The Experts | |
---|---|
Pengarah | Andre Chiew Nazim Shah |
Penulis | Joel Soh Kyle Goonting Abhilash Chandra Ayam Fared Mamu Vies |
Cerita oleh | Joel Soh |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Tan Teck Zee |
Disunting oleh | Lee Pai Seang |
Muzik oleh | Ricky Lionardi |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 2 jam 1 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 11.16 juta |
The Experts ialah sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2024 arahan Andre Chiew dan Nazim Shah manakala lakon layar ditulis oleh Joel Soh selaku penerbit dan dikeluarkan oleh syarikat Astro Shaw, TGV Pictures, ZAK Capital dan BlackFlag. Dibintangi oleh Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Ray Dapdap. Filem ini ditayangkan pada 23 Mei 2024.
Sinopsis
Mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Farid, Rozland, Amiruddin, Khairul, Emma kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling terbesar.
Pelakon
Pelakon utama
- Aaron Aziz sebagai Farid - Lebih dikenali sebagai Along dan merupakan perancang utama dalam rompakan keluarga.
- Shah Reza Mohd Shah (Ray Dapdap) sebagai Rozland (Lan) - Juga dikenali sebagai Angah dan pakar dalam bidang IT.
- Remy Ishak sebagai Amiruddin (Amer) - Pakar dalam bidang penyamaran.
- Mimi Lana sebagai Emma - Kembar kepada Keyrol dan pakar kenderaan.
- Syafiq Kyle sebagai Khairul (Keyrol) - Kembar kepada Emma dan pakar dalam bidang pembukaan peti besi.
Pelakon pembantu
- Maya Karin sebagai Miranda Rahman
- Tony Eusoff sebagai Bashir Rahman
- Wan Hanafi Su sebagai Jaafar
- Jay Iswazir sebagai Glasses - Orang suruhan Jaafar.
- Douglas Lim sebagai Ah Teck
- Hasnul Rahmat sebagai Johar
Penampilan khas
- Michael Ang sebagai Chef Juan
- Yuka Kharisma sebagai Penyanyi Jazz
- Aziz M. Osman sebagai Pengarah filem
- Soffi Jikan sebagai dirinya sendiri