Muzium (disebut [mu.zi.um]; Jawi: موزيوم Mal., Sin.) atau museum ([mu.sé.um] Ind.) merujuk kepada bangunan tempat menyimpan khazanah sejarah purba atau yang lalu. Muzium penting sebagai tempat kita merujuk sekiranya kita ingin mengetahui tentang sejarah lampau.
Sejarah
Peristilahan
Kedua-dua perkataan "muzium" (pinjaman bahasa Inggeris: museum ) dan "museum" (pinjaman Bahasa Belanda) berakar daripada istilah bahasa Yunani Μουσεῖον (mouseion) yang sebenarnya merujuk kepada nama suatu kuil dibina di Iskandariah untuk tujuan pemujaan sembilan dewi puteri Zeus yang melambangkan ilmu dan kesenian yang diberi gelaran Mousai.[1][2] Kitab Vortaro memberi takrifan terawal kata serapan ini sebagai tempat koempoelan barang-barang koeno dan barang barang [sic] jang aneh-aneh.[3]
Pada awal abad ke-20, akhbar-akhbar Tanah Melayu pernah memberi nama عجائبخانه ajaibkhanah ("rumah barangan ajaib" sekiasan kata kutubkhanah)[4] serapan kata Hindustan yang serupa diungkapkan para pengunjung muzium se-India yang sezaman;[5] bangunan ini adakalanya turut diberi jolokan "sekolah gambar" kerana banyaknya gambar yang ditampilkan dan dipamerkan untuk tujuan mendidik para pelawat yang datang.
Pembangunan
Bangunan lain yang diketahui berhubungan dengan sejarah museum adalah suatu bahagian kompleks perpustakaan yang dibangun khusus untuk seni dan sains, terutamanya bidang-bidang falsafah dan kajian, yang terletak di Alexandria oleh Ptolemaios I pada tahun 280 SM.[6] Ia turut memaparkan kehebatan kerajaan Firaun, piramid dan Sphinx di pelabuhan Iskandariah, Mesir lalu boleh dianggap merupakan bangunan pertama berperanan seumpamanya yang wujud di dunia.
Muzium dikaitkan dengan kegiatan:
- Pemuliharaan, pameran dan pusat arkib
- Pemuliharaan dan pengekalan alam semulajadi
- arkeologi, etnologi, monumen dan tapak tanah bersejarah
- Pameran benda hidup seperti taman botani, zoologi, akuarium dan sebagainya.
- pusat sains dan planetarium
Jenis
Muzium memiliki beragam jenis, dari institusi yang besar dan mencakup banyak kategori, hingga institusi kecil yang memusatkan diri kepada subjek tertentu, lokasi, atau seseorang. Selain itu terdapat muzium universal yang koleksinya merepresentasikan dunia dan biasanya koleksinya di antaranya seni, ilmu pengetahuan, sejarah dan sejarah alam. Jenis dan mutu muzium tercermin dalam koleksinya. Sebuah muzium biasanya memiliki koleksi inti yang merupakan benda terpenting di bidangnya. Kategori muzium-muzium tersebut di antaranya:
Muzium arkeologi
Muzium arkeologi merupakan muzium yang khususkan tujuan mempamerkan artifak hasil usaha arkeologi. Muzium arkeologi banyak yang bersifat muzium terbuka (open air museum).
Muzium seni
Muzium seni atau galeri seni merupakan sebuah ruangan mengkusus kepada pemameran benda seni visual seperti antaranya lukisan, gambar, dan patung. Beberapa contoh lainnya adalah seni tembikar, seni logam dan perabot.
Contoh dari muzium seni ini di Eropah adalah merbach-Cabinet di Basel, yang awalnya merupakan koleksi pribadi yang dijual kepada pemerintah kota Basel pada tahun 1661, dan menjadi muzium untuk umum sejak tahun 1671. Saat ini, muzium ini bernama Kunstmuseum Basel.[7]
Muzium yang mengkhususkan diri sebagai muzium seni, merupakan suatu hal yang baru. Salah satu yang pertama adalah Hermitage Museum di Saint Petersburg yang dibangun pada tahun 1764.
Muzium biografi
Muzium Biografi merupakan muzium yang didedikasikan kepada benda yang terkait dengan kehidupan seseorang atau sekelompok orang, dan terkadang memajang benda-benda yang mereka koleksi. Beberapa muzium terletak di dalam rumah atau tapak yang terkait dengan orang yang bersangkutan pada saat dia hidup.
Nusantara juga mempunyai tempat sedemikian: Malaysia misalnya ada Pustaka Peringatan P. Ramlee di Kuala Lumpur, Indonesia pula ada Rumah Buya Hamka di Tasik Maninjau, Sumatera Barat.
Muzium anak-anak
[[Fail:Buell Childrens Museum by David Shankbone.jpg|thumb|Muzium anak Buell di Pueblo, Colorado merupakan muzium anak peringkat ke-2 di Amerika Syarikat oleh Child Magazine.[8]
Muzium anak merupakan institusi yang menyediakan benda pameran dan program acara untuk menstimulasi pengalaman informal anak-anak. Muzium jenis sebegini biasanya memiliki benda yang dirancang untuk dimainkan oleh anak-anak berbanding dengan muzium tradisional yang memiliki peraturan untuk tidak menyentuh benda pameran. Muzium anak kebanyakan merupakan organisasi nirlaba dan dikelola oleh sukarelawan atau oleh staf profesional dalam jumlah yang kecil.[9] Contoh dari muzium anak ini adalah Muzium Anak Kolong Tangga yang terletak di Yogyakarta. Pada muzium ini terdapat beberapa mainan anak tradisional.
Muzium universal
Muzium universal atau dikenal pula dalam bahasa Inggris sebagai Museu encyclopedic, merupakan muzium yang umum kita jumpai. Biasanya merupakan institusi besar, yang bersifat nasional, dan memberikan informasi kepada pengunjung mengenai berbagai variasi dari tema lokal dan dunia. Muzium ini penting karena meningkatkan rasa keingin-tahuan terhadap dunia.[10]
Contoh muzium universal adalah British Muzium di London, Inggris.
Muzium etnologi
Muzium etnologi merupakan muzium yang mempelajari, mengumpulkan, merawat, dan memamerkan artifak dan objek yang berhubungan dengan etnologi dan antropologi. Muzium seperti ini biasanya dibangun di negara yang memiliki kelompok etnik atau etnik minoriti yang berjumlah banyak.
Muzium rumah bersejarah
Muzium rumah bersejarah, atau yang lebih dikenal dengan rumah bersejarah merupakan yang terbanyak jumlahnya di dunia dari kategori muzium sejarah. Muzium ini biasanya beroprasi dengan dana yang terbatas dan staff yang sedikit. Kebanyakan dikelola secara sukarela dan sering kali tidak memenuhi syarat untuk menjadi muzium profesional.
Muzium sejarah
Muzium sejarah mencakup pengetahuan sejarah dan kaitannya dengan masa kini dan masa depan. Beberapa di antara muzium tersebut memiliki benda koleksi yang sangat beragam, mulai dari dokumen, artefak dalam berbagai bentuk, benda sejarah yang terkait dengan even kesejarahan tersebut.
Ada beberapa macam muzium sejarah, di antaranya, rumah bersejarah yang merupakan bangunan yang memiliki nilai sejarah atau arsitektural yang tinggi. Kedua: laman bersejarah yang menjadi muzium, seperti Pulau Robben. Ketiga adalah muzium ruang terbuka atau disebut juga dengan nama open air museum. Pada muzium ini, para masyarakat yang berada di dalamnya berusaha untuk membuat ulang kehidupan pada suatu waktu dengan sebaik mungkin, termasuk di antaranya bangunan dan bahasa.
Muzium maritim
Muzium maritim merupakan muzium yang mengkhusus sejarah, budaya atau arkeologi kegiatan manusia di lautan. Isinya menceritakan kaitan antara masyarakat dengan kehidupan yang berkaitan dengan air atau maritim. Muzium bertema maritim menjadi media alternatif pendidikan non-formal yang berfungsi untuk membentuk semula kefahaman gaya hodup maritim dan wawasan Nusantara. Selain itu, muzium sebagai alat pendidikan zaman modern akan senantiasa menyesuaikan dengan perkembangan dunia modern itu sendiri[11].
Terdapat beberapa jenis muzium maritim, di antaranya:
- Muzium arkeologi maritim yang menceritakan mengenai kaitan arkeologi dengan kegiatan maritim. Muzium ini biasanya mempamer dan memulihara kapal karam dan artifak yang terkait dengan lingkungannya.
- Muzium sejarah maritim, merupakan muzium yang mengedukasi masyarakat mengenai sejarah maritim di suatu komunitas atau masyarakat. Contoh dari muzium ini adalah Muzium Maritim San Francisco dan Mystic Seaport.
- Muzium tentera laut. Contoh dari muzium ini adalah Museum Nasional Angkatan Laut Amerika Serikat. Contoh lainnya adalah Muzium Laut, Udara dan Luar Angkasa Intrepid.
- Muzium maritim di Indonesia ada 4, yaitu: Muzium Kapal Selam Senopati di Surabaya, Museum Kapal Samudraraksa di Magelang, Jawa Tengah, Muzium Bahari Yogyakarta Diarkibkan 2017-10-06 di Wayback Machine, dan Muzium Bahari Jakarta.
Muzium tentera (atau museum militer) dan perang
Muzium militer merupakan muzium yang mengkhususkan diri terhadap sejarah militer. Benda yang biasa dipamerkan pada muzium ini contohnya adalah senjata, seragam militer, dan bahkan kendaraan perang.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Findlen, Paula (Jun 1989). "The Museum: its classical etymology and renaissance genealogy". Journal of the History of Collections. 1 (1): 59–78. doi:10.1093/jhc/1.1.59. Dicapai pada 5 April 2008. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)CS1 maint: date and year (link) - ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "museum". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ Kwik Khing Djoen (1923). "museum". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 218.
- ^ Mohd. Taib bin Osman (1964). Bahasa renchana pengarang akhbar2 Melayu hingga ka-tahun 1941. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 22.
- ^ Guha-Thakurta, Talati (2004). Monuments, Objects, Histories: Institutions of Art in Colonial and Postcolonial India. Columbia University Press. m/s. 79–80. ISBN 023112998X.
- ^ "Ptolemy I Soter, The First King of Ancient Egypt's Ptolemaic Dynasty". Tour Egypt. Dicapai pada 5 April 2008.
- ^ H.C. Ackermann, The Basle Cabinets of Art and Curiosities in the sixteenth and seventeenth centuries, in: O. Impey & A. MacGregor (edd.), The Origins of Museums: The cabinet of curiosities in sixteenth- and seventeenth-century Europe, 2nd edition, London: House of Stratus 2001, pp. 81-90, quoted in Marta C. Lourenço, A Contribution to the History of University Museums and Collections in Europe, presentation at the UMAC 2002 Conference, Sydney/Canberra, Australia, 29/9-4/10/2002, available at http://publicus.culture.hu-berlin.de/umac/2002/lourenco.html.
- ^ "Go Colorado article". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-21. Dicapai pada 2019-11-04.
- ^ "The Association of Children's Museums website". Childrensmuseums.org. Dicapai pada 2013-08-19.
- ^ "The Art Institute of Chicago".
- ^ Sadzali, Asyhadi Mufsi. 2014. Museum untuk Kebangkitan Maritim Indonesia Kajian Kritis Komunikasi Museum Bertema Maritim di Indonesia. Tesis. Universitas Gadjah Mada
Pautan luar
- Di Brunei
- Di Indonesia
- Di Malaysia
- Laman web rasmi Jabatan Muzium Malaysia
- Laman web rasmi Muzium Terengganu Diarkibkan 2008-11-20 di Wayback Machine
- Laman web Muzium Maya Melaka
- Laman web rasmi Kerajaan Negeri Melaka Diarkibkan 2011-03-15 di Wayback Machine
- Senarai muzium di Kuala Lumpur
- Laman web rasmi Muzium Sarawak Diarkibkan 2018-10-21 di Wayback Machine
- Kajian kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan muzium Sabah Diarkibkan 2010-04-03 di Wayback Machine
- Muzium Kebangsaan Kemboja Diarkibkan 2004-04-17 di Wayback Machine
- Di Singapura