| Farra | |
|---|---|
| Kelahiran | Farihah binti Mohamad Arshad 1976 (umur 48–49) | 
| Pekerjaan | Penyanyi | 
| Tahun aktif | 1996-kini | 
| Pasangan | Mohd. Shahrul Azni (14 Februari 1998 - 22 Ogos 2009) | 
| Anak-anak | Muhammad Afif Zikry (anak angkat) | 
| Kerjaya muzik | |
| Alat muzik | Vokal | 
Farihah binti Mohamad Arshad atau lebih dikenali sebagai Farra merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau telah mencipta namanya melalui lagu Bagaikan Puteri sekitar dekad 1990-an.
Beliau kini lebih selesa jika karier seni nyanyian diabadikan sebagai kenangan sahaja serta mahu berdakwah dan menyebarkan ilmu pendidikan. Farra kini sedang mendalami ilmu pembacaan Al-Quran dan ingin mengajar jika berkelayakan. Beliau juga kini terlibat dalam perniagaan pakaian Muslimah.[1]
Rujukan
Pautan luar
- Peritnya bila diceraikan - Fara Diarkibkan 2017-03-05 di Wayback Machine
- Farra Mohamad Arshad di Instagram










