Gyeonggi (Korea: 경기도, 京畿道 Gyeonggi-do) merupakan wilayah dengan kepadatan penduduk tertinggi di Korea Selatan. Ibu kota wilayah ini adalah Suwon. Wilayah ini terletak di bahagian barat laut negara itu. Wilayah ini memiliki keluasan wilayah seluas 10,131 km² dengan jumlah penduduk seramai 10,415,399 orang pada tahun 2005. Kepadatan penduduk dianggarkan 1,028 orang/km².
Ibu negara Korea Selatan Seoul terletak di tengah wilayah ini, namun ditadbir secara berasingan sebagai bandar khas sejak 1946.