Laman ini mendokumenkan dasar atau polisi Wikipedia Bahasa Melayu, piawai yang telah dipersetujui ramai dan hendaklah diikuti oleh semua pengguna. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan. |
PERLEMBAGAAN WIKIPEDIA
Wikipedia telah membangunkan set dasar dan garis panduan untuk mencapai matlamat penubuhan ensiklopedia bebas ini.
Dasar dan garis panduan menggambarkan kepiawaian yang dipersetujui oleh pihak komuniti. Dasar menekankan piawaian yang harus dituruti oleh semua penyunting, manakala garis panduan pula bersifat nasihat mengenai persekitaran Wikipedia.
Takrifan
Takrifan istilah adalah merujuk kepada maksud ringkasan sesuatu istilah asas yang digunakan di laman dasar dan garis panduan atau laman - laman lain yang bersangkutan atau berkaitan dengannya dalam Wikipedia bahasa Melayu. Juga dianggap sebagai takrifan asas bagi frasa-frasa umum perlembagaan Wikipedia bahasa Melayu ini.
Matlamat
- Lihat juga: Wikipedia:Matlamat
Matlamat Wikipedia adalah untuk memberi manfaat kepada para pembaca dengan menjadi sebuah ensiklopedia sebuah kompendium menyeluruh yang mengandungi maklumat berkaitan semua cabang ilmu.
Matlamat kami dengan Wikipedia adalah untuk membuat sebuah ensiklopedia bebas dan percuma; sesungguhnya ensiklopedia terbesar dalam sejarah, dari segi kelebaran dan kedalaman. Kami juga mahu Wikipedia menjadi sumber yang boleh dipercayai.—Larry Sanger[1]
Sesungguhnya, tujuan sesebuah ensiklopedia adalah untuk mengumpul ilmu yang terselerak di seluruh dunia; untuk mengajukan sistemnya kepada orang ramai, dan menyebarkannya kepada mereka yang akan datang kemudian, agar karya-karya abad sebelum berguna kepada abad-abad yang terkemudian; agar anak cucu kita lebih terdidik dan pada masa yang sama menjadi lebih beradab dan gembira, dan supaya kita tidak meninggalkan dunia ini tanpa berkhidmat kepada manusia sejagat.—Diderot[2]
Dasar
Anda tidak perlu membaca semua polisi Wikipedia sebelum mula menyumbang! Bagaimanapun, polisi berikut adalah yang paling mustahak. Pengguna Wikipedia sebaik-baiknya memahami polisi yang berikut demi perkembangan Wikipedia yang lebih sihat.
- Wikipedia merupakan ensiklopedia.
Ini adalah satu-satunya tujuan Wikipedia dilahirkan, dan bahan bertulis di luar tujuan ini harus dipindahkan ke projek Wikimedia lain atau dihapuskan jika tidak boleh. Lihat Wikipedia bukanlah.
- Hormati ahli penyumbang lain.
Penyumbang datang dari pelbagai negara dan kebudayaan, dan mempunyai pandangan yang berbeza. Dengan menghormati mereka kita dapat bekerjasama dengan efektif dalam membina ensiklopedia. Jangan menulis perkara yang boleh mengganggu keharmonian bersama, dan jangan menulis perkara yang boleh menyinggung perasaan. Untuk dasar berkenaan, sila lihat etika Wikipedia.
- Jangan melanggar hak cipta.
Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas dilesenkan di bawah syarat Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Menghantar kerja tanpa kebenaran pemegang hak cipta mengancam objektif kami untuk membina ensiklopedia bebas yang boleh disebarkan secara bebas, dan boleh mengakibatkan masalah undang-undang kepada projek. Lihat Hakcipta Wikipedia untuk maklumat lanjut. Dasar ini adalah asas untuk semua projek Wikimedia.
- Jauhi berat sebelah. Rencana perlu ditulis dari sudut pandangan berkecuali, yang bererti rencana patut mewakili pandangan dari sudut berbeza secara adil dan bersimpati.
- Ikuti kebiasaan. Dengan mengikuti kebiasaan kita dapat menghasilkan ensiklopedia yang konsisten dan mudah digunakan:
- Polisi menyunting (Bagaimana menyunting rencana)
- Kelaziman penamaan tajuk rencana (Bagaimana memberi tajuk rencana)
- Pengesahan (Bagaimana mengesahkan kandungan rencana)
- Nyahkekaburan (Bagaimana menyelesaikan masalah tajuk)
- Larangan penyelidikan asli (Jangan gunakan selidikan asli)
- Polisi penggunaan imej (Menangani pindah hantar)
- Polisi penghapusan (Bila dan bagaimana memadam)
- Polisi perlindungan (Bila dan kenapa melindungi sesuatu laman)
- Polisi sekatan (Bila dan mengapa menyekat pengguna)
- Polisi lanjutan (Bila polisi atau garis panduan tempatan tidak wujud, maka polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris, tertakluk kepada beberapa penghadan, boleh dirujuk)
- Cara menyelesaikan pertikaian (Bagaimana menyeselaikan sebarang pertikaian)
Untuk polisi menggunakan ciri terhad, lihat Penyelia.
Lihat juga faux pas Wikipedia paling biasa untuk maklumat berguna bagi pendatang baru.
Bagaimana dasar-dasar ini dikuatkuasakan?
Anda merupakan penyunting Wikipedia. Wikipedia tiada ketua penyunting atau pusat suntingan dengan mekanisma atas ke bawah yang memantau serta meluluskan sebarang perubahan pada ensiklopedia ini. Sebaliknya, para peserta giat memantau Perubahan terkini dan membuat suntingan semakan dan pembetulan pada kandungan dan masalah format yang mereka lihat. Ini bermakna, peserta merupakan penulis dan penyunting.
Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa walaupun pendekatan kemas kini fakta dan suntingan jelas menunjukkan ia bebas untuk berubah berikutan dasar dan polisi Wikipedia itu sendiri membenarkan ensiklopedia ini disunting oleh sesiapa jua, namun masih ada pemantauan dibuat agar segala dasar dan polisi Wikipedia yang digariskan dapat sentiasa dikuatkuasakan.
Pihak utama dalam sesuatu versi Wikipedia itu sudah tentunya Birokrat dan Penyelia. Kedua-dua pihak ini sangat penting dalam memastikan sebarang bentuk suntingan dan perubahan yang di buat dalam Wikipedia mesti mematuhi dasar serta polisi Wikipedia itu sendiri. Mereka mempunyai bidang kuasa seperti berikut, sila lihat Wikipedia:Tanggungjawab penyelia/Panduan dan Wikipedia:Tanggungjawab penyelia. Namun mereka juga ada beberapa perkara yang tidak menjadi tugasan mereka seperti, sila lihat Wikipedia:Penyelia bukanlah.
Maka perlu dijelaskan penyunting-penyunting juga mempunyai hak untuk memberi cadangan dan teguran untuk penambahbaikkan Wikipedia dari masa ke semasa, sila lihat Wikipedia:Pendapat dan cadangan pengguna. Pengguna dan penyunting juga berpeluang mengikuti diskusi dan perbualan yang dikepilkan bersama dalam satu-satu halaman dalam Wikipedia itu. Setiap penyunting Wikipedia juga bebas melontarkan pendapat dan cadangan serta pelbagai perkara lain di Wikipedia:Kedai kopi demi pembaikan Wikipedia Bahasa Melayu.
Untuk kes terlampau dan tertentu, Jimbo Wales telah bertindak untuk menegah pengguna yang terbukti merosakkan laman Wikipedia. Jimbo juga telah mengisytiharkan sesetengan polisi sebagai, secara asasnya, polisi rasmi Wikipedia; lihat Wikien-l post dan kenyataan prinsip Jimbo.
Sememangnya banyak medium kebebasan yang wujud dalam Wikipedia ini agar sama-sama kita dapat memajukan Wikipedia sebagai Ensiklopedia Serius yang bermatlamatkan rencana yang berwibawa. Lemah lembut dan bersifat ihsan lah dalam setiap kerja yang dilakukan di Wikipedia. Janganlah mencemuh dan melontarkan kata-kata kesat semasa menyertai perbincangan di Wikipedia. Masukkanlah sumber rujukan yang boleh dipercayai semasa menyunting dan elakkanlah berat sebelah.
Yang terpenting, anda perlu saling ingat mengingati dan saling bekerjasama antara satu sama lain, kerana semua dasar dan polisi dan Wikipedia tidak akan dikuatkuasakan sekiranya kerjasama dan tolong menolong tidak terjalin dengan saksama daripada semua warga Wikipedia.
Pembentukan dasar
Polisi Wikipedia dibentuk kebanyakan oleh tabiat dan persetujuan. Oleh itu, kenyataan pada laman ini dan laman bersebelahan adalah pada asasnya untuk menerangkan kebiasaan komuniti yang terbentuk.
Jika anda berminat membentuk dasar atau garis panduan, sila usulkannya di bahagian dasar Kedai Kopi. Sebelum anda membentuk dasar atau garis panduan, fikirkan hal-hal yang berikut:
- Sama ada dasar atau garis panduan itu memang amat perlu.
- Jika mahu menterjemah pula, jangan sewenang-wenangnya menterjemah, seperti menterjemah dasar dan garis panduan dari Wikipedia bahasa Inggeris dan sebagainya, kerana dasar dan garis panduan yang terkandung di sini adalah hak mutlak masyarakat tempatan Wikipedia bahasa Melayu. Masyarakat ini tidak menerima kesemua dasar dan garis panduan asing, jadi sila dapatkan pendapat di Kedai Kopi terlebih dahulu.
- Kebanyakan dasar dan garis panduan beraplikasi secara automatik daripada Wikipedia bahasa Inggeris terus ke Wikipedia bahasa Melayu melalui dasar lanjutan. Jadi anda tidak perlu tergesa-gesa hendak terjemahkan kesemua dasar Wikipedia asing dan silalah buat sedemikian mengikut keperluan semasa sahaja.
Kemudian, anda boleh terus usulkan di Wikipedia:Kedai Kopi/Jadual usul. Untuk keterangan lanjut sila lihat Wikipedia:Bagaimana membentuk dasar.
NOTA: Sekiranya usul dasar atau garis panduan anda berjaya, sila senaraikannya di laman ini dan laman senarai dasar atau laman senarai garis panduan untuk memudahkan simpanan.
Garis panduan
Garis panduan merupakan "penjelasan yang rapi mengenai apa yang harus anda lakukan". Sebagai lanjutan daripada polisi dasar di atas, komuniti wikipedia juga mengadaptasikan sejumlah garis panduan yang anda harus timbangkan untuk berakitivi di wikipedia. Garis panduan ini dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti di bawah:
Garis Panduan Umum
- Menyumbang apa-apa yang anda tahu atau sanggup belajar mengenainya
- Berani dalam mengemaskini laman
- Membina web
- Menjauhi penggunaan bot
- Gunakanlah jalan pintas sebagai kemudahan tersedia untuk anda
Panduan kelakuan
- Anggaplah niat baik
- Tandatangani segala pesanan dalam halaman perbincangan
- Elakkan mencarut
- Jangan mencemuh secara peribadi (dan pindah perdebatan peribadi kepada surat elektronik "email")
- Log masuk sebelum membuat suntingan mengejut kepada rencana sedia ada
- Elakkan nama pengguna yang menjelikkan
- Jangan serang pengguna baru
- Jangan mencipta laman mengenai diri anda
- Bagaimana menukar laman balik asal
- Jangan rencatkan Wikipedia untuk memberikan pendapat
Panduan kandungan
- Gunakan bahasa piawai
- Jelaskan jargon
- Dirikan konteks (Elakkan daripada menanggap pengetahuan terlalu banyak pada pengguna lain)
- Definisi harus disertai dengan penjelasan
- Gunakan sumber rujukan yang boleh dipercayai
- Pembongkaran plot harus disertai amaran
- Menulis dengan mengambil kira kepentingan pembaca
- Sentiasa menyemak fakta
- Menutup tulisan anda dengan kesimpulan
- Letak pautan yang releven sahaja
- Pautan luar harus diberi penjelasan
- Jangan membesar-besarkan sesuatu perkara
- Elakkan pengucapan yang samar-samar
- Jangan menciplak rencana wikipedia Indonesia
- Jangan menciplak rencana Wikipedia Inggeris
Panduan gaya penulisan
- Manual gaya penulisan
- Garis panduan penulisan yang lebih baik
- Ambil perhatian terhadap ejaan anda
- Jangan masukkan salinan sumber asli
- Elakkan rencana anda menjadi rencana yatim
- Elakkan penggunaan perkataan bahasa asing secara berlebihan
- Elakkan maklumat yang cepat lapuk
- Ringkasan suntingan
- Elakkan penggunaan warna secara berlebihan
- Jangan wujudkan terlalu banyak tajuk kecil
- Gunakan ayat yang ringkas
- Kurangkan penggunaan tanda sengkang
- Elakkan pewujudan perenggan satu-ayat
- Jangan gunakan subhalaman
Carian
Dasar dan garis panduan boleh juga dipandu arah menggunakan kategori, templat pandu arah atau dengan kotak carian (sebagaimana di bawah).
Lihat juga
- Laman Meta-Wiki mempunyai banyak rencana tentang Wikipedia dan topik-topik yang berkaitan.
- Menulis rencana "how-to" dalam Wikipedia.
Nota kaki
- ^ Sanger, Larry (1 November 2001), Wikipedia Policy (dalam bahasa Inggeris), Wikipedia, diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2007
- ^ Diderot, Denis and d'Alembert, Jean le Rond Encyclopédie. University of Michigan Library:Scholarly Publishing Office and DLXS. Retrieved on: November 17, 2007