Jenis | Awam |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1973 | (sebagai Yayasan Sabah – Institut Teknologi MARA)
Canselor | Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Naib Canselor | Profesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor |
Rektor | Profesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed |
Lokasi | , |
Kampus |
|
Laman sesawang | sabah |
UiTM Cawangan Sabah ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Sabah, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas dua kampus UiTM di Sabah iaitu Kota Kinabalu dan Tawau.
Penubuhan
Di negeri di bawah bayu, kampus cawangan sulung Universiti Teknologi MARA telah pun mula bertapak pada 16 Julai 1972 di pekan Sembulan, tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu. UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu (kampus utama di negeri Sabah) pada awal penubuhannya lebih dikenali dengan nama Yayasan Sabah – Institut Teknologi MARA atau singkatannya YS-ITM. Pembukaanya bermula hasil usaha dan kerjasama di antara Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah. Kampus sementara yang terletak di kawasan Sembulan mula beroperasi dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar pada bulan Julai 1974. Kuliah di institut ini bermula pada tarikh 28 Julai 1974 dengan pengambilan pertama kumpulan pelajar seramai 157 orang. Kampus ini kemudian dibuka dengan rasminya pada 16 Ogos pada tahun yang sama oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu iaitu Tun Datu Hj Mustapha bin Datu Harun.
Melihat kepada keperluan yang lebih luas bagi penyediaan ruang pendidikan tinggi kepada anak-anak muda khususnya bumiputera di negeri ini, perancangan dan pembangunan fizikal kampus tetap baharu yang lebih lengkap di Kuala Menggatal telah dimulakan pada Februari 1979. Pembinaan kampus tetap ini dimulakan dengan Istiadat perletakan batu asas oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada ketika itu iaitu Tun Mohamad Adnan Robert pada 24 Februari 1979. Pada tahun 1982, kampus tetap di Kuala Menggatal telah siap dibina dan mula beroperasi. Sebahagian besar populasi pelajar telah dipindahkan ke kampus tetap yang berada di Kuala Menggatal setelah pembinaan blok asrama dan kemudahan-kemudahan lain selesai dibina. Proses perpindahan berakhir pada Disember 1991 hingga ke Januari 1992 dan kampus ini beroperasi sepenuhnya di Kuala Menggatal, iaitu suatu penempatan sub-bandar pesisir tepi laut serta hujung muara sungai di kawasan pinggir bandaraya Kota Kinabalu.
Pada awal penubuhannya sehingga penghujung tahun 1996/awal tahun 1997, UiTM Kampus Tawau telah beroperasi di Bangunan MAA, Jalan Bunga Raya, Tawau. Pada tahun 1997, UiTM Kampus Tawau telah berpindah dan beroperasi di Bangunan Hup Foh, Bandaran Baru, Jalan Baru Tawau.
Pada 10 Jun 1997, satu lagi kampus UiTM Cawangan Sabah, iaitu Kampus Tawau telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu. Kampus yang telah mula beroperasi pada Disember 1996 ini kemudian diisytiharkan sebagai Kampus Kota dari segi perlaksanaan operasinya bersempena majlis perasmian tersebut. UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau sehingga kini merupakan “Feeder Campus” untuk kursus-kursus diploma yang ditawarkan oleh UiTM seluruh Malaysia khususnya UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.
Seiring dengan usaha kerajaan untuk meingkatkan akses pendidikan tinggi yang lebih luas dengan fasiliti dan persekitaran yang kondusif, sebuah kampus tetap UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau yang terletak di Batu 26, Jalan Apas, Balung, Tawau telah mula dibina pada Mac 2009. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (Menteri Pendidikan ketika itu) iaitu pada tahun 1999. Pembinaan kampus tetap ini kemudiannya telah siap pada Oktober 2011. Semenjak itu dan sehingga kini, UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau telah beroperasi di kampus tetapnya di Balung, Tawau dan telah berjaya menghasilkan alumni-alumni bumiputera yang lahir daripada program-program pra pendidikan tinggi atau pun lebih dikenali dengan program pra diploma UiTM.
Kepimpinan
Pengetua Kampus YS-ITM
- Encik Abdul Kadir bin Hassan (Pengetua Kampus YS-ITM) (1972-1979)
- Dr. Hj. Wan Muhammad Wan Kadir (Pengetua Kampus YS-ITM) (1979-1982)
- Tuan Hj. Ali Nyak Saad (Pengetua Kampus YS-ITM) (1982-1984)
- Encik Shafie Mehad (Pengetua Kampus YS-ITM) (1984-1987)
- Encik Wan Abaid Wan Ismail (Pengetua Kampus YS-ITM) (1987-1989)
- Encik Baharuddin Ismail (Pengetua Kampus YS-ITM) (1989-1994)
Provos ITM Sabah
- Encik Zainduddin Osman (Provos ITM Sabah) (1995-1997)
Pengarah Kampus UiTM Sabah
- Dr. Hj. Nasaruddin Othman (Pengarah Kampus UiTM Sabah) (1997-1999)
- Prof. Madya Dato' Dr. Abdullah Mohd. Said (Pengarah Kampus UiTM Sabah) (1999-2001)
- Prof. Madya Dr. Hj. Mohd. Shukri Hj. Omar (Pengarah Kampus UiTM Sabah) (2001-2006)
- Prof. Madya Datuk Dr. Worran Hj. Kabul (Pengarah Kampus UiTM Sabah) (2006-2011)
Rektor UiTM Cawangan Sabah
- Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir bin Hj. Rosline (Rektor UiTM Cawangan Sabah) (2011-2023)
- Prof. Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed (Julai 2023 - kini)
Fakulti dan program akademik
UiTM Cawangan Sabah menawarkan pelbagai program akademik meliputi program di peringkat pra diploma, diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran berdasarkan beberapa mod pengajian iaitu sepenuh masa, pengajian luar kampus dan pendidikan jarak jauh (ePJJ). Program-program akademik di kampus ini ditawarkan melalui tiga gugusan akademik utama dengan enam fakulti berbeza.
TEMPOH PENGAJIAN
Secara umumnya, anggaran tempoh pengajian siswa siswi adalah bergantung kepada peringkat dan mod pengajian seperti berikut:
- Pra Diploma - ½ tahun atau 1 (satu) semester
- Diploma (Sepenuh Masa) - 2 ½ tahun atau 5 semester
- Diploma (PLK / ePJJ) - 4 tahun atau 8 semester
- Sarjana Muda (Sepenuh Masa) - 3 tahun atau 6 semester
- Sarjana Muda (PLK / ePJJ) - 4 tahun atau 8 semester
- Sarjana - 2 tahun atau 4 semester
- Kedoktoran - 3 hingga 5 tahun atau 6 hingga 10 semester
**Tempoh pengajian adalah tertakluk kepada prestasi akademik siswa siswi
PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN
GUGUSAN PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN | ||
---|---|---|
FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN (FPP) | ||
Pra Diploma Perdagangan | BA002 / BA003 | Sepenuh Masa (Kampus Tawau) |
Diploma Pengajian Perniagaan | BA111 / UE4340001 | Sepenuh Masa, Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ) |
Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) | BA117 / UE4840001 | Sepenuh Masa |
Diploma Pengajian Perbankan | BA119 / UE4343002 | Sepenuh Masa |
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran | BA240 / UE6342001 | Sepenuh Masa |
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan | BA242 / UE6343001 | Sepenuh Masa |
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Ekonomi Perniagaan | BA250 / UE6340002 | Sepenuh Masa |
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia | BA243 | Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ) |
Sarjana Sains (Pentadbiran Perniagaan) | BA750 | Penyelidikan |
Doktor Pentadbiran Perniagaan | BA901 | Kerja Kursus |
Doktor Falsafah (Pengurusan Perniagaan) | BA950 | Penyelidikan |
FAKULTI PERAKAUNAN (FP) | ||
Diploma Perakaunan | AC110 / UE4344001 | Sepenuh Masa, Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ) |
Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) | AC220 / UE6314001 | Pengajian Luar Kampus (PLK) |
FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN (FPHP) | ||
Diploma Pengurusan Hotel | HM110 / UE4811002 | Sepenuh Masa |
Diploma Pengurusan Pelancongan | HM111 / UE4812001 | Sepenuh Masa |
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan | HM241 / UE6812001 | Sepenuh Masa |
Sarjana Sains (Pengurusan Pelancongan) | HM751 | Penyelidikan |
GUGUSAN SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN | ||
FAKULTI SAINS PENTABIRAN DAN PENGAJIAN POLISI (FSPPP) | ||
Diploma Pentadbiran Awam | AM110 / UE4345001 | Sepenuh Masa, Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ) |
Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) | AM228 / UE6345005 | Sepenuh Masa, Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ) |
Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran | AM770 | Kerja Kursus |
Sarjana Sains Pentadbiran | AM780 | Penyelidikan |
Doktor Falsafah (Sains Pentadbiran) | AM990 | Penyelidikan |
GUGUSAN SAINS DAN TEKNOLOGI | ||
FAKULTI SAINS GUNAAN (FSG) | ||
Pra Diploma (Sains) | PD007 / PD008 | Sepenuh Masa (Kampus Tawau) |
Diploma Sains | AS120 / UE4440001 | Sepenuh Masa |
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi | AS201 / UE6421001 | Sepenuh Masa |
Sarjana Sains (Biologi) | AS750 | Penyelidikan |
FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI (FPA) | ||
Diploma Pengurusan Ladang | AT110 / UE4620002 | Sepenuh Masa |
Sarjana Sains (Perlindungan Tanaman) | AT734 | Penyelidikan |
Sarjana Sains (Sains Tanah) | AT750 | Penyelidikan |
Pengambilan pelajar
Pengambilan siswa siswi ke kampus ini adalah berdasarkan pengambilan berpusat dan dibuka berdasarkan kategori peringkat pengajian:
PRA DIPLOMA
- Pengambilan dibuka dua (2) kali setahun
- Borang Permohonan [sila klik di sini]
- Maklumat lanjut program dan tarikh-traikh penting permohonan ke program Pra Diploma (Pra Pendidikan Tinggi ) UiTM sila klik di sini]
- Penempatan pengajian adalah di Kampus Tawau
DIPLOMA DAN SARJANA MUDA [SEPENUH MASA]
- Pengambilan dibuka satu (1) atau dua (2) kali setahun (bergantung kepada program)
- Permohonan bagi SESI 1 adalah melalui Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi pada pautan https://upu.mohe.gov.my/
- Permohonan bagi SESI 2 adalah terus melalui Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, Shah Alam pada pautan https://online.uitm.edu.my/
DIPLOMA DAN SARJANA MUDA [PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK) DAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (ePJJ)]
- Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun
- Permohonan adalah melalui pautan https://iis-iceps.uitm.edu.my/register
SARJANA DAN KEDOKTORAN
- Pengambilan dibuka dua (2) kali setahun
- Permohonan adalah melalui pautan https://ipsis.uitm.edu.my/v2/index.php/2015-01-05-15-25-02/2015-04-29-12-34-26/application-procedures-local#step1
- Maklumat lanjut sila layari pautan https://ipsis.uitm.edu.my/v2/index.php
Fasiliti Kampus
MENARA WIBAWA
- Pejabat Rektor
- Pejabat Bahagian Pentadbiran
- Pejabat Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A)
- Pejabat Kewangan
- Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)
- Pejabat Unit Kaunseling dan Kerjaya
- Pejabat Unit Kemimpinan dan Pembangunan Pelajar
- Pejabat Unit Komunikasi Korporat
- Pejabat Unit Kualiti
- Bilik Mesyuarat Utama (BMU)
- Bilik Mesyuarat PJIM&A
- Ruang Bicara
- Surau Lelaki
- Surau Wanita
UJANA SARJANA
- Pejabat Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
- Pejabat Unit Penilaian Akademik (UPA)
- Pejabat Pusat Pengajian Pascasiswazah
- Pejabat Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) (dahulu dikenali sebagai iNeD)
- Pejabat Unit Hal Ehwal Islam (UHEI)
- Bilik-bilik Kuliah
- Pejabat-Pejabat Pensyarah
- Makmal Bahasa
- Makmal Komputer
- Dewan Peperiksaan
- Dewan Al-Bukhari
- Dewan Ibu Battuta
- Dewan Ibnu Sina
- Dewan Ibnu Khaldun
- Dewan Kuliah Tun Mustapha
- Surau Lelaki
- Surau Wanita
MENARA PUSTAKA
- Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) http://library.sabah.uitm.edu.my/v1/
- Pejabat PTAR
- Bilik Mesyuarat PTAR
- Bilik Perbincangan 1
- Bilik Perbincangan 2
- Bilik Perbicangan 3
- Bilik Perbicangan 4
- Big Data Lab
- Smart Classroom
- Makmal Kemahiran Maklumat
- Surau Lelaki
- Surau Wanita
MENARA ILMU
- Bilik-bilik Kuliah
- Pejabat-Pejabat Pensyarah
- Makmal Komputer
- Makmal Bahasa
- Dewan Kuliah 1
- Dewan Kuliah 2
- Dewan Kuliah 3
- Bilik Rekreasi Pensyarah
- Kafe
- Surau Lelaki
- Surau Wanita
- Mesin ATM
PUSAT KEGIATAN PELAJAR DAN PUSAT SUKAN
- Pejabat Unit Sukan
- Pejabat Unit Kebudayaan
- Pejabat Unit Ko-kurikulum
- Studio
- Bilik Operasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
- Padang Bola Sepak
- Padang Rugbi
- Gelanggang Bola Jaring
- Gelanggang Futsal
- Gelanggang Tenis
- Gelanggang Sepak Takraw
- Gelanggang Bola Keranjang
- Gelanggang Bola Tampar
- Gelanggang Petanque
- Gelanggang Badminton
KOMPLEKS MAKMAL SAINS DAN AGROTEKNOLOGI (KOMSAT)
- Makmal Sains
- Galeri KOMSAT
- Pejabat KOMSAT
- Bilik Mesyuarat KOMSAT
- Unit Ladang
- Ladang
PUSAT KESIHATAN
- Pejabat Unit Kesihatan
- Wad Isolasi Lelaki
- Wad Isolasi Perempuan
- Farmasi
LALUAN SARJANA
- Pejabat Polis Bantuan
- Pejabat Bahagian Infostruktur
- Pejabat Bahagian Fasiliti
- Pusat Asuhan Kanak-kanak UiTM Cawangan Sabah
DEPOH KENDERAAN
- Pejabat Unit Kenderaan
KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR
- Kolej Mabul
- Kolej Mantanani
- Kolej Manukan
- Pejabat Pentadbiran Kolej
- Rumah Staf Residen Kolej
- Rumah Tamu
- Kafe
- Kedai Runcit
- Surau
- Bilik Bacaan
- Bilik TV
- Ruang Isolasi
- Taman Riadah Mini
Masa Operasi
Hari | Masa Operasi | Rehat | Masa Operasi |
---|---|---|---|
Isnin hingga Khamis | 8.00 pagi - 1.00 tengahari | 1.00 tengahari - 2.00 petang | 2.00 petang - 5.00 petang |
Jumaat | 8.00 pagi - 11.30 pagi | 11.30 pagi - 2.00 petang | 2.00 petang - 5.00 petang |
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | Tutup |
Ikuti Perkembangan Terkini dan Hubungi Kami
Maklumat | Nama Rasmi | Pautan / Maklumat |
---|---|---|
Laman sesawang | UiTM Cawangan Sabah | https://sabah.uitm.edu.my/v2/ |
Universiti Teknologi MARA Cawangan SABAH - Media FB Rasmi
Unit Komunikasi Korporat Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah |
https://www.facebook.com/UiTMCawanganSabah/ | |
uitm_cawangan_sabah.official | https://www.instagram.com/uitm_cawangan_sabah.official/ | |
Nombor Telefon | UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu
UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau |
088 - 325151
089 - 951655 / 611 / 677 |
Emel | Unit Komunikasi Korporat | korporatsabah@uitm.edu.my |
Alamat Surat-Menyurat | UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu | Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu,
Beg Berkunci 71, 88997 Kota Kinabalu, SABAH, MALAYSIA. |
UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau | Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Kampus Tawau
KM36 Jalan Apas Balung Peti Surat 61372 91032 Tawau, Sabah. |