Tarikan pelancong di Beijing bukan sahaja banyak, tetapi juga kaya dengan sejarah. Yang paling terkenal ialah bentangan Badaling di Tembok Besar China, serta juga Kuil Syurga, Tiananmen, dan Kota Larangan, selain daripada sebilangan kuil, hutong, taman, dan tinggalan zaman kuno.
Beijing juga dikenali untuk siheyuan (rumah berlaman dalam) dan hutong (lorong), meskipun kesemua itu semakin hilang, akibat pertumbuhan pembinaan bandar raya yang menggantikannya dengan bangunan tinggi. Bandar raya Beijing mempunyai sebilangan kawasan kejiranan shiheyuan yang dipelihara dengan baik, termasuk sesetengah rumah berlaman dalam yang tersegam megah seperti Rumah Agam Putera Gong.
Tarikan
Bangunan, tugu peringatan, dan mercu tanda
- Kota Larangan: Terletak di tengah-tengah pusat sejarah Beijing, Kota Larangan mempunyai halaman istana yang amat sangat besar. Ia merupakan tempat kediaman maharaja-maharaja Dinasti Ming dan Dinasti Qing.[1] Kota Larangan juga menampung Muzium Istana yang mengandungi koleksi seni Cina empayar. Mengelilingi Kota Larangan itu ada sebilangan bekas taman bunga, taman, dan kawasan empayar yang berpemandangan indah, terutamanya Beihai, Houhai, Shichahai, Zhongnanhai, Jingshan, dan Zhongshan. Serupa dengan Taman Beihai, taman-taman itu telah diperikan sebagai seni taman Cina yang terbaik [2] dan merupakan destinasi pelancong yang sungguh popular, dengan kepentingan sejarah yang amat sangat besar.
- Dataran Tiananmen: Dari Dataran Tiananmen yang terletak betul-betul di sebelah Kota Larangan, terdapat banyak tapak yang terkenal, seperti:
- Bangunan Makam Mao Zedong
- Dewan Besar Rakyat
- Muzium Negara China
- Pusat Nasional untuk Seni Lakon
- Zhengyangmen
- Tiananmen (Pintu Kota Keamanan Kesyurgaan)
- Tuju Peringatan Pahlawan Rakyat
- Pagoda: Beijing mempunyai sebilangan pagoda yang dipelihara dengan baik, misalnya:
- Pagoda Kuil Tianning yang mencua tinggi, dibina semasa Dinasti Liao (1100–1120); dan
- Pagoda Kuil Cishou yang dibina pada 1576 semasa Dinasti Ming.
- Jambatan: Sebilangan jambatan batu yang penting daripada segi sejarah juga terletak di Beijing, termasuk Jambatan Lugou abad ke-12, Jambatan Baliqiao abad ke-17, dan Jambatan Jalur Jed abad ke-18.
Balai Cerap Kuno Beijing memaparkan sfera prateleskop yang wujud sejak dinasti Ming dan Qing. Terletak di pinggir kawasan bandar Beijing, tetapi di dalam wilayah perbandaran ialah Tiga Belas Makam Dinasti Ming, tapak pengebumian tiga belas maharaja Ming yang mewah dan yang telah ditetapkan sebagai sebahagaian Makam Empayar Dinasti Ming dan Qing Tapak Warisan Dunia UNESCO.[4] Tapak arkeologi Lelaki Peking di Zhoukoudian merupakan salah satu lagi Tapak Warisan Dunia di dalam wilayah perbandaran Beijing.[5] Ia mengandungi berbagai-bagai temuan, termasuk salah satu spesimen pertama Homo erektus, dan sehimpunan tulang dubuk raksasa (Pachycrocuta brevirostris). Terdapat juga sebilangan bahagaian Tembok Besar China Tapak Warisan Dunia UNESCO [6] yang terletak di wilayah perbandaran, dengan yang paling terkenal termasuk Badaling, Jiankou, Jinshanling, Juyongguan, Mutianyu, dan Simatai.
Mercu tanda tarikan pelancong yang lain di Beijing termasuk:
|
Kuil, gereja, dan masjid
Antara tapak agama yang paling terkenal di bandar raya ialah:
- Kuil Syurga (Tiantan) yang terletak di bahagian tenggara Beijing (juga salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO),[7] yang maharaja Dinasti Ming dan Dinasti Qing melawat setiap tahun untuk menyertai upacara sembahyang kepada Syurga untuk tuaian yang baik;
- Kuil Bumi (Ditan) yang terletak pad araha yang bertentangan dengan Kuil Syurga di bahagian utara bandar raya;
- Kuil Matahari (Ritan) yang terletak di bahagian timur bandar raya; dan
- Kuil Bulan (Yuetan) yang terletak di bahagian barat bandar raya.
Tapak kuil terkenal yang lain di Beijing termasuk:
Gereja Immaculate Conception dibina pada 1605 dan merupakan gereja Katolik yang tertua di Beijing. Gereja utama yang lain termasuk:
Masjid Niujie juga merupakan masjid yang tertua di Beijing, dengan sejarah yang melebihi seribu tahun.
Muzium
Terdapat beratus-ratus muzium di Beijing, dengan muzium utamanya termasuk: [8][9]
Taman
|
|
Daerah beli-belah dan perdagangan
Lihat juga
Rujukan
- ^ "The Imperial Palace of the Ming and Qing Dynasties" (PDF). UNESCO World Heritage Centre. 1986-12-29. Dicapai pada 2009-07-22.
- ^ Beihai Park. Senarai sementaraan Warisan Dunia UNESCO
- ^ "Summer Palace, an Imperial Garden in Beijing". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 2008-08-04.
- ^ "Imperial Tombs of the Ming and Qing Dynasties". UNESCO World Heritage Centre. 2003-12-10. Dicapai pada 2009-07-22. Unknown parameter
|accessdat=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan) - ^ "Peking Man Site at Zhoukoudian". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 2008-08-04.
- ^ "The Great Wall". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 2008-08-04.
- ^ "Temple of Heaven: an Imperial Sacrificial Altar in Beijing". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 2008-08-04.
- ^ "About Beijing".
- ^ "Beijing's Museums & Galleries".
Pautan luar
- Great Wall of China information and maps
- Travel guide and Beijing 2008 Olympics
- Photographic guides to 40 tourist attractions Diarkibkan 2008-04-10 di Wayback Machine
- Interactive map of top tourist attractions in Beijing Diarkibkan 2008-08-13 di Wayback Machine
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Beijing.