Butiran vaksin | |
---|---|
Penyakit sasaran | Bordetella pertussis |
Jenis | varies |
Data klinikal | |
MedlinePlus | a682198 |
Kod ATC | |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
Pengecam | |
ChemSpider | |
(what is this?) (verify) |
Vaksin pertusis merupakan vaksin yang memberi perlindungan daripada batuk kokol.[1] Terdapat dua jenis vaksin utama, iaitu vaksin sel penuh dan vaksin tanpa sel.[1] Vaksin sel penuh berkesan kira-kira 78% manakala vaksin tanpa sel berkesan 71 hingga 85%.[1][2] Keberkesanan vaksin ini nampaknya berkurangan antara 2 hingga 10% setahun dengan vaksin tanpa sel menunjukkan pengurangan yang lebih cepat. Pemvaksinan semasa hamil boleh melindungi bayi.[1] Vaksin dianggarkan sudah menyelamatkan lebih setengah juta nyawa pada tahun 2002.[3]
Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengesyorkan supaya semua kanak-kanak divaksinkan untuk pertusis dan supaya vaksin ini dimasukkan dalam pemvaksinan rutin.[1][4] Ini termasuk untuk mereka yang menghidap HIV/AIDS. Tiga dos bermula pada umur enam minggu biasanya disyorkan dalam kalangan kanak-kanak kecil. Dos tambahan boleh diberi kepada kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa. Vaksin ini hanya boleh didapati dalam gabungan dengan vaksin lain.[1]
Vaksin tanpa sel lebih biasa digunakan di negara maju oleh sebab kesan sampingannya yang sedikit. Antara 10 hingga 50% individu yang diberi vaksin sel penuh mengalami kemerahan pada tempat suntikan dan demam. Sawan febril dan tempoh menangis yang panjang berlaku dalam kurang satu peratus. Dengan vaksin tanpa sel, suatu tempoh singkat bengkak tidak serius pada lengan mungkin berlaku. Lebih muda usia kanak-kanak itu, lebih sedikit kesan sampingan kedua-dua jenis vaksin, terutamanya vaksin sel penuh. Vaksin sel penuh tidak sepatutnya digunakan selepas usia enam tahun. Masalah neurologi jangka panjang yang serius tidak dikaitkan dengan mana-mana jenis vaksin ini.[1]
Vaksin pertusis dibangunkan pada tahun 1926.[5] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[6] Versi yang juga mengandungi vaksin tetanus, difteria, polio, dan Hib berharga 15.41 dolar Amerika sedos pada tahun 2014.[7]
Rujukan
- ^ a b c d e f g "Pertussis vaccines: WHO position paper - September 2015."
- ^ Zhang, L; Prietsch, SO; Axelsson, I; Halperin, SA (Sep 17, 2014).
- ^ "Annex 6 whole cell pertussis" (PDF).
- ^ "Pertussis: Summary of Vaccine Recommendations".
- ^ Macera, Caroline (2012).
- ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF).
- ^ "Vaccine, Pentavalent" Diarkibkan 2020-01-25 di Wayback Machine.
- Drugs with non-standard legal status
- Rencana dengan pengecam ChemSpider berubah
- Chemical articles without CAS registry number
- Articles without EBI source
- Chemical pages without DrugBank identifier
- Articles without KEGG source
- Articles without InChI source
- Articles without UNII source
- Drugboxes which contain changes to verified fields
- Drugs that are a vaccine
- Vaksin