| Sumak | |
|---|---|
| Buah-buah sumak masak pada musim gugur | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Subkeluarga: | |
| Genus: | Rhus | 
| Spesies jenis | |
| Rhus coriaria | |
| Spesies | |
| Kira-kira 35 spesies | |
| Sinonim[3] | |
Sumak ialah salah satu daripada kira-kira 35 spesies tumbuhan berbunga dalam genus Rhus[4] dalam keluarga Anacardiaceae.[3] Sumak tumbuh di kawasan-kawasan subtropika dan beriklim sederhana di seluruh dunia, terutamanya di Afrika dan Amerika Utara.[5][6] Biji kering daripada beberapa spesies dikisar untuk menghasilkan rempah lembayung masam.[7][8]
Nama sumak dipinjamkan daripada perkataan سُمَّاق summāq dalam bahasa Arab.[4]
Botani
Sumak adalah pokok renek yang boleh mencapai ketinggian 1–10 m (3.3–32.8 ka). Daun-daunnya disusun berpilin; biasanya menyirip, ada sesetengah spesies yang berdaun tiga anak atau ringkas. Bunganya padat bertangkai atau berpancang dengan ukuran 5–30 cm (2.0–11.8 in) panjang, setiap bunganya sangat kecil, kehijauan, putih krim atau merah, dengan lima kelopak.[perlu rujukan]
Buahnya membentuk kelompok ladung padat buah berbiji merah. Sumak disebarkan oleh benih yang dimakan burung dan haiwan lain dan dilepaskan melalui najis), dan tunas-tunas baru yang tumbuh dari rimpangnya membentuk koloni klon yang besar.[perlu rujukan]
Kegunaan

Spesies termasuk R. aromatica, R. microphylla, R. trilobata yang ditanam sebagai hiasan, sama ada sebagai jenis liar atau sebagai kultivar.
Air rendaman sumak digunakan sebagai bahan menyamak kulit haiwan, dan bahan pewarna rambut.[9]
Rujukan
- ^ "Rhus L." Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 23 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2012. Dicapai pada 9 Februari 2010.
- ^ "Rhus L." TROPICOS. Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 2010-02-09.
- ^ a b "Rhus L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2025. Dicapai pada 27 Oktober 2025.
- ^ a b Ghaleb 1988, m/s. 811.
- ^ 12. Rhus Linnaeus, Flora of China
- ^ Rhus L., USDA PLANTS
- ^ Sumac juga digunakan sebagai pengganti teh dengan mereneh daunnya yang telah dikeringkan.Sumac - Ingredients - Taste.com.au
- ^ Poison Sumach and Good Sumac Shrubs
- ^ Abū ʿAlī al-Ḥusain bin ʿAbdallāh bin Sīnā. Farooqi, Maulana A. H.; Vohora, S. B. (penyunting). Al-Qānūn Fīl-Ṭibb (ed. bahasa Inggeris 1998). New Delhi, India: Jamia Hamdard. m/s. 270–271.
Sumber-sumber
- RO Moffett. A Revision of Southern African Rhus species FSA (Flora of South Africa) vol 19 (3) Fascicle 1.
- Ghaleb, Edouar (1988). الموسوعة في علوم الطبيعة (dalam bahasa -bahasa Arab, Latin, dan Perancis). 2. Beirut, Lubnan: Darul Masyriq. ISBN 2-7214-2148-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Schmidt, Ernst; Lötter, Mervyn author3 = McCleland, Warren (2002). Trees and Shrubs of Mpumalanga and Kruger National Park. Jacana Media. ISBN 978-1-919777-30-6. Missing pipe in: |author2=(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Pautan luar
|  | Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Rhus | 
|  | Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Rhus | 









