Milenium: | milenium ke-2 |
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: | |
Kategori: |
Dekad 1960-an merupakan tahun-tahun dari 1960 hingga 1969, iaitu antara 2 Rejab 1379 hingga 21 Syawal 1389. Bagaimanapun, ungkapan ini telah mempunyai makna yang lebih luas pada dua puluh tahun yang lalu.
Dekad 60-an merujuk kepada peristiwa kebudayaan dan politik yang berkait secara rapat di antara negara-negara Barat, terutamanya di Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Jerman Barat. Pergolakan sosial bukan sahaja terhad kepada negara-negara tersebut, tetapi juga merangkumi negara-negara seperti Jepun dan Mexico secara besar-besaran. Istilah ini juga digunakan dengan nostalgia oleh mereka yang telah mengambil bahagian dalam peristiwa-peristiwa tersebut tetapi telah digunakan secara pejoratif oleh mereka yang menganggap masa ini sebagai tempoh yang mendatangkan keburukan-keburukan yang masih dapat dikesani pada hari kini. Dekad ini juga digelarkan sebagai yang "enam puluhan yang rancak" ("Swinging Sixties") disebabkan sikap buaya darat yang muncul pada dekad ini.
Kenangan yang popular telah menggabungkan dekad ini dengan beberapa peristiwa yang sebenarnya tidak terjadi pada tempoh ini. Sebagai umpama, walaupun beberapa peristiwa yang paling dramatik berkenaan dengan pergerakan hak awam Amerika Syarikat terjadi pada awal dekad ini, sebenarnya pergerakan ini telah pun berlangsung dengan sungguh-sungguh pada dekad 1950-an. Disebaliknya, kebangkitan feminisme dan hak homoseksual bermula hanya pada akhir-akhir 1960-an dan tidak berkembang sehingga dekad 1970-an. Walau bagaimanapun, "60-an" telah disinonimkan dengan kesemua peristiwa dan arah aliran yang baru, menguja, radikal, subversif dan berbahaya (sewajar dengan pemandangan seseorang) pada tempoh ini.
Peristiwa dan arah aliran
Kebanyakan daripada arah aliran dekad ini disebabkan oleh:
- perubahan demografi yang berhubungan dengan generasi baby boomer;
- kemuncak Perang Sejuk;
- pembubaran empayar jajahan Eropah.
Kebangkitan revolusi sosial, gerakan-gerakan hak-hak awam, hak asasi manusia, anti-perang dan budaya tentangan adalah sebahagian daripada ciri-ciri yang mentakrifkan dekad 1960-an. Banyak pakar menganggap bahawa "revolusi budaya saingan" berpunca daripada faktor-faktor sosial dan politik utama yang termuncul pada dekad 1950-an, seperti pertempuran yang berterusan di negara-negara Dunia Ketiga, dan pemulangan kepada cara hidup pra-Perang Dunia II.
Generasi yang baru berazam menolak cara hidup penurut pra-Perang Dunia II yang membayangkan lelaki dalam pakaian sut dan wanita di dalam bilik dapur. Sedangkan banyak orang yang menganggap bahawa ini cuma merupakan fenomena Barat, revolusi 1960-an ini menyebar luas dari sempadan Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Perkembangan-perkembangan lain pada dekad ini termasuk:
- pemberontakan-pemberontakan yang memuncak di Amerika Selatan, budaya hippie; * penubuhan gerakan-gerakan di Blok Timur yang diilhami oleh Revolusi Hungary yang menolak dominasi Kesatuan Soviet ditubuhkan; dan
- percubaan-percubaan untuk menentang dominasi Soviet dan Amerika Syarikat di Timur Tengah.
Pada keseluruhannya, dekad ini melibatkan seluruh dunia. Adalah pada masa ini bahawa ekonomi perlindungan, ekonomi terancang dan ekonomi campuran memuncak.