Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin هاشم جليل العالم أقام الدين | |
---|---|
Pemerintahan | 30 Mei 1885 – 10 Mei 1906 |
Pendahulu | 'Abdul Momin |
Pengganti | Muhammad Jamalul 'Alam II |
Pasangan | Raja Isteri Pengiran Anak Siti Fatimah Pengiran Isteri Fatimah Pengiran Chendera Kesuma Pengiran Anak Fatimah Pengiran Babu Anak Damit Ampuan Sara Ampuan Siti Khatijah Kawang Jauyah Kawang Tiawa Kawang Hitam Kedayang Puspa Kedayang Rokiah |
Anakanda | |
Pengiran Muda Besar Omar Ali Saifuddin Pengiran Muda Tengah Pengiran Muda Bongsu Muhammad Jamalul Alam Pengiran Anak Siti Zubaidah Pengiran Anak Mohammad Salleh Pengiran Anak Abdul Razak Pengiran Anak Siti Rauyah Pengiran Anak Siti Mariam Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Haji Kamis Pengiran Anak Safar Pengiran Anak Sabtu Pengiran Anak Metusin Kula Pengiran Anak Saliha Pengiran Anak Muhammad Arshad Duman Pengiran Anak Ismail Apong Pengiran Anak Untong Pengiran Anak Jaga Pengiran Anak Rabaha Pengiran Anak Tuah Pengiran Anak Mahmud | |
Nama penuh | |
Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin ibni Omar Ali Saifuddin II | |
Ayahanda | Omar Ali Saifuddien II |
Bonda | Tuan Zaidah |
Keputeraan | 1825 Istana Kampong Ayer, Sultan Lama, Bandar Brunei, Brunei |
Kemangkatan | 10 Mei 1906 Istana Kampong Ayer, Sultan Lama, Bandar Brunei, Brunei |
Dimakamkan | Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei |
Agama | Islam |
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin ibni Sultan Omar Ali Saifuddien II (1825 - 10 Mei 1906) ialah Sultan Brunei ke-25 yang memerintah dari tahun 1885 hingga 1906. Sebelum naik takhta, baginda dikenali dengan nama Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Pengiran Anak Hashim.
Pada tahun 1887, baginda menulis surat permohonan kepada British untuk mengadakan seorang Residen British di Limbang, tetapi permohonan itu ditolak kerana memakan perbelanjaan yang tinggi. Pada 17 September 1888, Sultan Hashim membuat satu perjanjian dengan pihak British yang dipanggil Perjanjian Perlindungan 1888 untuk meletakkan hal ehwal luar negeri Brunei di bawah pentadbiran British.
Pada tahun 1903, Sultan Hashim mengutus surat kepada Sultan Turki Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid, kerana Limbang (wilayah Brunei ketika itu) telah dirampas oleh Charles Brooke pada tahun 1890. Namun pihak British telah mendapati surat tersebut dan dirampas sebelum sempat dihantar ke pihak Uthmaniyah.
Oleh kerana pihak British khuatir baginda akan mencari kuasa asing lain untuk menlindungi Brunei, pada tahun 1904, Britain menghantar pegawainya yang bernama Malcolm McArthur ke Brunei untuk membuat laporan tentang hal ehwal dan suasana di Brunei ketika itu. Laporan itu dipanggil sebagai Laporan McArthur. Beliau memberikan beberapa cadangan di dalam laporan itu, antaranya:
- Brunei boleh diserapkan ke dalam Kerajaan Sarawak oleh kerana kekurangan kewangan oleh pihak Brunei untuk meneruskan kerajaan di sana.
- Brunei boleh berada di bawah naungan British dan ditadbir oleh mereka.
Secara sendirinya, McArthur memilih cadangan kedua oleh kerana Brunei, menurut beliau, sama seperti Kerajaan Britain yang mengamalkan sistem beraja sejak sekian lama. Dan menurut beliau, ia tidak adil untuk Brunei hilang ditelan oleh pihak lain iaitu Sarawak.
Pada 3 Disember 1905, baginda memeterai Perjanjian Tambahan Perlindungan British ke atas Brunei dan menerima Sistem Residen di Brunei. Baginda mangkat pada 10 Mei 1906, dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei. Baginda diganti oleh Pengiran Muda Bongsu Muhammad Jamalul Alam.
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1885 – 1906 |
Penyandang Kemudian |
Abdul Momin | Muhammad Jamalul Alam II |