Pulau | |
---|---|
Pengarah | Euho |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 114 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 2 juta |
Pulau ialah sebuah filem seram Malaysia yang ditayangkan pada 9 Mac 2023. Filem ini menceritakan tentang sekumpulan anak muda yang berkunjung ke sebuah pulau yang kemudiannya berdepan kejadian-kejadian mistik di pulau tersebut.
Sinopsis
Percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi sesuatu yang tidak berkesudahan selepas mereka kalah pertaruhan di sebuah pulau terpencil. Secara tidak sengaja, mereka terjumpa sebuah kampung terbiar yang misteri di sana dan memecahkan dindingan mantera lama yang memerangkap suatu ‘makhluk’ di pulau itu sekian lamanya. Seorang demi seorang menjadi mangsa yang menderita akibat kesilapan mereka yang menimbulkan kemarahan makhluk jahat di pulau itu.
Barisan pelakon
- Amelia Henderson sebagai Kat
- Alif Satar sebagai Ben
- Ikmal Amry sebagai Khai
- Joey Leong sebagai Lili
- Sanjna Suri sebagai Yus
- Evie Feroza sebagai Moli
- Jazmy Juma sebagai Dauz
- Vikar sebagai Mark
- Namron sebagai Azhan
- Harris Annuar sebagai Desmond
- Sabronzo sebagai Yaya
- Siew Pui Yi sebagai Kitty
- Mark O'Dea sebagai Hero
- Alexander Henderson sebagai Toni
Penampilan khas
- Wan Hanafi Su sebagai Tok Penghulu
- Cedric Loo sebagai Chen An
- Eddie Chong sebagai Eddie
Kontroversi
Dakwaan ciplak dan treler suntingan tidak disenangi LPF
Filem ini mempunyai dua kontroversi utama. Kontroversi pertama adalah poster filem yang dilihat meniru poster satu lagi filem keluaran 2020, Fantasy Island.[1]
Walau bagaimanapun, kontroversi yang lebih ketara ialah babak-babak dalam treler yang dikatakan mendedahkan adegan-adegan keterlaluan serta ketelanjangan separa, seperti yang dimainkan model terkenal, Ms Puiyi, antara yang lain, mencetuskan reaksi bercampur-baur.[2][1] Pada satu pihak, mereka menyelar babak tersebut dan meminta agar filem itu diharamkan sepenuhnya.[3][4][5] Sementara itu, pihak berkuasa memberi penjelasan lanjut: terdapat perbezaan antara filem itu sendiri yang sudah ditapis dengan babak-babak dalam treler itu.[6] Pihak pembikin dan pelakon filem juga mengkritik kutukan yang diterima.[7][8]
Rujukan
- ^ a b Hamdan, Dania (Januari 2023). "Kecoh Di Twitter, Trailer 'Pulau' Dikatakan Sama Macam Filem Barat & Buat Ramai Triggered". SAYS. Dicapai pada 19 Januari 2023.
- ^ "Treler filem 'Pulau' tak sesuai ditayangkan - Fahmi". Berita Harian. 18 Januari 2023. Dicapai pada 19 Januari 2023.
- ^ "Filem Pulau: Ditapis semula atau dibatalkan tayangan". Harakah Daily. 19 Januari 2023. Dicapai pada 20 Januari 2023.
- ^ Idris, Abdul Razak (18 Januari 2023). "Mapim bantah kelulusan filem Pulau". Kosmo!. Dicapai pada 20 Januari 2023.
- ^ "Muslimat PAS bantah filem Pulau". Harakah Daily. 18 Januari 2023. Dicapai pada 20 Januari 2023.
- ^ Khalidin, Kamariah (19 Januari 2023). "Pulau, filem seram, bukan lucah – LPF". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Januari 2023.
- ^ Mohd Sallehuddin, Serimah (19 Januari 2023). "Tonton 'Pulau' dahulu sebelum kritik". Berita Harian. Dicapai pada 20 Januari 2023.
- ^ Zainal, Ramlah (18 Januari 2023). "'Kalau rasa tak sesuai dan tak suka jangan tengok' - Amelia". Metro Online. Dicapai pada 20 Januari 2023.