Keluasan: | 3,298.0 km² |
Jumlah penduduk | 161,210 (tahun 2000) |
Kepadatan: | 49 inh./km² |
Ranong(Bahasa Thai: ระนอง; Bahasa Melayu: Rundung) ialah nama sebuah bandar dan wilayah di selatan Thailand. Ia juga menjadi pusat daerah Amphoe Mueang Ranong. Jumlah penduduknya 16,163 orang dan digelar thesaban mueang.
Bandar ini terletak di sebelah Sungai Kraburi, bertentangan dengan sempadan Myanmar. Jalan Phetkasem (atau Thailand Route 4) melalui bandar ini dan ia menjadi jalan pengangkutan yang penting. Lapangan Terbang Ranong terletak 24km di selatan bandar ini.
Lembaga Pelabuhan Thailand menguruskan Pelabuhan Ranong yang memghadap Lautan Hindi.