Menteri Pertahanan Jepun | |
---|---|
防衛大臣 | |
Kementerian Pertahanan | |
Gelaran | Yang Berhormat |
Anggota bagi | Kabinet Jepun |
Lapor kepada | Perdana Menteri |
Bidang kuasa | Jepun |
Institusi | Kementerian Pertahanan |
Dilantik oleh | Perdana Menteri disahkan oleh Maharaja |
Tempoh jawatan | Tiada tempoh tetap |
Penjawat sulung | Fumio Kyuma |
Dibentuk | 9 Januari 2007 |
Timbalan/naib | Menteri Negara Pertahanan Timbalan Menteri Pertahanan Parlimen Timbalan Menteri Pertahanan Pentadbiran |
Tapak web | www.mod.go.jp |
sunting · sunting di Wikidata |
Menteri Pertahanan (防衛大臣 , Bōei Daijin), atau Bōei-shō (防衛相 ), adalah anggota Kabinet Jepun yang mengetuai Kementerian Pertahanan. Menteri Pertahanan sekarang ialah Yasukazu Hamada.
Sejarah
Pada 26 Disember 2007, Kerajaan Jalepun mengambil keputusan untuk menaik taraf Agensi Pertahanannya ke Kementerian Pertahanan dengan harapan dapat memberi kesan yang meluas terhadap pembangunan tentera masa hadapan Jepun. Dasar pertahanan yang telah diikuti oleh Jepun adalah berdasarkan "Dasar Asas bagi Pertahanan Nasional", yang diguna pakai oleh Kabinet pada bulan Mei 1957. Tujuan utama pertahanan nasional Jepun ialah pencegahan tidak langsung serta pencerobohan langsung dari musuh-musuh luar.
Kerajaan Jepun menaik taraf Agensi Pertahanan ke Kementerian Pertahanan dengan satu upacara yang dihadiri oleh Perdana Menteri Shinzō Abe dan Menteri Pertahanan baru ketika itu Fumio Kyuma. Penubuhan Kementerian Pertahanan bersempena usaha berterusan Perdana Menteri Shinzō Abe untuk memastikan imej yang lebih kuat daripada Angkatan Pertahanan Diri Jepun (JSDF). Rang undang-undang untuk menaik taraf Agensi Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan (dewan rakyat) pada November 2007, dan Dewan Kaunselor (dewan pertuanan) pada pertengahan Disember 2007. Memandangkan Agensi Pertahanan diubah menjadi Kementerian Pertahanan, JSDF telah diberi tanggungjawab operasi antarabangsa, bantuan bencana dan pasukan pengaman di lokasi luar negara.
Rantaian arahan
- 1. Perdana Menteri
- 2. Menteri Pertahanan
- 3. Ketua Turus, Staf Bersama
Struktur
Pemerintah Tertinggi Angkatan Pertahanan Diri Jepun (JSDF), yang bukan secara rasminya pegawai tentera, adalah Perdana Menteri. Maharaja Jepun ialah raja berperlembagaan yang tidak mempunyai kuasa politik atau tentera ke atas JSDF; kuasa itu terletak pada Perdana Menteri. Bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa Maharaja secara rasmi melantik Perdana Menteri. Menteri Pertahanan bertanggungjawab bagi penyusunan dan merumuskan dasar keselamatan negara. Permintaan belanjawan di draf oleh Kementerian Kewangan dan membuat sendiri usul perundangan ke Diet Jepun.
Menteri Pertahanan diberi nasihat mengenai setiap perkara yang berkaitan dengan tugas-tugas Angkatan Pertahanan Diri Jepun oleh Ketua Turus, Staf Bersama.
Pendudukan Bersekutu ke atas Jepun
Selepas berakhirnya Perang Dunia II, Angkatan Tentera Empayar Jepun telah dibubarkan dan tentera AS mengambil alih. Dari tahun 1950 hingga 1952, Polis Simpanan Negara yang dipimpin oleh Menteri Negara Takeo Ōhashi telah dibentuk. Ia dinamakan semula sebagai Pasukan Keselamatan Negara pada tahun 1952. Pasukan Keselamatan Pantai, iaitu rakan sepasukan Polis Simpanan Negara, telah ditubuhkan pada tahun 1952 dan dipimpin oleh Pesuruhjaya Pasukan Keselamatan Pantai (保安庁長官 ) Tokutarō Kimura.
Lihat juga
Jawatan-jawatan sebelumnya yang menyandang peranan Menteri Pertahanan:
- Menteri Tentera Darat Jepun - ditubuhkan pada 1885 (Kementerian telah wujud sejak 1872) untuk mentadbir Tentera Darat Imperial Jepun dan dibubarkan pada tahun 1945
- Menteri Tentera Laut Jepun - ditubuhkan pada 1885 (Kementerian wujud sejak 1872) untuk mentadbir Tentera Laut Imperial Jepun dan dibubarkan pada tahun 1945
- Tidak ada Kementerian atau Menteri Tentera Udara kerana tentera laut dan tentera darat mempunyai biro sendiri yang berasingan:
- Biro Penerbangan Tentera Laut Imperial Jepun telah dipimpin oleh seorang Panglima
- Laksamana Madya Eikichi Katagiri berkhidmat dari 1941-1945
- Pasukan Udara Tentera Darat Imperial Jepun
- Biro Penerbangan Tentera Laut Imperial Jepun telah dipimpin oleh seorang Panglima
- Menteri Perang - ditubuhkan pada tahun 683 sebagai Hyōseikan untuk mentadbir hal ehwal ketenteraan, dinamakan semula sebagai Hyōbu-shō pada 702 dan berakhir pada 1872; Jawatan menteri di isi oleh anak atau saudara pada Maharaja
Rujukan
- "Library of Congress Country Studies", JAPAN, The Defense Agency. [1]. Retrieved 18 July 2010.
Zhongguo, T. (27 December 2006) LexusNexis Academic, Japan’s upgrade of Defense Agency paves way to military power – HK-based agency. Retrieved 16 July 2010. “Library of Congress Country Studies”. JAPAN, The Defense Industry. [2]. Retrieved 18 July 2010. Chinadaily.com.cn (10 January 2007) LexusNexus Academic, Defense Agency upgraded to Ministry. Retrieved 16 July 2010.