Batuk kokol | |
---|---|
Nama lain | Pertusis |
Kanak-kanak lelaki dengan batuk kokol | |
Pengkhususan | Penyakit berjangkit |
Gejala | Hidung berair, demam, batuk[1] |
Kerumitan | Muntah, patah tulang rusuk, keletihan[1][2] |
Tempoh | ~ 10 minggu[3] |
Punca | Bordetella pertussis (tersebar melalui udara)[4] |
Swab nasofarinks[5] | |
Pencegahan | Vaksin pertusis[6] |
Rawatan | Antibiotik (kalau dimulakan awal)[7] |
Kekerapan | 16.3 juta (2015)[8] |
Kematian | 58,700 (2015)[9] |
sunting |
Batuk kokol atau pertusis ialah sejenis penyakit berjangkit bakterial dan merupakan salah satu penyakit bervaksin penyebab utama kematian.[1][10] Terdapat 30-50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setahun. 90% semua kes berlaku di negara membangun. Simptom pada awalnya sederhana, dan kemudiannya berkembang menjadi batuk kokol, yang menghasilkan bunyi "whoop" nyaring bagi bayi dan kanak-kanak apabila mereka menghirup udara selepas batuk.[11]
Batuk kokol disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis.[4] Ia mudah tersebar melalui batuk dan bersin daripada pesakit.[4][12] Pesakit bersifat berjangkit dari tempoh mula muncul gejala hingga kira-kira tiga minggu dalam fasa batuk.[7] Mereka yang dirawat dengan antibiotik tidak lagi bersifat berjangkit selepas lima hari.[7] Diagnosis dibuat dengan mengambil sampel dari bahagian belakang hidung dan tekak.[5] Sampel batuk kokol boleh diuji sama ada dengan kultur atau tindak balas berantai polimerase.[5] Penyakit yang serupa tetapi lebih sederhana pula disebabkan oleh B. parapertussis.[13]
Anggaran 16.3 juta orang di seluruh dunia terjangkit pada 2015.[8] Kebanyakan kes berlaku di kawasan negara membangun, dan boleh menjejaskan individu dalam setiap lapisan umur.[6][14] Pada 2015, pertusis menyebabkan kira-kira 58,700 kematian – menurun daripada 138,000 pada 1990.[9][15] Wabak penyakit ini mula dihuraikan pada abad ke-16.[16] Bakteria penyebab jangkitan dijumpai pada 1906.[16] Vaksin pertusis mula diguna pakai pada 1940-an.[16]
Tanda dan simptom
Simptom klasik batuk kokol ialah batuk secara tiba-tiba (paroksismal), pernafasan nyaring, dan pengsan, atau muntah setelah batuk.[17] Batuk kokol telah didokumenkan menyebabkan pendarahan dalam kepala, patah tulang rusuk, kencing tidak terkawal, hernia, dan kelaran arteri vertebra.[17] Batuk yang kuat boleh menyebabkan pleura pecah, yang membawa kepada pneumotoraks. Muntah selepas batuk atau bunyi pernafasan nyaring semasa batuk selepas batuk, kemungkinan bahawa ia merupakan batuk kokol hampir berganda. Sebaliknya, ketiadaan batuk tiba-tiba atau "posttussive emesis" menjadikan ia separuh bukan.[17]
Penyakit ini biasanya bermula dengan gejala pernafasan ringan termasuk batuk ringan, bersin, atau hidung berair (dikenali sebagai peringkat katar). Selepas satu atau dua minggu, batuk berkembang menjadi sawan yang tidak terkawal, kadang-kadang diikuti dengan bunyi nyaring bernada tinggi, semasa individu terkait cuba menarik nafas. Kira-kira 50 peratus kanak-kanak dan orang dewasa menunjukkan bunyi nyaring pada satu ketika dalam kes nbatuk kokol yang didiagnosis semasa peringkat paroksismal.
Peringkat ini biasanya berlangsung dua hingga lapan minggu, atau kadang-kadang lebih lama. Peralihan beransur-ansur kemudian berlaku ke peringkat pemulihan, yang biasanya berlangsung satu hingga empat minggu. Tahap ini ditandai dengan penurunan paroksis batuk, walaupun paroksis mungkin berlaku dengan jangkitan pernafasan berikutnya selama beberapa bulan selepas permulaan batuk kokol.[18]
Gejala batuk kokol boleh berubah-ubah, terutamanya antara orang yang telah diimunisasi dan yang tidak diimunisasi. Mereka yang telah diimunisasi boleh mengalami jangkitan yang lebih ringan iaitu mungkin hanya mengalami batuk paroksismal selama beberapa minggu, dan ia mungkin tidak mempunyai ciri "kokol".[19] Walaupun orang yang diimunisasi mempunyai bentuk jangkitan yang lebih ringan, mereka boleh menyebarkan penyakit itu kepada orang lain yang tidak kebal.[19]
Tempoh pengeraman
Masa antara pendedahan dan perkembangan gejala adalah secara purata 7–14 hari (julat 6–20 hari),[20] jarang sehingga 42 hari.[21]
Diagnosis
Kaedah yang digunakan dalam diagnosis makmal termasuk kaedah kultur mikrobiologi sapuan nasopharyngeal pada agar Bordet-Gengou, tindak balas jaringan polymerase ("polymerase chain reaction - PCR"), antibodi florosen langsung ("direct fluorescent antibody - DFA"), dan serologi. Bakteria hanya boleh diambil dari pesakit hanya dalam tempoh sakit tiga minggu pertama, menjadikan kultur dan DFA tidak berguna selepas tempoh ini, sungguhpun PCR mungkin memiliki kegunaan terhad bagi tiga minggu tambahan. Bagi kebanyakan dewasa dan remaja, yang tidak mendapatkan rawatan sehingga selepas beberapa minggu sakit, serologi boleh digunakan bagi menentukan samaada antibodi terhadap toksin pertussis atau komponen lain B. pertussis hadir pada kadar yang tinggi dalam darah pesakit. Pada tahap ini mereka telah menjangkiti selama beberapa minggu dan mungkin telah menyebarkan jangkitan kepada ramai orang. Disebabkan ini, orang dewasa, yang tidak terancam besar dari batuk kokol, semakin digalakkan untuk mendapatkan vaksin.
Punca
Batuk kokol disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis. Ia adalah penyakit bawaan udara (melalui titisan) yang mudah merebak melalui batuk dan bersin individu yang dijangkiti.[4]
Penyebaran dari haiwan
Ketidakpastian telah wujud antara B. pertussis dan batuk kokol sebagai penyakit zoonosis sejak sekitar tahun 1910,[22][23] tetapi pada tahun 1930-an pengetahuan telah diperoleh bahawa bakteria kehilangan kuasa ganasnya apabila berulang kali merebak pada media agar. Ini menjelaskan kesukaran untuk menghasilkan semula hasil daripada kajian yang berbeza kerana pengendalian pra-inokulasi bakteria tidak diseragamkan dalam kalangan saintis.[24]
Hari ini diketahui bahawa sekurang-kurangnya beberapa spesies primat sangat terdedah kepada B. pertussis dan mengalami batuk kokol klinikal dalam insidens tinggi apabila terdedah kepada dos inokulasi yang rendah.[25][26] Bakteria mungkin terdapat dalam populasi haiwan liar, tetapi ini tidak disahkan oleh diagnosis makmal, walaupun batuk kokol lebih banyak dijumpai dalam kalangan gorila liar.[27] Beberapa zoo juga mempunyai adat lama iaitu memvaksinasi primat mereka terhadap batuk kokol.[28]
Pencegahan
Kaedah utama pencegahan batuk kokol ialah vaksinasi.[29] Bukti tidak mencukupi untuk menentukan keberkesanan antibiotik pada mereka yang telah terdedah, tetapi tanpa gejala.[30] Antibiotik pencegahan, bagaimanapun, masih kerap digunakan pada mereka yang telah terdedah dan berisiko tinggi mendapat penyakit yang teruk (seperti bayi).[6]
Vaksin
Vaksin batuk kokol berkesan untuk mencegah penyaki[31] dan disyorkan untuk kegunaan rutin oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia[32] dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.[33] Vaksin itu telah menyelamatkan kira-kira setengah juta nyawa pada tahun 2002.[32]
Vaksin batuk kokol aselular multikomponen adalah 71–85% berkesan, dengan keberkesanan yang lebih besar terhadap strain yang lebih teruk.[31] Walau bagaimanapun, walaupun vaksinasi meluas, batuk kokol berterusan muncul dalam populasi yang telah divaksin dan kini merupakan "salah satu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin yang paling biasa di negara Barat".[34] Kebangkitan semula abad ke-21 dalam jangkitan batuk kokol dikaitkan dengan gabungan penurunan imuniti dan mutasi bakteria yang mengelak daripada vaksin.[34][35]
Imunisasi tidak memberikan imuniti sepanjang hayat; kajian CDC 2011 menunjukkan bahawa perlindungan hanya boleh bertahan tiga hingga enam tahun. Ini meliputi zaman kanak-kanak, yang merupakan masa pendedahan terbesar dan risiko kematian terbesar akibat batuk kokol.[17][36]
Kesan imunisasi yang meluas terhadap masyarakat ialah peralihan jangkitan yang dilaporkan daripada kanak-kanak berumur 1-9 tahun kepada bayi, remaja dan dewasa, dengan remaja dan dewasa bertindak sebagai takungan untuk B. pertussis dan menjangkiti bayi yang mempunyai kurang daripada tiga dos vaksin.[37]
Jangkitan mendorong imuniti semula jadi tidak lengkap yang semakin berkurangan dari semasa ke semasa.[38] Satu kajian pada tahun 2005 mengatakan anggaran tempoh imuniti yang diperoleh daripada jangkitan berkisar antara 7 hingga 20 tahun dan keputusan yang berbeza mungkin hasil daripada perbezaan tahap peredaran B. pertusis, sistem pengawasan dan definisi kes yang digunakan. Kajian itu mengatakan imuniti pelindung selepas vaksinasi berkurangan selepas 4–12 tahun.[39] Satu kajian mencadangkan bahawa ketersediaan pengecualian vaksin meningkatkan bilangan kes batuk kokol.[40]
Sesetengah kajian telah mencadangkan bahawa walaupun vaksin batuk kokol aselular berkesan untuk mencegah penyakit ini, ia mempunyai kesan terhad pada jangkitan dan penularan, bermakna individu yang diberi vaksin boleh menyebarkan batuk kokol walaupun mereka mungkin hanya mengalami gejala ringan atau tiada langsung.[41][42] Jangkitan batuk kokol pada individu ini mungkin tanpa gejala, atau hadir sebagai penyakit yang terdiri daripada batuk ringan hingga batuk kokol klasik dengan batuk berterusan (iaitu, berlarutan lebih daripada 7 hari). Walaupun penyakit ini mungkin lebih ringan pada orang yang lebih tua, mereka yang dijangkiti boleh menularkan penyakit ini kepada orang lain yang terdedah, termasuk bayi yang tidak diimunisasi atau yang tidak diimunisasi sepenuhnya. Individu yang lebih tua selalunya didapati mempunyai kes pertama dalam isi rumah dengan pelbagai kes batuk kokol, dan selalunya menjadi punca jangkitan untuk kanak-kanak.[18]
Rawatan
Antibiotik eritromisin, klaritromisin, atau azitromisin biasanya merupakan rawatan yang disyorkan.[30] Makrolid yang lebih baru kerap disyorkan kerana kadar kesan sampingan yang lebih rendah.[6] Trimetoprim-sulfametoksazola (TMP/SMX) boleh digunakan pada mereka yang mempunyai alahan kepada agen barisan pertama atau pada bayi yang mempunyai risiko stenosis pilorus daripada makrolid.[6]
Garis panduan yang munasabah adalah untuk merawat orang berumur lebih setahun dalam tempoh 3 minggu bermulanya batuk dan bayi berumur kurang setahun dan wanita hamil dalam tempoh 6 minggu bermula batuk. Jika individu itu didiagnosis lewat, antibiotik tidak akan mengubah perjalanan penyakit, dan walaupun tanpa antibiotik, mereka seharusnya tidak lagi menyebarkan batuk kokol.[6] Apabila digunakan lebih awal, antibiotik mengurangkan tempoh jangkitan, dan dengan itu menghalang penyebaran.[6] Antibiotik jangka pendek (azitromisin selama 3–5 hari) adalah sama berkesannya dengan rawatan jangka panjang (eritromisin 10–14 hari) dalam menghapuskan B. pertusis dengan kesan sampingan yang lebih sedikit dan kurang teruk.[30]
Individu yang menghidap batuk kokol adalah paling mudah menjangkiti orang lain ketika dalam tempoh dua minggu pertama selepas permulaan gejala.[43]
Rawatan batuk yang berkesan dan berkaitan dengan keadaan ini belum dibangunkan.[44] Penggunaan ubat batuk di kaunter tidak digalakkan dan tidak didapati membantu.[19]
Prognosis
Walaupun kebanyakan kanak-kanak tua sihat serta dewasa dapat pulih sepenuhnya, jangkitan bagi bayi adalah kritikal. Pertusis membawa maut dalam kira-kira 0.5% bayi AS berumur kurang satu tahun.[45] Bayi tahun pertama juga lebih cenderung untuk memperoleh komplikasi seperti apnea (31%), pneumonia (12%), sawan (0.6%) dan ensefalopati (0.15%).[45] Ini mungkin berlaku disebabkan oleh keupayaan bakteria untuk mengekang sistem imun.[46]
Rujukan
- ^ a b c "Pertussis (Whooping Cough) Signs & Symptoms". 22 May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2015. Dicapai pada 12 February 2015.
- ^ "Pertussis (Whooping Cough) Complications". cdc.gov. 28 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2015. Dicapai pada 12 February 2015.
- ^ "Pertussis (Whooping Cough) Fast Facts". cdc.gov. 13 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2015. Dicapai pada 12 February 2015.
- ^ a b c d "Pertussis (Whooping Cough) Causes & Transmission". cdc.gov. 4 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2015. Dicapai pada 12 February 2015.
- ^ a b c "Pertussis (Whooping Cough) Specimen Collection". cdc.gov. 28 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2015. Dicapai pada 13 February 2015.
- ^ a b c d e f g Heininger U (February 2010). "Update on pertussis in children". Expert Review of Anti-Infective Therapy. 8 (2): 163–73. doi:10.1586/eri.09.124. PMID 20109046. S2CID 207217558.
- ^ a b c "Pertussis (Whooping Cough) Treatment". cdc.gov. 28 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2015. Dicapai pada 13 February 2015.
- ^ a b Vos, Theo; Allen, Christine; Arora, Megha; Barber, Ryan M.; Bhutta, Zulfiqar A.; Brown, Alexandria; Carter, Austin; Casey, Daniel C.; Charlson, Fiona J.; Chen, Alan Z.; Coggeshall, Megan; Cornaby, Leslie; Dandona, Lalit; Dicker, Daniel J.; Dilegge, Tina; Erskine, Holly E.; Ferrari, Alize J.; Fitzmaurice, Christina; Fleming, Tom; Forouzanfar, Mohammad H.; Fullman, Nancy; Gething, Peter W.; Goldberg, Ellen M.; Graetz, Nicholas; Haagsma, Juanita A.; Hay, Simon I.; Johnson, Catherine O.; Kassebaum, Nicholas J.; Kawashima, Toana; dll. (October 2016). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
- ^ a b Wang, Haidong; Naghavi, Mohsen; Allen, Christine; Barber, Ryan M.; Bhutta, Zulfiqar A.; Carter, Austin; Casey, Daniel C.; Charlson, Fiona J.; Chen, Alan Zian; Coates, Matthew M.; Coggeshall, Megan; Dandona, Lalit; Dicker, Daniel J.; Erskine, Holly E.; Ferrari, Alize J.; Fitzmaurice, Christina; Foreman, Kyle; Forouzanfar, Mohammad H.; Fraser, Maya S.; Fullman, Nancy; Gething, Peter W.; Goldberg, Ellen M.; Graetz, Nicholas; Haagsma, Juanita A.; Hay, Simon I.; Huynh, Chantal; Johnson, Catherine O.; Kassebaum, Nicholas J.; Kinfu, Yohannes; dll. (October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
- ^ Carbonetti NH (June 2007). "Immunomodulation in the pathogenesis of Bordetella pertussis infection and disease". Current Opinion in Pharmacology. 7 (3): 272–8. doi:10.1016/j.coph.2006.12.004. PMID 17418639.
- ^ Symptoms, sounds, and a video WhoopingCough.net
- ^ "Pertussis". WHO. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2015. Dicapai pada 23 March 2016.
- ^ Finger H, von Koenig CHW (1996). Bordetella–Clinical Manifestations. In: Barron's Medical Microbiology (Barron S et al., eds.) (ed. 4th). Univ of Texas Medical Branch. ISBN 0-9631172-1-1.
- ^ Wang K, Bettiol S, Thompson MJ, Roberts NW, Perera R, Heneghan CJ, Harnden A (September 2014). "Symptomatic treatment of the cough in whooping cough". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 9 (9): CD003257. doi:10.1002/14651858.CD003257.pub5. PMC 7154224. PMID 25243777.
- ^ GBD 2013 Mortality Causes of Death Collaborators (January 2015). "Global, regional, and national age-sex specific all-cause and cause-specific mortality for 240 causes of death, 1990–2013: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2013". Lancet. 385 (9963): 117–71. doi:10.1016/S0140-6736(14)61682-2. PMC 4340604. PMID 25530442.
- ^ a b c Atkinson W (May 2012). Pertussis Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (ed. 12th). Public Health Foundation. m/s. 215–230. ISBN 9780983263135. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2017.
- ^ a b c d Cornia PB, Hersh AL, Lipsky BA, Newman TB, Gonzales R (August 2010). "Does this coughing adolescent or adult patient have pertussis?". JAMA. 304 (8): 890–6. doi:10.1001/jama.2010.1181. PMID 20736473. S2CID 14430946.
- ^ a b "Pink book | Pertussis | Epidemiology of Vaccine-Preventable Diseases | CDC". 2 March 2019.
- ^ a b c Nguyen, Van Tuong Ngoc; Simon, Lauren (1 September 2018). "Pertussis: The Whooping Cough". Primary Care: Clinics in Office Practice. Infectious Disease. 45 (3): 423–431. doi:10.1016/j.pop.2018.05.003. ISSN 0095-4543. PMID 30115332. S2CID 240275364 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ Heymann, David L. (ed): Pertussis; in Control of Communicable Diseases Manual. p. 457. American Public Health Association, Washington DC, 2008, ISBN 978-0-87553-189-2
- ^ "Pertussis (whooping cough)". New York State Department of Health. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 July 2013. Dicapai pada 8 June 2013.
- ^ Inaba I (1912). "Über den Bordet-Gengouschen Keuchhustenbacillus Übertragungsversuches des Keuchenhustens auf Tiere". Z Kinderheilkd. 4: 252–264. doi:10.1007/bf02088879. S2CID 42345587.
- ^ Bachamn W, Burghard E (1925). "Der Nachweis der Bordet-Gengouschen Bacillen und ihre aetiologische Bedeutung für den Keuchenhusten". Z Kinderheilkd. 39 (5): 465–483. doi:10.1007/BF02225286. S2CID 30221200.
- ^ Shibley GS, Hoelscher H (September 1934). "Studies on whooping cough. I. Type-specific (S) and dissociation (R) forms of haemophilus pertussis". The Journal of Experimental Medicine. 60 (4): 403–18. doi:10.1084/jem.60.4.403. PMC 2132401. PMID 19870311.
- ^ Gustavsson OE, Röken BO, Serrander R (1990). "An epizootic of whooping cough among chimpanzees in a zoo". Folia Primatologica; International Journal of Primatology. 55 (1): 45–50. doi:10.1159/000156498. PMID 2394416.
- ^ Warfel JM, Merkel TJ (October 2014). "The baboon model of pertussis: effective use and lessons for pertussis vaccines". Expert Review of Vaccines. 13 (10): 1241–52. doi:10.1586/14760584.2014.946016. PMID 25182980. S2CID 24133254.
- ^ Butynski TM et al. (eds.): Mammals of Africa vol. II: Primates, p. 51. Bloomsbury Publishing, London, 2013. ISBN 978-1-4081-2252-5
- ^ Loomis MR (1985). "Immunoprofylaxis in infant great apes". Dalam Graham CE, Bowen JA (penyunting). Clinical Management of Infant Great Apes. Monographs in Primatology. 5. New York: Liss. m/s. 107–112.
- ^ "Pertussis | Whooping Cough | Vaccination | CDC". www.cdc.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2017. Dicapai pada 27 May 2017.
- ^ a b c Altunaiji S, Kukuruzovic R, Curtis N, Massie J (July 2007). "Antibiotics for whooping cough (pertussis)". The Cochrane Database of Systematic Reviews (3): CD004404. doi:10.1002/14651858.CD004404.pub3. PMID 17636756.
- ^ a b Zhang L, Prietsch SO, Axelsson I, Halperin SA (September 2014). "Acellular vaccines for preventing whooping cough in children". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 2014 (9): CD001478. doi:10.1002/14651858.CD001478.pub6. PMC 9722541 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 25228233. - ^ a b "Annex 6 whole cell pertussis" (PDF). World Health Organization. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 March 2012. Dicapai pada 5 June 2011.
- ^ "Pertussis: Summary of Vaccine Recommendations". Centers for Disease Control and Prevention. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2011. Dicapai pada 5 June 2011.
- ^ a b Mooi FR, Van Der Maas NA, De Melker HE (April 2014). "Pertussis resurgence: waning immunity and pathogen adaptation – two sides of the same coin". Epidemiology and Infection. Oxford University Press. 142 (4): 685–94. doi:10.1017/S0950268813000071. PMC 9151166 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 23406868. S2CID 206283573. - ^ van der Ark AA, Hozbor DF, Boog CJ, Metz B, van den Dobbelsteen GP, van Els CA (September 2012). "Resurgence of pertussis calls for re-evaluation of pertussis animal models". Expert Review of Vaccines. 11 (9): 1121–37. doi:10.1586/erv.12.83. PMID 23151168. S2CID 10457474.
- ^ Versteegh FG, Schellekens JF, Fleer A, Roord JJ (2005). "Pertussis: a concise historical review including diagnosis, incidence, clinical manifestations and the role of treatment and vaccination in management". Rev Med Microbiol. 16 (3): 79–89. doi:10.1097/01.revmedmi.0000175933.85861.4e. S2CID 71775827.
- ^ Mattoo S, Cherry JD (April 2005). "Molecular pathogenesis, epidemiology, and clinical manifestations of respiratory infections due to Bordetella pertussis and other Bordetella subspecies". Clinical Microbiology Reviews. 18 (2): 326–82. doi:10.1128/CMR.18.2.326-382.2005. PMC 1082800. PMID 15831828.
- ^ Brenzel L, Wolfson LJ, Fox-Rushby J, dll. (2006). "Vaccine-Preventable Diseases". Dalam Jamison DT, Breman JG, Measham AR, dll. (penyunting). Disease Control Priorities in Developing Countries (ed. 2nd). Washington DC: International Bank for Reconstruction and Development, World Bank. Table 20.1 Selected Vaccine-preventable Diseases and Vaccines. ISBN 9780821361795. PMID 21250343.
- ^ Wendelboe AM, Van Rie A, Salmaso S, Englund JA (May 2005). "Duration of immunity against pertussis after natural infection or vaccination". The Pediatric Infectious Disease Journal. 24 (5 Suppl): S58-61. doi:10.1097/01.inf.0000160914.59160.41. PMID 15876927. S2CID 45434262.
- ^ Yang YT, Debold V (February 2014). "A longitudinal analysis of the effect of nonmedical exemption law and vaccine uptake on vaccine-targeted disease rates". American Journal of Public Health. 104 (2): 371–7. doi:10.2105/AJPH.2013.301538. PMC 3935668. PMID 24328666.
- ^ Srugo I, Benilevi D, Madeb R, Shapiro S, Shohat T, Somekh E, dll. (Oktober 2000). "Pertussis infection in fully vaccinated children in day-care centers, Israel". Emerging Infectious Diseases. 6 (5): 526–9. doi:10.3201/eid0605.000512. PMC 2627963. PMID 10998384.
- ^ "Pertussis Vaccines:WHO Position Paper" (PDF). August 2015. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 March 2016.
It is plausible that in humans, as in nonhuman primates, asymptomatic or mildly symptomatic infections in DTaP-immunized persons may result in transmission of B. pertussis to others and may drive pertussis outbreaks.
- ^ "Pertussis | Whooping Cough | Causes and Transmission | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 1 February 2019. Dicapai pada 24 April 2020.
- ^ Wang K, Bettiol S, Thompson MJ, Roberts NW, Perera R, Heneghan CJ, Harnden A (September 2014). "Symptomatic treatment of the cough in whooping cough". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 9 (9): CD003257. doi:10.1002/14651858.CD003257.pub5. PMC 7154224. PMID 25243777.
- ^ a b "Pertussis: Complications". Centers for Disease Control and Prevention. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2012. Dicapai pada 24 August 2012.
- ^ Carbonetti NH (March 2010). "Pertussis toxin and adenylate cyclase toxin: key virulence factors of Bordetella pertussis and cell biology tools". Future Microbiology. 5 (3): 455–69. doi:10.2217/fmb.09.133. PMC 2851156. PMID 20210554.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Batuk kokol |