| Sungai Berujug | |
|---|---|
Anak sungai kepada Batang Oya | |
| Lokasi | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri/wilayah | Sarawak |
| Bahagian | Mukah |
| Daerah | Dalat |
| Ciri-ciri fizikal | |
| Sumber | |
| • lokasi | kira-kira 1.0 km (0.6 bt) ke barat laut dari Kampung Baru |
| • koordinat | 2°44′27″N 111°55′12″E / 2.740756°N 111.919924°E |
| • ketinggian | kira-kira 0–10 m (0–33 ka) |
| Muara | Batang Oya |
• lokasi | kira-kira 0.5 km (0.3 bt) ke barat daya dari Kampung Baru Cina |
• koordinat | 2°43′59″N 111°55′43″E / 2.73309°N 111.92859°E |
• ketinggian | kira-kira 0–10 m (0–33 ka) |
| Panjang | 1.2 km (0.75 bt)[1][2] |
| Aliran | |
| • lokasi | Batang Oya |
| Ciri-ciri lembangan | |
| Pergerakan | Batang Oya → Laut China Selatan |
| Sistem sungai | Oya[2][3] |
| Peta topografi | JUPEM Kampung Masjid (DNMM5201) |
Sungai Berujug merupakan sebatang sungai yang mengalir di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Berujug merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Dalat, iaitu daerah yang membentuk Bahagian Mukah.[4] Sungai Berujug memainkan peranannya sebagai anak sungai kepada Batang Oya (Sungai Oya), dalam lembangan Batang Oya.[2][3] Kedudukan fizikal sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Latar belakang
Nama tempat Sungai Berujug mula diserlahkan dalam peta topografi East Malaysia siri T735 dengan label ringkas iaitu "S. Berujug". Peta yang berskala satu kepada lima puluh ribu ini diterbitkan oleh Direktorat Survei Antarabangsa (Directorate of Overseas Surveys) bagi pihak Direktorat Pemetaan Negara Malaysia yang kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dalam peta terbabit, pengaliran sungai ditafsirkan sebagai rentangan aliran air sejauh 1.2 km (0.75 bt) mengalir dari utara ke timur dan bergabung dengan Batang Oya sebagai muara sungai tersebut.[3]
Hidrografi
Fizikal
Punca aliran air Sungai Berujug berada di sekitar kawasan penanaman pokok tidak baka yang berbagai-bagai. Sumber sungai terletak kira-kira 1.0 km (0.6 bt) ke arah barat laut dari Kampung Baru, pada anggaran 0 hingga 10 meter dari aras permukaan laut. Pada peringkat hulu, aliran air Sungai Berujug bergerak secara lengkungan ke arah tenggara dan timur. Terdapat satu anak sungai yang tidak bernama yang bergabung dengannya apabila aliran air menghampiri muara. Sungai ini akan merentasi sebatang jalan raya yang memanjang utara–selatan menuju ke petempatan penduduk Kampung Dalat Seberang dan Kampung Tanam Seberang, sebelum bergabung dengan Batang Oya sebagai muara sungai terbabit. Muara sungai terletak kira-kira 0.5 km (0.3 bt) ke arah barat daya dari Kampung Baru Cina, pada anggaran 0 hingga 10 meter dari aras permukaan laut. Aliran air dari Sungai Berujug bergabung dengan Batang Oya, dan seterusnya mengalir menuju ke Laut China Selatan.[1][2]
Lembangan
Sungai Berujug membentang sepanjang 1.2 km (0.75 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilirnya. Selain itu, sungai ini merupakan sebahagian daripada kawasan lembangan Batang Oya yang terletak di dalam Bahagian Mukah. Di dalam lembangan Batang Oya itu sendiri, kedudukan Sungai Berujug adalah dua anak sungai lain iaitu sebelum Sungai Sisut di hilir berhampiran Kampung Baru Cina dan selepas Sungai Jengin di hulu berhampiran likuan sungai Tanjung Satoi dan Tanjung Budi.[1][2]
Dalam peta topografi siri DNMM5201 oleh JUPEM, aliran air sungai melewati kawasan hutan primer dan kawasan penanaman pokok tidak baka yang pelbagai apabila ditelusuri ke peringkat hilir. Kebanyakkan aliran air melewati kawasan paya air tawar. Seterusnya, tiada rumah yang dimiliki oleh penduduk kampung dibina di sepanjang lembah. Maka, tiada petempatan yang dibina di sepanjang lembah. Kampung Baru Cina yang bertentangan dengan muara sungai dan Kampung Baru serta Kampung Brunei berada di sebelah timur laut merupakan petempatan yang berhampiran dengannya. Selain itu, terdapat pokok rumbia (Metroxylon sp.) yang ditanam di sekitar lembah sungai dekat bahagian hilir.[2][5]
Tetapi dalam peta East Malaysia siri T735, aliran Sungai Berujug dicirikan sebagai aliran yang melalui kawasan hutan yang berpaya air tawar. Di samping itu, lembah sungai dijadikan kawasan penanaman kelapa sawit yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Tiada petempatan yang terletak pada lembah sungai. Kampung Baharu dan Kampung Berunai pula terletak berhampiran dengannya iaitu berada pada sebalah timur laut sungai, manakala Kampung Kina Aju terletak bertentangan dengan muara sungai.[1][3]
Lihat juga
- Sungai Sisut, anak sungai Batang Oya berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Jengin, anak sungai Batang Oya berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
- ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 12 Disember 2025.
- ^ a b c d e f Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembaran Kampung Masjid (170). Pengarah Pemetaan Negara Malaysia menerusi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2002. Diperolehi pada 12 Diseber 2025.
- ^ a b c d Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Direktorat Survei Antarabangsa (Directorate of Overseas Surveys) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. 1960. Diperolehi pada 12 Disember 2025.
- ^ "Sungai Berujug, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.








