Laman ini merupakan WikiProjek, satu ruang untuk kerjasama di kalangan ahli Wikipedia. Kehadiran peserta baharu adalah dialu-alukan, dan anda bebas untuk menyertai sebarang WikiProjek!
WikiProjek Malaysia diwujudkan bagi menyempurnakan rencana-rencana berkaitan Malaysia dengan lebih baik. Jika anda ingin turut serta, sila turunkan tanda tangan anda di bahagian peserta.
Tujuan WikiProjek ini ialah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti maklumat yang terdapat mengenai Malaysia di Wikipedia Bahasa Melayu.
Untuk menjadi peserta sila turunkan tandatangan anda (dengan menaip "# ~~~~") di bawah ini. Peserta juga dapat menambah kotak info {{Pengguna WikiProjek Malaysia}}
الأستاذ أبو غاصاك (بينچڠ) 02:46, 30 November 2022 (UTC), tidak banyak mengembangkan rencana. hanya memberi kotak info, merapikan templat, dan menilai kualiti suatu rencana di laman perbincangan. biasanya saya banyak melakukan perubahan di rencana-rencana politik dan kerajaan tempatan.[balas]
Kelas/kualiti: "RP" atau "RB" jika sudah terpilih melalui prosedur masing-masing, "Tunas" jika masih tunas (pendek), "Senarai" jika berupa senarai, "A" jika merupakan bekas RP atau rB, "B" jika sudah baik, cukup panjang, lengkap dengan rujukan, "C" jika sudah cukup panjang, tapi masih kurang rujukan/gaya bahasa perlu diperbaiki.
Kepentingan: Rujuk kepada en.wiki jika ada pautan antara bahasanya, biarkan kosong jika ragu-ragu, ubah jika dirasakan tidak sesuai.
Pasukan Inventori - Ahli Wikipedia yang bertandatangan di bawah menyenaraikan (dan melengkapkan senarai sedia ada) rencana tentang Malaysia yang (dan sepatutnya) di Wikipedia.
Pasukan Penilaian - Ahli Wikipedia yang bertandatangan di bawah menilai dan mengkategorikan artikel berdasarkan skop wiki projek Malaysia.
Penyelenggaraan - Ahli Wikipedia yang bertandatangan di bawah ini mengekalkan halaman projek, halaman portal, halaman kecil, dsb.
Pasukan Penyemak - Ahli Wikipedia yang bertandatangan di bawah menambah baik dan membangunkan rencana tertentu dalam skop wiki projek Malaysia.
Pasukan Pemantau - Ahli Wikipedia yang bertandatangan di bawah memantau dan menambah senarai pemerhatian rencana yang telah diinventori.
Beberapa rencana berkaitan Malaysia tiada atau kekurangan rujukan dan kandungan di mana sebahagiannya memerlukan penstrukturan semula. Ada yang mengandungi pemformatan yang teruk dan kesilapan menaip. Anda boleh membantu dengan memasukkan rencana yang perlu dikemaskini atau dikembangkan di sini: