Laman rasmi | |
Ditubuhkan | 1977 |
---|---|
Edisi | 41 (2022) |
Lokasi | Osaka (2022) Jepun |
Venue | Maruzen Intec Arena Osaka (2022) |
Hadiah | USD$750,000 (2022) |
Lelaki | |
Aturan | 32S / 32D |
Juara kini | Kenta Nishimoto (perseorangan) Liang Weikeng Wang Chang (beregu) |
Juara terbanyak perseorangan | 6 Lee Chong Wei |
Juara terbanyak beregu | 4 Candra Wijaya Park Joo-bong Ricky Subagja |
Wanita | |
Aturan | 32S / 32D |
Juara kini | Akane Yamaguchi (perseorangan) Jeong Na-eun Kim Hye-jeong (beregu) |
Juara terbanyak perseorangan | 4 Li Lingwei |
Juara terbanyak beregu | 4 Chung So-young Ge Fei Gu Jun |
Beregu campuran | |
Aturan | 32 |
Juara kini | Dechapol Puavaranukroh Sapsiree Taerattanachai |
Juara terbanyak (lelaki) | 5 Park Joo-bong |
Juara terbanyak (wanita) | 5 Chung Myung-hee |
Super 750 | |
Kini | |
Terbuka Jepun 2022 |
Terbuka Jepun ialah kejohanan badminton tahunan yang diadakan di Jepun. Ia menjadi sebahagian daripada kejohanan Siri Super BWF pada 2007. BWF mengkategorikan Terbuka Jepun sebagai salah satu acara-acara Super 750 dalam struktur acara Jelajah Dunia BWF sejak 2018.[1][2]
Sejarah kejohanan
Kejohanan Terbuka Jepun mula dianjurkan pada tahun 1982 dan dinamakan secara rasmi sebagai "First Yonex Cup Japan Open". Ia merupakan kejohanan badminton antarabangsa pertama di Jepun yang menawarkan hadiah wang tunai, dengan jumlah keseluruhan 10 juta yen. Kejohanan pertama ini berlangsung dari 14 hingga 17 Januari 1982 di Gimnasium Shukugawa Gakuin dan Gimnasium Pusat Kobe di bandar Kobe, wilayah Hyōgo, dengan penyertaan pemain badminton terkemuka dunia dari 19 negara.
Menjelang 1991, kejohanan ini berkembang dengan menarik penyertaan terbesar dalam sejarahnya, dengan 262 peserta dari 25 negara. Untuk meraikan ulang tahun ke-10, nama rasmi kejohanan ditukar kepada Yonex Japan Open. Pada tahun 1996, skala kejohanan mencapai tahap baru dengan 340 peserta dari 26 negara bersaing sebelum Sukan Olimpik Atlanta. Pada tahun 1998, nama rasmi kejohanan ditukar lagi kepada Yonex Open Japan.
Sejak 2007, kejohanan ini menjadi sebahagian daripada Kejohanan Siri Super BWF, dengan jumlah hadiah wang tunai dinaikkan kepada US$200,000. Pada tahun 2013, kejohanan ini melahirkan juara tempatan pertama dalam 32 tahun, Akane Yamaguchi yang ketika itu berusia 16 tahun, menjadi juara Kejohanan Siri Super BWF termuda setelah menewaskan Shizuka Uchida dalam persaingan akhir acara perseorangan wanita.
Sejak 2017, kejohanan ini ditaja oleh pengeluar kereta Daihatsu dan dinamakan secara rasmi sebagai Daihatsu Yonex Japan Open, dengan jumlah hadiah wang tunai dinaikkan kepada US$325,000.
Bandar tuan rumah
- 1982: Kobe
- 1983: Yokohama
- 1984–1985, 1987: Gunma
- 1986, 2022: Osaka
- 1989–2019, 2023, 2025–2026: Tokyo
Keputusan
- ^ Kejohanan ini yang sepatutnya dianjurkan pada 22 hingga 27 September dibatalkan akibat pandemik COVID-19 di Jepun.
- ^ Kejohanan ini yang sepatutnya dianjurkan pada 28 September hingga 3 Oktober dibatalkan akibat pandemik COVID-19 di Jepun.
Prestasi mengikut negara
- Sehingga edisi 2022
Kedudukan | Negara | PL | PW | BL | BW | BC | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Republik Rakyat China | 12 | 25 | 7 | 19 | 12 | 75 |
2 | Indonesia | 8 | 4 | 15 | 4 | 31 | |
3 | Korea Selatan | 1 | 1 | 9 | 10 | 8 | 29 |
4 | Denmark | 6 | 3 | 3 | 2 | 4 | 18 |
5 | Jepun | 3 | 4 | 4 | 11 | ||
Malaysia | 7 | 3 | 1 | 11 | |||
7 | England | 1 | 1 | 5 | 3.5 | 10.5 | |
8 | Sweden | 2 | 2 | 1.5 | 5.5 | ||
9 | Thailand | 3 | 3 | ||||
10 | Taipei Cina | 1 | 1 | 2 | |||
Sepanyol | 2 | 2 | |||||
12 | Hong Kong | 1 | 1 | ||||
Belanda | 1 | 1 | |||||
Scotland | 1 | 1 | |||||
Singapura | 1 | 1 | |||||
Amerika Syarikat | 1 | 1 | |||||
Jumlah | 41 | 41 | 41 | 41 | 39 | 203 |
Rujukan
- ^ Alleyne, Gayle (19 March 2017). "BWF Launches New Events Structure". Persekutuan Badminton Dunia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2017. Dicapai pada 29 November 2017.
- ^ Sukumar, Dev (10 January 2018). "Action-Packed Season Ahead!". Persekutuan Badminton Dunia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2018. Dicapai pada 15 January 2018.