Nama lama | Universitas Semarang |
---|---|
Moto | Wiyata Hangreksa Gapuraning Nagara (dalam bahasa Sanskrit bererti "Menjaga Martabat Bangsa") |
Jenis | Universiti awam |
Ditubuhkan pada | 9 Januari 1957 (di bawah nama Universitas Semarang) 1960 (sebagai Universitas Diponegoro) |
Rektor | Prof. Dr. Suharnomo, S.E., M.Si. |
Staf akademik | 1,761 buah (AY 2019)[1] |
Staf pentadbiran | 1,065 orang |
Pelajar | 55,743 org (AY 2019)[1] |
Siswazah | 40,249 org (AY 2019)[1] |
Ijazah/Sarjana | 4,527 org (AY 2019)[1] |
1,146 org (AY 2019)[1] | |
Alamat | Tembalang , , , Indonesia 7°02′56″S 110°26′17″E / 7.049°S 110.438°EKoordinat: 7°02′56″S 110°26′17″E / 7.049°S 110.438°E |
Kampus | Rural: Tembalang Campus Urban: Pleburan Campus Total 2,009,862 m2 |
Warna | Blue |
Nama samaran | Undip |
Penggabungan | ASAIHL, AUAP,[2] ASEA-UNINET,[3] ABEST21,[4] SEAMEO[5] |
Maskot | Diponegoro |
Laman sesawang | www |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Indonesia_Semarang" tidak wujud. |
Universitas Diponegoro (disingkatkan sebagai UNDIP) ialah sebuah universiti umum terletak di Semarang, Jawa Tengah.
Ia didirikan pada tahun 1956 sebagai sebuah universiti swasta bertukar status pada tahun 1961. Ia dinamakan sempena Diponegoro, seorang pangeran dari yang diiktiraf sebagai pahlawan nasional Indonesia atas sumbangan baginda mengobarkan semangat kemerdekaan dari Belanda pada awal abad ke-18; semangat ini turut menginspirasikan penubuhan UNDIP.
Sejak tahun 1980-an, universiti ini ini disenaraikan sebagai 100 Universiti terbaik di Asia.
Sejarah
Penubuhan universiti ini dirintis mulai pertengahan tahun 1956 dengan diawali penubuhan Yayasan Universiti Semarang. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam penubuhan Universitas Semarang adalah Mr. Imam Bardjo, Mr. Soedarto, Mr. Dan Sulaiman dan Mr. Soesanto Kartoatmodjo.
Secara rasmi Universiti Semarang dibuka pada tarikh 9 Januari 1957. Dengan mengingati usia universiti yang masih sangat muda dengan prasarana pendidikan yang masih sangat terbatas maka pada masa itu hanya terdapat institusi-institusi pendidikan Akademi Administrasi Negara dengan Dekan pertama Mr. Goenawan Goetomo, Akademi Tata Niaga dengan Dekan pertama Drs. Tjioe Sien Kiong, Akademi Teknik yang kemudian menjadi Fakultas Teknikal dengan Dekan pertama Prof. Ir. Soemarman.
Dengan berlakunya peristiwa Dies Natalis ketiga Universitas Semarang pada tarikh 9 Januari 1960 Presiden R.I. Dr. Ir. Soekarno menukar nama Universiti Semarang menjadi Universitas Diponegoro, sebagai penghargaan terhadap Universiti Semarang atas prestasi dalam pengusahaan bidang pendidikan tinggi di Jawa Tengah. Universiti (swasta) Diponegoro ditukar statusnya sebagai Universiti Umum pada tarikh 15 Oktober 1960. Tarikh inilah yang kemudian ditetapkan sebagai hari penubuhan Universitas Diponegoro. Pada waktu itu fakulti-fakulti yang telahpun beroperasi termasuklah Fakultas Undang-undang dan Pengetahuan Masyarakat; Fakultas Ekonomi, Fakultas Teknis dan Fakultas Perguruan dan Pendidikan.
Sumber daya manusia
Pada masa ini, UNDIP didukung oleh sumber daya manusia yang cukup bermutu tinggi. Pada September 1998, UNDIP telah memiliki sejumlah 1,750 staf akademik dan 1,065 staf pentadbiran. Pada akhir September 1998, jumlah mahasiswa yang mendaftar adalah 24.424. Nisbah pengajar berbanding mahasiswa ada di dalam angka ideal 1 : 14. Angka ini tidak termasuk pengambilan pelajar lepas dan cuti semester. UNDIP menawarkan banyak jurusan. Di dalam jumlah 10 Fakultas, terdapat 21 jurusan dan 68 program pembelajaran yang relevan dengan keperluan komuniti di sekitar kampus.
Hubungan dengan universiti serantau
Badan ini menjalin kerjasama dengan 12 buah universiti di Malaysia.[6] Namun pada bulan Ogos 2009, Rektor Universiti Susilo Wibowo menyatakan bahawa cawangan universiti ini di Semarang sudah berhenti menerima pelajar Malaysia bagi tahun akademik 2009-10. [7], [8] Hal itu turut mendapat perhatian penerbitan University World News edisi Global. [9]. Perkara ini diputuskan walaupun pegawai pendidikan Indonesia menggesa ia dibatalkan, dengan mendakwa "Kami tahu akibatnya." [10] Kementerian Pendidikan Malaysia tidak lama kemudian mengeluarkan Undip dari daftar universiti yang diiktiraf untuk para mahasiswa kedoktorannya karena universiti tersebut dianggap gagal memenuhi persyaratan dari Malaysia Medical Council (MMC).[11] Universitas Andalas (Unand) Sumatera Barat menyatakan ia tidak menurut tindakan Universitas Diponegoro tersebut.[12]
Kemudahan atau fakultas
Universitas Diponegoro memiliki 10 Fakultas :
- Fakultas Undang-undang
- Fakultas Ekonomi
- Fakultas Perubatan
- Fakultas Teknikal
- Fakultas Sastera
- Fakultas Kesihatan Masyarakat
- Fakultas Matematik dan Sains
- Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik
- Fakultas Penternakan
- Fakultas Perikanan
Lokasi
Lokasi universiti ini tersebar di beberapa lokasi di kota semarang dengan tanah seluas 2.009.862 m2 dengan perincian 7 lokasi kampus dan 1 lokasi perumahan:
- Kampus Pleburan Semarang (Fakultas Non Eksakta, UPT Komputer, UPT Bahasa dan UPT MKU)
- Kampus Tembalang Semarang (Rektorat, Lembaga Penelitian, Lembaga Pengabdian pada Masyarakat, Lembaga Pengembangan Pendidikan ,UPT Perpustakaan, UPT. Kemitraan dan Keusahawanan, upt. Undip Press serta Fakultas Eksakta)
- Kampus Jl. Dr. Soetomo dan Gunung Brintik Semarang (Fakultas Perubatan)
- Kampus Jl. Kalisari Semarang (Laboratorium Fakultas Teknik)
- Kampus Jl. Ade Irma Suryani Jepara (Lab. Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan)
- Kampus Mlonggo Jepara (Fakultas Perubatan)
- Kampus Teluk Awur Jepara (Fakultas Perikanan : Lab. Kelautan, Ruang Kuliah, Asrama, Perpustakaan, Rumah Dinas, Ruang Fasiliti Selam)
- Perumahan Dinas Kagok Semarang
Pers mahasiswa
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Universiti ini memiliki dua lembaga akhvar mahasiswa (LPM), LPM Hayamwuruk dan LPM Manunggal. Keduanya ditubuhkan pada tahun 80-an. LPM Hayamwuruk pernah memenangi anugerah daripada ISAI (Institut Stusi Arus Informasi) pada tahun 1997, sebagai pemenang pertama untuk pers alternatif terbaik. Kriteria penilaian meliputi tema, kedalaman berita, sumber-sumber, dan keseimbangan berita.
Pautan luar
Rujukan
- ^ a b c d e https://pddikti.kemdikbud.go.id/data_pt/NTREMDFCRjMtODI1NS00NzRCLUI5NkQtNDQyNjEzNUVFRDAx
- ^ "Association of Universities of Asia and the Pacific – List of the Members Universities". Auap.sut.ac.th. 13 October 2008. Dicapai pada 25 May 2013.
- ^ "Member Universities". Uibk.ac.at. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2012. Dicapai pada 25 May 2013.
- ^ http://feb.undip.ac.id/admin/dokumen/31112b19f01015ac2e2caeca02d6e3f0.pdf
- ^ https://io.undip.ac.id/wp-content/uploads/2019/09/MoU-SEAMEO-BIOTROP.pdf
- ^ Publish on Radio International Jerman Deutsche Welle/ Indonesian Programme.
- ^ Malaysians Unwelcome At Local University
- ^ Undip No longer Admits Students from Malaysia.
- ^ INDONESIA: Discrimination against foreign students
- ^ University Insists on Malaysian Ban. “Never waver in a decision once it’s made. We know the consequences,” Agus said.
- ^ Malaysia Balas Singkirkan Undip.
- ^ Mahasiswa Malaysia Tak Ditolak di Padang