![]() Tebingan Kuching pada waktu malam | |
Diselenggarakan oleh |
|
---|---|
Panjang | Templat:Infobox street/meta/length |
Lokasi | Kuching, Sarawak |
Koordinat | 1°33′38″N 110°20′35″E / 1.56047°N 110.34313°E |
Pembinaan | |
Pembinaan bermula | 1989 |
Pembukaan rasmi | 4 September 1993 |
Tebingan Kuching ialah persiaran tepi laut sepanjang 1 kilometer dan 890 meter dan laluan pejalan kaki yang terletak di Kuching, Sarawak. Ia terletak di sepanjang tebing selatan Sungai Sarawak dan sejak itu menjadi destinasi pelancongan.[1][2]
Sejarah
Tebingan Kuching adalah projek yang telah lama dinantikan oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Abdul Taib Mahmud yang mana beliau mencetuskan idea itu pada 1962, setahun sebelum Sarawak mencapai kemerdekaannya melalui Malaysia dan 19 tahun sebelum beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak.[3][4]
Kerja-kerja tanah dan pembinaan kawasan tebingan bermula pada tahun 1989 dan diketuai oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di mana sepasukan arkitek, jurutera dan pereka landskap berpengalaman telah ditugaskan untuk membina tebingan itu dan kos pembinaannya berjumlah RM89 juta.[3] Tebingan Kuching dirasmikan pada 4 September 1993[2][5] oleh Taib dan merupakan tebingan pertama yang dibina di Malaysia.[3][6][7]
Pada tahun 2014, tebingan ini telah diperluaskan ke beberapa kampung di Sarawak termasuk Kampung Sungai Bedil Besar, Kampung Lintang dan Kampung Tanjung untuk mencantikkan tebing Sungai Sarawak.[8] Tebingan ini menjalani proses transformasi antara 2017 dan 2019, yang melibatkan pembinaan kawasan pejalan kaki berbumbung, penambahan lampu LED dan pengubahsuaian landskap sedia ada.[9]
Pada tahun 2023, Tebingan Kuching telah menjalani projek menaik taraf dengan peruntukan sejumlah RM2.5 juta. Projek itu, yang berjalan sepanjang 2024, bertujuan untuk "menyediakan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk pelawat".[10][11]
Rujukan
- ^ Matzidi Dris (3 Mei 2015). "Tebingan Kuching gamit pelancong". Berita Harian. Dicapai pada 28 Julai 2020.
- ^ a b Matzidi Dris (24 Mei 2015). "Ronda-ronda sekitar Tebingan Kuching". Berita Harian. Dicapai pada 28 Julai 2020.
- ^ a b c "Kuching boasts new look". The Straits Times. 30 September 1993. m/s. 16. Dicapai pada 28 Julai 2020.
- ^ "Projek Tebingan Sungai siap". Berita Harian. 7 September 1993. Dicapai pada 28 Julai 2020.
- ^ "Waterfront kini menjadi tumpuan penduduk Kuching". Berita Harian. 1 Oktober 1993. Dicapai pada 28 Julai 2020.
- ^ "Taib pays tribute to people". New Straits Times. 6 September 1993. Dicapai pada 28 Julai 2020.
- ^ Magdelene Rogers (18 September 1993). "Waterfront gift for Kuching folk". New Straits Times. Dicapai pada 28 Julai 2020.
- ^ Michael Sering (14 Mei 2014). "Tebingan Kuching dipanjangkan". Berita Harian. Dicapai pada 28 Julai 2020.
- ^ Cyril Dason (17 April 2017). "Tebingan Kuching bakal jalani pembaharuan bernilai RM6 juta". Kuching Borneo. Dicapai pada 28 Julai 2020.
- ^ "Tebingan Kuching bakal berwajah baharu, mula dinaik taraf Januari 2024". Suara Sarawak. 8 Ogos 2023. Dicapai pada 28 Julai 2024.
- ^ "Pelaksanaan naik taraf Tebingan Kuching melibatkan kos RM2.5 juta". Utusan Borneo. 8 Ogos 2023. Dicapai pada 28 Julai 2024.
Pautan luar
Kategori berkenaan Tebingan Kuching di Wikimedia Commons
- Nurhajiah Yusop; Siti Farizan Yussop; Wasli, Surah Nor Azizah Wasli; Suria Senen; Zuraida Ramlee (Oktober 2003). "Tebingan Kuching Sebagai Destinasi Pelancongan" (PDF). Universiti Teknologi MARA.