U-Wei Saari | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Zuhir bin Saari[1] 13 Mei 1954 |
Pekerjaan | Pengarah filem, penerbit filem, penulis |
Tahun aktif | 1993—kini |
Anugerah | Pengarah Terbaik (FFM) FFM 11 Pengarah Terbaik FFM 14 Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (AIFFA 2023) |
Zuhir bin Haji Saari (lahir 13 Mei 1954) adalah seorang pengarah filem tersohor di Malaysia.[2] Beliau kali pertama mendapat perhatian antarabangsa selepas karyanya, Kaki Bakar (The Arsonist) menjadi filem Malaysia pertama yang menembusi Festival Filem Cannes pada 1995.[3]
Kerjaya
Memulakan kerjaya seni sebagai pengarah. Beliau mula mengarah pada 1993, dengan menjadi pengarah drama televisyen sehingga tahun 1996.[4] Beliau melakukan langkah pertama dalam bidang filem dengan mengarah filem kontroversi era itu, Perempuan, Isteri dan..., sehingga menobatkan beliau sebagai Pengarah Terbaik FFM 11[5].
Beliau dianggap sebagai pengarah yang berbakat. Beliau membawa nama negara ke festival-festival luar negara. Antara karya beliau yang diiktiraf di luar negara ialah Jogho dan Kaki Bakar. Beliau sering dilihat menggunakan khidmat aktor Khalid Salleh dalam setiap filem beliau, dan mengangkat nama aktor tersebut menjadi pemenang Aktor Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 1998.
Pada 2014, U-Wei menghasilkan filem berjudul Hanyut sebagai sebuah penghasilan bersama antara negara Indonesia, Malaysia, dan Australia. Filem ini berdasarkan novel karya Joseph Conrad berjudul Almayer's Folly, yang menceritakan tentang kehidupan masyarakat Melayu pada abad ke-19.
Pada 2022, beliau telah dilantik menjadi ketua juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow bagi kategori filem dokumentari[6].
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis | Penerbit | |||
1993 | Perempuan, Isteri & .....? | ![]() |
Cerita | ![]() |
Filem arahan pertama
|
1994 | Black Widow - Wajah Ayu | ![]() |
![]() |
![]() |
|
1999 | Jogho | ![]() |
![]() |
![]() |
|
2001 | Kaki Bakar | ![]() |
![]() |
![]() |
|
2004 | Buai Laju-Laju | ![]() |
Cerita | ![]() |
|
2012 | Hanyut | ![]() |
![]() |
Eksekutif |
|
TBA | Dendam Dari Pusara | ![]() |
![]() |
Eksekutif |
Filem pendek
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | |
---|---|---|---|
Pengarah | Penulis | ||
2000 | Menunggu Pelangi | ![]() |
![]() |
2006 | Sepohon Rambutan indah Kepunyaanku di tanjung rambutan | ![]() |
![]() |
2015 | Satu Nota Satu Fragmen | ![]() |
![]() |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | |
---|---|---|---|
Pengarah | Penulis | ||
1993 | Aku Raja Gunung Ini | ![]() |
![]() |
1996 | Darling Sayang | ![]() |
![]() |
Rujukan
- ^ U-Wei di Sinema Malaysia
- ^ Epilog: Merindui sentuhan terbaru U-Wei Berita Harian Online
- ^ "Recently there was a screening of the first Malaysian movie to make Cannes". The Daily Seni (dalam bahasa Inggeris). 9 October 2016. Dicapai pada 13 October 2016.
- ^ http://www.lebrocquyfraser.com/directors/uwei_bin_haji.htm
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
- ^ Irwan Muhammad Zain (September 6, 2022). "U-Wei berucap, umum pemenang dalam Bahasa Melayu di Festival Filem Antarabangsa Moscow". Astro Awani. Dicapai pada 7 September 2022.