Taman Cheras Utama | |
---|---|
Taman perumahan | |
![]() Masjid di Taman Cheras Utama | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Wilayah Persekutuan |
Zon waktu | Waktu Piawai Malaysia |
Poskod | 56000 |
Taman Cheras Utama merupakan kawasan penempatan yang terletak di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan iaitu sebuah negeri dalam Malaysia.[1] Kawasan penempatan ini bersempadan dengan Bandar Alam Damai, Kuala Lumpur dan juga Bandar Tun Hussein Onn, Selangor Darul Ehsan. Walaupun terletak di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kawasan perumahan ini diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).[2] Kawasan perumahan ini turut didiami kebanyakan anggota polis berikutan pembinaan kuarters polis dan juga kawasan perumahan polis dibina di sini.
Kemudahan asas
Tempat beribadah
Kawasan perumahan ini mempunyai satu Masjid Kawasan (Masjid Kariah) iaitu Masjid Al-Ikhwaniah dan beberapa buah surau perumahan. Masjid Al-Ikhwaniah iaitu masjid kariah kawasan ini digunakan sebagai pusat informasi Islam setempat dan juga pusat aktiviti kemasyarakatan setempat terutamanya bagi perumahan berdekatan masjid manakala surau-surau perumahan pula membantu masjid untuk tujuan yang sama.
Pendidikan
Terdapat sebuah Sekolah Kebangsaan, dan dua buah Kelas Kemahiran Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri merupakan sekolah kebangsaan di kawasan ini. KAFA Integrasi Nurul Ittifaq (terletak di aras bawah Kuarters Polis Taman Cheras Utama) dan KAFA Integrasi As Syakirin (terletak di bahagian belakang pusat membeli-belah Checkers Taman Cheras utama) pula merupakan sekolah agama jenis KAFA yang ada di kawasan ini.