| Sungai Sisut | |
|---|---|
Anak sungai kepada Batang Oya | |
| Lokasi | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri/wilayah | Sarawak |
| Bahagian | Mukah |
| Daerah | Dalat |
| Ciri-ciri fizikal | |
| Sumber | |
| • lokasi | kira-kira 0.7 km (0.4 bt) ke timur dari Kampung Baru Cina |
| • koordinat | 2°44′03″N 111°56′10″E / 2.734135°N 111.936193°E |
| • ketinggian | kira-kira 0–10 m (0–33 ka) |
| Muara | Batang Oya |
• lokasi | kira-kira 0.5 km (0.3 bt) ke timur laut dari Kampung Baru Cina |
• koordinat | 2°44′16″N 111°55′54″E / 2.7377°N 111.9317°E |
• ketinggian | kira-kira 0–10 m (0–33 ka) |
| Panjang | 0.5 km (0.31 bt)[1][2] |
| Aliran | |
| • lokasi | Batang Oya |
| Ciri-ciri lembangan | |
| Pergerakan | Batang Oya → Laut China Selatan |
| Sistem sungai | Oya[2][3] |
| Peta topografi | JUPEM Kampung Masjid (DNMM5201) |
Sungai Sisut merupakan sebatang sungai yang mengalir di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Sisut merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Dalat, iaitu daerah yang membentuk Bahagian Mukah.[4] Sungai Sisut memainkan peranannya sebagai anak sungai kepada Batang Oya (Sungai Oya), dalam lembangan Batang Oya.[2][3] Kedudukan fizikal sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Latar belakang
Nama tempat Sungai Sisut mula diserlahkan dalam peta topografi East Malaysia siri T735 dengan label ringkas iaitu "S. Sisut". Peta yang berskala satu kepada lima puluh ribu ini diterbitkan oleh Direktorat Survei Antarabangsa (Directorate of Overseas Surveys) bagi pihak Direktorat Pemetaan Negara Malaysia yang kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dalam peta terbabit, pengaliran sungai ditafsirkan sebagai rentangan aliran air sejauh 0.7 km (0.43 bt) mengalir dari tenggara ke barat laut dan bergabung dengan Batang Oya sebagai muara sungai tersebut.[3]
Hidrografi
Fizikal
Punca aliran air Sungai Sisut berada di sekitar kawasan hutan primer yang mempunyai paya air tawar. Sumber sungai terletak kira-kira 0.7 km (0.4 bt) ke arah timur dari Kampung Baru Cina, pada anggaran 0 hingga 10 meter dari aras permukaan laut. Pada peringkat hulu, aliran air Sungai Sisut bergerak memanjang ke arah barat daya dan tiada satu pun anak sungai yang bergabung dengannya di sepanjang aliran air ke muara. Sungai ini akan merentasi dua batang jalan raya yang memanjang timur–barat masing-masing menuju ke Dalat dan petempatan penduduk Kampung Baru Cina, sebelum bergabung dengan Batang Oya sebagai muara sungai terbabit. Muara sungai terletak kira-kira 0.5 km (0.3 bt) ke arah timur laut dari Kampung Baru Cina atau Kampung Baru, pada anggaran 0 hingga 10 meter dari aras permukaan laut. Aliran air dari Sungai Sisut bergabung dengan Batang Oya, dan seterusnya mengalir menuju ke Laut China Selatan.[1][2]
Lembangan
Sungai Sisut membentang sepanjang 0.7 km (0.43 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilirnya. Selain itu, sungai ini merupakan sebahagian daripada kawasan lembangan Batang Oya yang terletak di dalam Bahagian Mukah. Di dalam lembangan Batang Oya itu sendiri, kedudukan Sungai Sisut adalah dua anak sungai lain iaitu sebelum Sungai Anak di hilir berhampiran pekan Dalat di Pejabat Pos Malaysia Dalat dan selepas Sungai Berujug di hulu berhampiran persimpangan jalan raya ke Kampung Dalat Seberang, Kampung Dalat Hilir. dan Kampung Tanam Seberang.[1][2]
Dalam peta topografi siri DNMM5201 oleh JUPEM, aliran air sungai melewati kawasan hutan primer dan kawasan penanaman pokok tidak baka yang pelbagai apabila ditelusuri ke peringkat hilir. Kebanyakkan aliran air melewati kawasan paya air tawar. Seterusnya, terdapat beberapa rumah yang dimiliki oleh penduduk kampung dibina di sepanjang lembah berdekatan dengan peringkat hilir sungai, sekurang-kurang sepuluh buah rumah didiami. Petempatan yang terletak pada lembah Sungai Sisut hanya merangkumi Kampung Baru Cina sahaja. Kampung Baru dan Kampung Brunei yang bertentangan dengan muara sungai dan pekan Dalat berada di sebelah timur laut merupakan petempatan yang berhampiran dengannya. Selain itu, di peringkat hilir Sungai Sisut lembah sungai dijadikan sebagai kawasan penanaman pelbagai buah-buahan.[2][5]
Tetapi dalam peta East Malaysia siri T735, aliran Sungai Sisut dicirikan sebagai aliran yang melalui kawasan hutan yang berpaya air tawar. Di samping itu, lembah sungai dijadikan kawasan penanaman kelapa sawit dan dusun buah-buahan yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Petempatan yang terletak pada lembah sungai merangkumi Kampung Kina di sebalah barat daya dan Kampung Kina Aju di sebalah timur laut. Kampung Baharu dan Kampung Berunai pula terletak berhampiran dengannya, iaitu bertentangan dengan muara sungai.[1][3]
Lihat juga
- Sungai Anak, anak sungai Batang Oya berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Berujug, anak sungai Batang Oya berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
- ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 12 Disember 2025.
- ^ a b c d e f Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembaran Kampung Masjid (170). Pengarah Pemetaan Negara Malaysia menerusi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2002. Diperolehi pada 12 Diseber 2025.
- ^ a b c d Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Direktorat Survei Antarabangsa (Directorate of Overseas Surveys) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. 1960. Diperolehi pada 12 Disember 2025.
- ^ "Sungai Sisut, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.








