Bandar Raya Autonomi Khas Sejong بندر راي اٴوتونومي خاص سيجوڠ | |
---|---|
Transkripsi bahasa Korea | |
Nama Hangul | 세종특별자치시 |
Nama Hanja | 世宗特別自治市 |
Nama Perumian Semakan | Sejong Teukbyeol-jachisi |
Nama McCune-Reischauer | Sejong T’ŭkpyŏl-chach’isi |
Nama lain | Sejong, Yeongi (dahulu) |
Maklumat pentadbiran | |
Negara | Korea Selatan |
Subpembahagian | 1 kejiranan, 1 bandar, 9 perbandaran |
Datuk bandar | Yoo Han-sik |
Maklumat am | |
Luas | 465.23 km2 (179.63 bt persegi) |
Populasi (2012) | 122,263[1] |
Koordinat | 36°35′33″N 127°17′30″E / 36.59250°N 127.29167°EKoordinat: 36°35′33″N 127°17′30″E / 36.59250°N 127.29167°E |
Loghat | Chungcheong dan Seoul |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Sejong (dahulunya dikenali sebagai kaunti Yeongi) atau nama rasminya Bandar Raya Autonomi Khas Sejong merupakan sebuah bandar raya terancang di Korea Selatan. Pada awal tahun 2007, kerajaan Republik Korea memutuskan untuk mewujudkan sebuah kawasan pentadbiran khas yang menempatkan 9 buah kediaman menteri dan 4 agensi kebangsaan yang pada masa kini terletak di Seoul. Kawasan bandar raya ini terletak di luar Seoul serta berada di antara dua wilayah iaitu Chungcheong Selatan dan Chungcheong Utara, berdekatan Daejeon. Sejong dibuka pada 2 Julai 2012 dengan 36 agensi kerajaan dijadualkan untuk berpindah di situ pada 2015.[2]
Etimologi
Bandar raya ini dinamakan sempena Sejong Agung, raja dari Dinasti Joseon sebagai tanda penghormatan kepada baginda yang merupakan bapa kepada abjad Korea.[3] Sebelum ini bandar raya ini adalah sebuah kaunti iaitu Yeongi (연기, 燕岐).
Rujukan
- ^ Parti-parti berbahas tentang penambahahan Bandaraya Sejong dalam peta kawasan pilihan raya
- ^ "South Korea opens 'mini capital' in Sejong City ("Ibu negara kecil" Korea Selatan dibuka di Bandaraya Sejong)". BBC. 2 Julai 2012. Dicapai pada 2 Julai 2012.
- ^ BBC NEWS: S Korea chooses new capital site (Korea Selatan memilih tapak ibu negara baharu)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sejong (bandar raya) |
- Laman sesawang rasmi (Inggeris) (Korea) (Jepun) (Cina)
- Agensi Pembinaan Bandaraya Pentadbiran Berbilang Fungsi (MACCA) Diarkibkan 2012-02-18 di Wayback Machine (Korea)