Kawasan pilihan raya Sarawak | |
---|---|
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi | |
Badan perundangan | Dewan Undangan Negeri Sarawak |
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1968 |
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan | 1991 |
Kali pertama dipertandingkan | 1969 |
Kali terakhir dipertandingkan | 1987 |
Demografi | |
Pemilih (1969)[1] | 7,754 |
Tebakang (Jawi: تباكڠ ) ialah kawasan negeri di dalam negeri Sarawak, Malaysia. Ia telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak sejak tahun 1969 sehingga 1991 dan mula dipertandingkan pada tahun 1969.[2] Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan Negeri di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak yang lalu.
Sejarah
Sebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Tebakang sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Serian. Ia telah diciptakan pada tahun 1968 dan telah dimansuhkan pada tahun 1991. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Tebedu. Michael Ben Anak Panggi telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Tebakang selama lima penggal pilihan raya negeri Sarawak.[3]
Pada pilihan raya negeri Sarawak 1969, Michael Ben Panggi dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menang dan telah menewaskan dua calon lainnya iaitu Richard Dampeng dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Justin Ahan Anak Engkayong dari Parti Perikatan (PERIKATAN). Sebanyak 7,754 pemilih berdaftar pada pilihan raya ini. Michael Ben mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 2,864, Richard Dampeng pula mendapat undian sebanyak 1,920 dan paling sedikit ialah Justin Ahan iaitu sebanyak 1,606 undi.[2]
Pada pilihan raya negeri Sarawak 1987, sebanyak dua calon bertanding di DUN ini iaitu Micheal Ben dari parti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Andrew Bujang Bareng dari parti Barisan Nasional (BN). Sebuah tempat untuk penamaan calon untuk Tebakang terletak di Dewan Masyarakat Serian di Sarawak. Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak sama dengan tempat penanaman calon iaitu Dewan Masyarakat Serian. Kerusi DUN Tebakang ketika itu dimenangi oleh Parti Bansa Dayak Sarawak.[4]
Sejarah perwakilan
Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Tebakang | |||
---|---|---|---|
Persidangan | Tahun | Ahli | Parti |
Kawasan DUN diciptakan | |||
ke-8 | 1969-1974 | Michael Ben Panggi | Parti Kebangsaan Sarawak |
ke-9 | 1974-1979 | Parti Kebangsaan Sarawak | |
ke-10 | 1979-1983 | Barisan Nasional (SNAP) | |
ke-11 | 1983-1987 | Parti Kebangsaan Sarawak | |
ke-12 | 1987-1991 | Parti Bansa Dayak Sarawak | |
Kawasan DUN dimansuhkan, digantikan dengan Tebedu |
Keputusan pilihan raya
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
SNAP | Michael Ben | 2,869 | 44.9 | ||
Perikatan | Justin Ahan Anak Engkayong | 1,606 | 25.7 | ||
SUPP | Richard Dampeng | 1,920 | 30.0 | ||
Jumlah undian sah | 6,395 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 473 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Kertas undi dikeluarkan | 6,868 | ||||
Pemilih berdaftar | 7,754 | ||||
Majoriti | 949 | ||||
Kawasan DUN ini baru diciptakan. | |||||
Rujukan
- ^ "Barisan chalun2 pilehanraya: Dua belas parti bertanding" [Barisan calon-calon pilihan raya: Dua belas parti bertanding]. Berita Harian. 6 April 1969. m/s. 3. Diperolehi pada 13 Disember 2020.
- ^ a b c "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
- ^ Abdullah Zakaria Ghazali; Adnan Haji Nawang; Lee Kam Hing (1997). Malaysia, tokoh dulu dan kini. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya. m/s. 183. ISBN 9789831000298. Dicapai pada 15 Jun 2016.
- ^ "Laporan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2002. Dicapai pada 13 September 2010.
Pautan luar
- "Keputusan Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-24. Dicapai pada 2016-04-29.