UiTM | |
Jenis | Universiti |
---|---|
Lokasi | Bandar Seri Alam, Masai , Johor , Malaysia 1°31′41″N 103°52′36″E / 1.5281°N 103.8768°E |
Laman sesawang | http://www.johor.uitm.edu.my |
UiTM Kampus Pasir Gudang merupakan salah satu daripada kampus Universiti Teknologi MARA yang terletak di dalam negeri Johor Darul Ta'azim, Malaysia. Kampus ini sebelumnya telah beroperasi di Larkin, Johor Bahru.
Latar belakang
Kampus Pasir Gudang, merupakan kampus kedua bagi UiTM Cawangan Johor, dan telah menggantikan kampus Johor Bahru, bermula dari tahun 2014. Kampus Pasir Gudang ditempatkan di tanah seluas 200 ekar di dalam Bandar Seri Alam, Masai, Johor di bawah perancangan Kampus PFI (Private Funding Initiative).
ITM Cawangan Johor juga membuka kampus keduanya di Johor Bahru pada tahun 1990 di Menara Landmark sehinggalah berpindah ke Larkin pada 2 Julai 2007 dan dikenali sebagai UiTM Johor Kampus Bandaraya Johor Bahru. Pada 17 Julai 2010, satu upacara pecah tanah telah dilaksanakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika itu, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin di atas tanah seluas 200 ekar di Pasir Gudang, Johor yang siap sepenuhnya pada 1 Mei 2014. Kampus Bandaraya Johor Bahru sekali lagi telah berpindah ke Bandar Seri Alam Masai, Pasir Gudang dan dikenali sebagai UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. Bagi Fasa Pertama kampus ini telah dibangunkan dengan menggunakan keluasan sebanyak 70 ekar.
Akademik
Fakulti
Kampus ini menempatkan dua (2) buah fakulti iaitu:
- Kolej Pengajian Kejuruteraan
- Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
Program akademik
Sepenuh masa
Program-program akademik sepenuh masa yang ditawarkan adalah:
- Diploma Kejuruteraan Awam
- Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
- Diploma Kejuruteraan Kimia
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
Separuh masa
Program-program separuh masa yang ditawarkan melalui Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS)/Institut Pengajian Siswazah (iPSis) adalah:
- Diploma Pengajian Perniagaan
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan (Kewangan)
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan (Pemasaran)
- Sarjana Pengurusan Perniagaan
Lihat juga
- UiTM Kampus Segamat, satu lagi kampus di Johor
Pautan luar
- Tapak web rasmi Diarkibkan 2020-02-25 di Wayback Machine