features Comparison Diarkibkan 2013-12-19 di Wayback Machine Winamp.com. Diterima pada 28 Mac 2010.
- ^ Dixon, Douglas; Dreier, Troy; France, Jasmine (6 Ogos 2006) [Nullsoft Winamp 5.23 Review & Editor's Rating] CNET News. Diterima pada 28 Mac 2010.
- ^ AOL Introduces New Podcast Offerings Deana Graffeo, AOL, 14 September 2005. Diterima pada 7 Mac 2010.
- ^ Winamp Packs on Features for 10th-Anniversary Edition Eliot Van Buskirk, Wired.com, 10 November 2007. Diterima pada 7 Mac 2010.
- ^ How to do everything: iPod & iTunes Guy Hart-Davis, McGraw-Hill, 2007. Google books. ISBN 978-0072263879. Dicapai pada 7 Mac 2010.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaWAv1.90
- ^ Gibbs, Mark (17 Julai 2000)The Elephant remembers to remember audio Network World. Diterima pada 28 Mac 2010.
- ^ Complete Guide to MP3s. Future US, Inc. Maximum PC v. 5, No 2. Pg 44. February 2000. Retrieved March 28, 2010.
- ^ "Winamp Plug-ins". Winamp.com. Nullsoft Inc. November 24, 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 1998-12-05. Dicapai pada 28 Mac 2010. Italic or bold markup not allowed in:
|work=
(bantuan) - ^ Winamp Developers Diarkibkan 2010-07-17 di Wayback Machine. AOL, AOL Developers Network. 4 Januari 2008. Diterima pada 28 Mac 2010.
- ^ Robertson, Michael; Simpson, Ron (1999) The official MP3.com guide to MP3. MP3.com. ISBN 978-0967057408. Retrieved March 28, 2010.
- ^ NotSoFatso NSF Player Plugin
- ^ Nezplug/Nezplug++ GBS Winamp Plugin
- ^ Several GSF-compatible Winamp Plugins
- ^ a b c Chipamp Winamp Plugin bundle.
Pautan luar
- (Inggeris) Laman web rasmi Winamp
- (Inggeris) Muat turun percuma Winamp 5 Diarkibkan 2008-10-23 di Wayback Machine
- (Inggeris) Sejarah versi Winamp 5 Diarkibkan 2009-10-10 di Wayback Machine
- (Inggeris) Winamp Heaven! Arkib versi-versi lama
- (Inggeris) Versi-versi lama Winamp di OldVersion.com