Wan Hanafi Su | |
---|---|
Kelahiran | Wan Hanafi bin Wan Su 1950 (umur 73–74) |
Pendidikan | Sijil Pendidikan; Sijil Seni Kreatif |
Pusat pendidikan | Universiti Sains Malaysia (USM) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1978–kini |
Terkenal kerana | Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman |
Pasangan | Sunarti Sunarto |
Wan Hanafi bin Wan Su merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada era 70-an dan sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon dalam lebih 100 drama dan 20 filem. Drama pertama beliau berjudul Wira pada 1978 iaitu drama pertama RTM berwarna.[1] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[2]
Kehidupan awal
Wan Hanafi dilahirkan di Besut, Terengganu. Beliau berasal daripada keluarga seni, abangnya, Wan Mustafa atau lebih dikenali dengan panggilan Wan Po merupakan tokoh ukiran kayu terkenal negara dan diiktiraf kerajaan sebagai Adiguru Kraf. Wan Po membuka sebuah bengkel dan ukir di Alor Lintang tidak jauh daripada tempat Wan Hanafi menjalankan perniagaan.
Kerjaya
Beliau memulakan kerjayanya pada 1978 dengan dengan drama pertama lakonannya, Wira kemudian diikuti oleh watak pembantu dalam drama Panggung RTM, Kalut.
Wan Hanafi memegang watak utama bersama Yus Waisar dan Sharmila Rabbi dalam telefilem Airmata Papa arahan Jurey Latiff Rosli dan seterusya berlakon dalam telefilem Ku Yakin Berlaku lakonan Pierre Andre dan Airis Yasmin.
Bekerjasama dengan pelakon-pengarah, Sabri Yunus, Wan Hanafi menjayakan watak Pak Hassan dalam telefilem Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman yang diaptasi dari novel karya Sasterawan Negara ke-10, Anwar Ridhwan. Telefilem ini turut dibintangi oleh Zul Huzaimy, Mardiana Alwi, Nam Ron, Amerul Affendi dan Hushairy Hussein, dan dipertontonkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat bermula 1 Jun 2013.[3][4]
Pada 2014, Hanafi melakonkan watak Pak Awang dalam filem Lelaki Harapan Dunia arahan Liew Seng Tat yang dicalonkan di Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-88.[5][6] Setahun kemudian, beliau muncul dalam filem Gangsterock Kasi Sengat arahan sulung Soffi Jikan. Beliau juga berlakon bersama Shaheizy Sam dan Zizan Razak dalam filem aksi, Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar; memegang watak Adli Hashim.[7]
Wan Hanafi mencipta sejarah dengan menghadiri majlis permaidani merah Festival Filem Cannes yang berlangsung pada 16 Mei 2016, yang mana filem Apprentice lakonannya, dipertontonkan di sana.[8]
Beliau menjayakan watak tajuk dalam filem drama Luqman arahan Mahadi J. Murat yang mengisahkan tentang Luqman, seorang penyair yang bergelut untuk mencari penonton menghargai untuk hasil seni beliau.[9]
Kehidupan peribadi
Beliau sangat mengagumi pelakon Hollywood, Marlon Brando, Robert De Niro dan Al Pacino.[8]
Aktiviti lain
Pada Mac 2017, Hanafi bersama isteri, Sunarti Sunarto memulakan perniagaan menjual pelbagai aneka nasi di Besut, Terengganu, sejak bagi membahagikan masanya antara lakonan dan perniagaan.[10][11]
Hanafi turut mengendalikan kelas lakonan bagi mempelawa anak seni yang berminat untuk mendalami ilmu lakonan secara percuma.[12][13]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Jogho | Pak Isa | Filem pertama |
2008 | Susuk | Bomoh Effendi | |
2011 | Hikayat Merong Mahawangsa | Taji | |
2012 | Bunohan | Pok Heng @ Ibrahim | |
29 Februari | Khalid | ||
Halim Munan | Wak Mali | ||
Prince Of The City | Jaggoi Sibuyan | ||
2013 | Dua Kalimah | Pak Daud | |
Dampak | Tok Long | ||
Kisah Paling Gangster | Bapa Megat | ||
Paku | Umar | ||
Tokan | Tuan Kamil | ||
2014 | Laga | Hassan Laga | |
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah | |||
Lelaki Harapan Dunia | Pak Awang | ||
2015 | Gangsterock Kasi Sengat | Ayah Rude | |
Polis EVO | Adli Hashim | Pelakon undangan | |
Chowrasta | Penampilan khas | ||
2016 | Apprentice | Rahim | |
2017 | Kau Yang Satu | Sulaiman | |
Luqman | Luqman | ||
2018 | 7ujuh | Tok Batin | |
2019 | Bu, Kasih Suci | Johar | |
Dendam Pontianak | Penghulu | ||
Boluomi | |||
KL Vampires | Jaka Santoro | ||
Garang | Saiful | ||
The Garden of Evening Mists | Jaafar Hamid | ||
2020 | Tyickoouns | Cikgu Gadak | |
2021 | Edge of the World | Sultan Omar Ali Saifuddin II | Penampilan pertama untuk filem Hollywood |
Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut | Atok Sarip | ||
2022 | Operasi UFO | ||
Rajawali | Tok Wan | ||
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Tok Gajah | ||
Jerangkung Dalam Almari | Pak Hassan | ||
Seratus | Dato Jaafar | ||
2023 | Pulau | Tok Penghulu | Penampilan khas |
Cerana Biduk Bu Merah | |||
La Luna | Tok Hassan | ||
War On Terror: KL Anarki | Anurak | ||
2024 | Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | Tok Gajah | |
Janna Endoro | Che Omar | ||
The Experts | Jaafar | ||
2025 | Blood Brothers | ||
TBA | Baran | Bakar |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1978 | Wira | TV1 | Drama pertama | |
1995 | Percintaan | |||
1999 | YB Atikah | |||
2006 | Usia | Roslan | TV2 | |
2007 | Bukan Yang Pertama | |||
2008 | Akukah Tanggang? | Pak Hamid | TV3 | |
2008–2009 | Laila Majnun | Leman | ||
2009 | Ceplos | Tok Wan | ||
Suria Kasandra | Juragan Ismail | |||
2009–2010 | Jangan Tegur... Lagi | Pak Berahim | ||
2010 | Mualim | |||
Saka Jentayu | TV3 | |||
2012 | Beruk Tok Ayah | Tok Ayah | ||
Masihkah Ada Ramadan | Astro Prima | Judul filem di terengganu | ||
2015 | Terlanjur Mencintaimu | TV1 | ||
Kasih Jasmin | Pak Hamid | |||
2018 | Ripin Mugha Batu | Ripin | ||
2020 | Sepenggal Puisi | Rahman | Astro Citra | |
The Bridge (Musim 2) | Ishak Hassan | HBO Asia / Viu | ||
2021 | Forensik | Kamal Othman | Mediacorp Suria / Astro Ria | |
2022 | Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti | Mamat Kertuk | Astro Ria | |
Murder By Moonlight | Tuan Osman | Astro Citra |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2004 | Sahabat Atau Kekasih? | VCD | |
2005 | Airmata Papa | Astro Ria | |
Anak Penarik Beca | TV1 | ||
Manap Astro | Bapa Manap | Astro Ria | |
2006 | Gadis Melayu | Tok Ya | TV3 |
2010 | Ku Yakin Berlaku | Astro Oasis | |
2011 | Senjakala | TV2 | |
Insaf | |||
2013 | Tabung Haji Tok | TVi | |
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman | Pak Hassan | Astro Box Office | |
2014 | Beruk Tok Ayah | Tok Ayah | TV3 |
2015 | Maruah | TV2 | |
Kaabah Depan Rumah | Pak Shahib | Astro Oasis | |
2016 | Niqabi | Haji Nasir | TV2 |
Sawadee Thirat | TV1 | ||
Paku Di Tiang | Astro Ria | ||
Bidadari | Pak Karya | Astro Citra | |
2018 | Kebaya Mek Hwa | Tok Awang | TV3 |
Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati | Mamat | Astro Citra | |
Sebilah Pusaka | TV2 | ||
Setan Dalam Poket | Pak Awang | Astro Citra | |
2019 | Budok Kuba | ||
2020 | Anak Busut | Atok | |
Baju Jersi Amar | Pokwe | TV1 | |
2021 | Mek Bunga | TV2 | |
2022 | Abah | Abah | TV1 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1995 | Anugerah Seri Angkasa 1995 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Percintaan | Menang |
2005 | Anugerah Seri Angkasa 2005 | Pelakon TV Lelaki Terbaik | Anak Penarik Beca | Menang |
2013 | Anugerah Skrin 2013 | Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) | Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman | Menang |
Rujukan
- ^ Angelin Yeoh (27 Julai 2018). "Veteran actor Wan Hanafi Su not ready to retire". Star2. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
- ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ "Versi ketiga Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman". Kosmo!. 2 Jun 2013. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
- ^ "Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman: Dari novel ke layar". Astro Awani. 30 Mei 2013. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
- ^ "Liew Seng Tat's 'Lelaki Harapan Dunia' is Malaysia's pick as Oscar entry". Malay Mail Online. 25 September 2015. Dicapai pada 25 September 2015.
- ^ "Liew Seng Tat's 'Lelaki Harapan Dunia' is Malaysia's pick as Oscar entry". Malay Mail Online. 25 September 2015. Dicapai pada 25 September 2015.
- ^ "Penonton puji filem Polis Evo, media sosial dibanjiri #PolisEvo". Astro Awani. 22 September 2015.
- ^ a b Bissme S. (18 Mei 2016). "Living out his dream". The Sun, Malaysia. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
- ^ Abd. Aziz Itar (6 Mac 2016). "Luqman psikik Melayu berjiwa besar". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-16. Dicapai pada 6 Oktober 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (2 Mac 2017). "Wan Hanafi Su berniaga nasi di Besut". Berita Harian. Dicapai pada 5 Ogos 2017.
- ^ "Wan Hanafi Su buka gerai kerana minat". Sinar Harian. 15 Mac 2017. Dicapai pada 5 Ogos 2017.
- ^ Hanisah Selamat (4 Julai 2018). "Sanggup ajar berlakon percuma". Berita Harian. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
- ^ "Wan Hanafi wants to conduct acting classes for free". The Star Online. 6 Julai 2018. Dicapai pada 5 Ogos 2018.