Laman ini mendokumenkan dasar atau polisi Wikipedia Bahasa Melayu, piawai yang telah dipersetujui ramai dan hendaklah diikuti oleh semua pengguna. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan. |
Dalam operasi biasa Wikipedia, beberapa laman akan dipadamkan setiap hari. Walaupun sebarang pengguna boleh mengosongkan laman, kandungan asal masih tersimpan di dalam sejarah laman untuk dilihat dan dipulihkan oleh orang lain jika mereka mahu. Apabila laman dipadamkan, ini menghapuskan bukan sahaja versi semasa tetapi juga semua versi sebelumnya.
Hanya penyelia mempunyai kebolehan untuk memadam dan memulihkan laman dalam sistem. Dengan sistem pemadaman sekarang, penyelia perlu menggunakan pertimbangan terbaik untuk membuat keputusan ini. Anda boleh bergantung kepada penyelia (atau sysop) untuk mematuhi proses terperinci di bawah untuk membantu mereka dalam membuat pertimbangan mereka.
Laman yang dipadamkan boleh dipulihkan oleh penyelia, jika dan hanya jika terdapat sokongan pada undi untuk pulih laman. Jika proses padam dibuat terlalu mudah, ia mudah hilang punca. Oleh itu keputusan untuk memadamkan laman secara kekal tidak dibuat dengan mudah, dan proses pemadaman diikuti. Lihat Polisi pulih untuk panduan pulih padam.
Jika sesuatu laman dicipta banyak kali walaupun selepas dihapuskan, ia mungkin bermakna rencana tersebut memang perlu. Tetapi sekiranya sesuatu laman itu sentiasa dicalonkan untuk dipadamkan, ia bukan bermakna rencana tersebut tidak perlu, mungkin cuma perlu dibaikpulih.
Aturan untuk pemadaman
Memohon pemadaman
Untuk memohon laman atau gambar dipadam, letakkannya di mn7b di bawah tajuk yang sesuai:
- Hakcipta - untuk kemungkinan pelanggaran hak cipta, untuk laman atau imej.
- Bahasa asing - untuk laman yang ditulis dalam bahasa asing.
- Imej - untuk imej dan laman gambaran imej, tidak termasuk kemungkinan pelanggaran hak cipta
- Laman persendirian - untuk sub laman persendirian (Contoh, jika ia seperti <<Pengguna:NAMAANDA/tajuk>> atau <<Perbualan Pengguna:NAMAANDA/tajuk>>)
- Alihan - sebarang laman yang mengalih ke tempat lain
- Cubaan penguna/Penghapusan serta-merta - sebarang cubaan pengguna baru - untuk digunakan bagi bukan Penyelia.
- Kemaskini - Jika anda tidak pasti pemadaman bukannya pendekatan terbaik.
- Lain-lain - untuk laman yang anda tidak pasti.
Sebahagian dari laman ini mempunyai prosedur berbeza - oleh itu, ia akan dijelaskan pada laman tersebut.
Berikan sebab kenapa anda percaya ia patut dipadamkan. Ia akan kekal untuk beberapa waktu, memberi peluang pengguna lain untuk memberi komen sama ada mereka fikir pemadaman adalah wajar atau tidak. Selepas tempoh yang sesuai, penyelia akan memadamkan laman sekiranya secara kasar keputusan dicapai - lihat Wikipedia:Panduan pemadaman untuk penyelia.
Penghapusan segera
Untuk calon penghapusan serta-merta, Penyelia tidak perlu meminta izin - mereka boleh menghapuskannya terus. Penyelia yang menjalankan tugasan ini akan memilih sebab-sebab sesuatu laman itu dihapuskan secara segera atau serta merta. Dalam hal ini kriteria-kriteria yang terkandung dalam Wikipedia:Kriteria penghapusan segera akan digunakan.
Cara mengundi
Dalam menyatakan pendapat anda, sila masukkan pendapat, sebab, dan tandatangani ia dengan ~~~~ (empat tilde berturut). Cara undi yang lain boleh dilihat di jadual sebelah.
Templat "vote" digunakan untuk memberikan ikon-ikon sesuai dengan suara yang diinginkan. Misalnya dalam sesuatu pengundian, apabila kita tidak bersetuju maka berikan:
{{vote|T}} yang menghasilkan Tidak setuju
Perhatikan bahawa gabung ke <<rencana>> dan hapus bukanlah satu pilihan (kecuali teks domain awam) kerana ia akan menghapuskan maklumat penulis asal rencana tersebut.
Sela masa
Tajuk-tajuk yang berlainan mungkin mempunyai "sela masa" yang berlainan -- berapa lama laman bagi sesuatu rencana harus disenaraikan sebelum boleh dipadamkan (sesebuah rencana boleh dihapuskan pada bila-bila masa). Ini memberikan peluang kepada pengguna lain untuk memberi komen/pandangan atau memperbaikinya. Sela masa tersebut (diambil dari wiki-en) pada masa ini ialah:
- Hakcipta - ~ 1 minggu
- Bahasa asing - ~ 1 minggu
- Imej - ~ 1 minggu
- Alihan - ~ 1 minggu
- Laman persendirian - serta-merta
- Cubaan pengguna baru - serta-merta
- Lain-lain - 5 hari
Polisi mengundi
Untuk memohon sesuatu laman (rencan atau imej) dihapuskan;
- Undi pengguna hanya akan dikira jika pengguna tersebut:
- telah berdaftar sekurang-kurangnya seminggu sebelum penyenaraian laman, dan
- mempunyai sekurang-kurangnya 25 suntingan yang bukan suntingan kecil
- Walau bagaimanapun, pencipta laman tersebut tetap boleh mengundi (sekali).
- Di akhir sela masa, jika majoriti 2/3 bersetuju memadam, maka laman tersebut boleh dipadamkan. Jika tidak, ia harus dibiarkan/diperbaiki. Laman tersebut juga harus dikekalkan jika ia telah diperbaiki secukupnya sejak disenaraikan. Sebab itulah sebab penyenaraian diperlukan.
Notis penyenaraian untuk pemadaman
Bila anda menyenaraikan sesuatu laman untuk dipadamkan, adalah sopan untuk memberitahu pengguna-pengguna lain serta pencipta laman tersebut. Untuk itu, anda boleh letakkan templat {{subst:padam}} di laman tersebut, yang akan menghasilkan teks berikut:
- Rencana ini merupakan calon untuk dihapuskan segera. Jika anda tidak setuju dengan usul ini, sila nyatakan sebabnya di sini, atau di laman perbincangannya.
Semoga notis ini akan mengelakkan pembaca dan pengguna baru dari keliru mengapa sesebuah laman itu dihapuskan.
Notis ini tidak perlu untuk laman-laman yang:
a) tiada kandungan (contohnya alihan dan
b) tiada sejarah penting.
Sejarah yang menunjukkan apa-apa kandungan ditambah atau dibuang adalah penting.
Mengeluarkan laman daripada senarai
Jika terdapat penyelesaian lain untuk laman-laman ini (contohnya gabung, alih dan lain-lain), biarkan ia disenarai tersebut buat beberapa hari, supaya penyumbang asal dapat melihat apa yang terjadi padanya. Ini boleh mengelakkan mereka daripada menyumbang benda yang sama sekali lagi.
Dalam kes-kes seperti ini, perbincangan yang dilakukan di Wikipedia:Permohonan memadam laman seharusnya dipindahkan ke laman perbualan halaman yang berkenaan ataupun sublaman tersebut. Ia mungkin berguna sebagai rujukan masa hadapan.
Sentiasalah memberikan ringkasan suntingan apabila menyunting laman Wikipedia:Permohonan memadam laman, terutamanya semasa mengeluarkan sesuatu rencana dari senarai, supaya sejarah laman tersebut boleh digunakan sebagai arkib simpanan untuk perbincangan yang tidak diarkibkan.
Perkara lain yang harus dipertimbangkan
Jangan terburu-buru calonkan rencana untuk dihapuskan. Pertimbangkan perkara-perkara penting yang berikut:
- Jangan calonkan rencana tunas yang berpotensi, hanya calonkan rencana tunas yang karut-marut. Begitu juga, lencongkan atau senaraikan rencana tunas yang hanya sekadar berisi takrifan ringkas.
- Jangan calonkan rencana yang tidak rapi semata-mata; anda wajar membubuh templat pemberitahuan seperti {{wikikan}} dan {{NPOV}} untuk menyeru bantuan supaya rencana itu dikemaskan. Rencana yang karut-marut
- Laman lencongan wajar dihapuskan jika ia benar-benar mendatangkan masalah daripada memanfaatkan Wikipedia, misalnya juga ia merupakan salah eja atau nama yang dibuat-buat tanpa bukti kewujudan nama itu.
- Calonkan halaman yang anda rasa tiada potensi untuk menjadi rencana ensiklopedia. Misalnya, topik yang tiada kelayakan untuk mendapat rencana sendiri, atau rencana yang sekadar takrifan kamus, dsb.
- Jangan senaraikan rencana yang berat sebelah, sebaliknya gunakan templat amaran {{NPOV}}. Bagaimanapun, rencana boleh dicalonkan jika tindakan menyunting dan menggugurkan segala bahan yang berat sebelah menjadi berkecuali menyebabkan kelenyapan maklumat berguna.
- Jika sesebuah laman mengandungi kandungan berguna tetapi terlalu kecil untuk menjadi rencana tunas pun, kandungannya boleh dipindahkan ke laman lain, manakala laman asalnya menjadi lencongan. Meskipun tiada kandungan berguna, namun laman itu tetap boleh dijadikan laman lencongan yang berguna. Jangan calonkan laman-laman ini. Tetapi, laman itu boleh dicalonkan untuk penghapusan juga.
- Calonkan rencana yang anda dapati tiada maklumat yang boleh disahkan, asalkan anda mematuhi prosedur-prosedur di Wikipedia:Pengesahan.
FAQ
X melencong ke Y, dan ini mengaburkan kewujudan A, B, dan C - wajarkah X dihapuskan?
- Ia sepatutnya ditukarkan kepada laman nyahkekaburan. Tak payah buka laman Undian untuk Penghapusan; buatlah sendiri.
Ada pengguna yang mengacau di sini dan wajar diharamkan!
- Bertenang dan laporkannya dalam laman perbincangan Laku musnah.