Gyeongsang Selatan (Korea: 경상남도, 慶尙南道 Gyeongsangnam-do) merupakan sebuah wilayah yang terletak di tenggara negara Republik Korea. Kadangkala ia juga dipanggil sebagai Gyeongnam (Korea: 경남, 慶南). Ibu kota wilayah ini ialah Changwon dan terdapat sebuah pusat metropolitan dan pelabuhan di situ iaitu Busan. Tapak Warisan Dunia UNESCO, Haeinsa yang merupakan sebuah tokong Buddha dimana tersimpannya Tripitaka Koreana juga terletak di wilayah ini. Kilang-kilang automobil dan petrokimia kebanyakkannya tertumpu di bahagian selatan Gyeongsang Selatan, dimana ia memanjang dari Ulsan sehingga ke Busan, Changwon dan Jinju.