国家公安委員会 Kokka Kōan Iinkai | |
Bangunan ke-2 Pejabat Pemerintah Pusat | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1947 |
Bidang kuasa | Jepun |
Ibu pejabat | 2-1-2 Kasumigaseki, Chiyoda-ku, Tokyo, Jepun |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Pejabat Kabinet |
Laman sesawang | www |
Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan (国家公安委員会, Kokka Kōan Iinkai) adalah suruhanjaya Pejabat Kabinet Jepun. Ia beribu pejabat di Bangunan ke-2 Pejabat Pemerintah Pusat di 2-1-2 Kasumigaseki di Kasumigaseki, Chiyoda, Tokyo.[1][2]
Suruhanjaya ini terdiri daripada ketua yang memegang jawatan Menteri Negara dan lima anggota lain yang dilantik oleh Perdana Menteri, dengan persetujuan kedua-dua dewan Diet. Suruhanjaya ini beroperasi secara bebas dari kabinet, tetapi berselaras dengannya melalui Menteri Negara.
Fungsi suruhanjaya adalah untuk menjamin keberkecualian sistem polis dengan melindungi kekuatannya dari tekanan politik dan memastikan pemeliharaan kaedah demokratik dalam pentadbiran polis. Ia mentadbir Agensi Polis Negara, dan mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat pegawai kanan polis. Suruhanjayaini juga mempunyai hubungan dengan agensi lain di luar Jepun dalam menyalaras tugas anti-jenayah rentas sempadan.[3]
Senarai anggota terkini
- Hachiro Okonogi (Pengerusi; dari Parti Demokratik Liberal)
- Takashi Oda (Wartawan, Pengarah di Yomiuri Shimbun Holdings)
- Keiko Sakurai (Pakar undang-undang, Profesor di Universiti Gakuin)
- Yusuke Yokohata (Birokrat, Pendakwaraya)
- Keiji Kimura (Bekas Pengerusi Mitsubishi Estate; ahli Persatuan Sumo Jepun terkini)
- Yūko Andō (Peguam)
Senarai bekas pengerusi
Rujukan
Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.
- ^ "Index.pdf." (Archive) Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan. (dalam bahasa Jepun) Dicapai pada 6 April 2009. "〒100-8974 東京都千代田区霞が関2-1-2"
- ^ "Ministry Access by Public Transportation." (Archive) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi. (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 6 April 2009. "Address: 2nd Bldg. of the Central Common Government Office, 2-1-2, Kasumigaseski [sic], Chiyoda-ku, Tokyo 100-8926, Japan" - alamat Jepun: "〒100-8918 東京都千代田区霞が関2-1-2"
- ^ "PERKONGSIAN MAKLUMAT UNTUK PERANGI JENAYAH TRANSNASIONAL – JEPUN". ESSCOM TIMES. 30 September 2015. Dicapai pada 11 Disember 2020.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan |
- Laman sesawang rasmi (dalam bahasa Jepun)