Sultan Ali | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Paduka Seri Sultan Negeri Brunei Darussalam ke-4 | |||||||||
Sultan Brunei ke-4 | |||||||||
Pemerintahan | 1425 - 1432 | ||||||||
Didahului oleh | Sultan Ahmad (Brunei) | ||||||||
Diikuti oleh | Sultan Sulaiman (Brunei) Sultan Abdul Kahar | ||||||||
Keputeraan | Ali Berakat ibni Ajlan Muqaddam ibni Ali Bilfahit 1388 Semenanjung Arab | ||||||||
Kemangkatan | 1432 | ||||||||
Pemakaman | 1432 | ||||||||
| |||||||||
Ayahanda | Sultan Sulaiman Ibni Sultan Sharif Ali | ||||||||
Agama | Islam Sunni |

Sultan Sharif Ali ibni Almarhum Sharif Ajlan bin Sharīf Rumaitsah bin Sharīf Muḥammad Abu Numai Al-Awwal Al-Akbar Al-Hasani (Jawi: سلطان شريف علي ابن المرحوم شريف عجلن; terkenal dengan nama Sultan Barakat) ialah Sultan Brunei keempat yang memerintah dari tahun 1425 sehingga 1432.
Baginda mewariskan Pedang Si Bongkok dan Panji-Panji Brunei. Baginda seorang yang warak dan pernah diceritakan baginda yang membina sebuah masjid pertama di Brunei, dan baginda sendiri pernah membaca khutbah sembahyang Jumaat. Jasa baginda juga ketara yang mana baginda merupakan sultan yang memulakan pembinaan Kota Batu serta menitikberatkan hukum Islam di Brunei. Dengan kegemilangan dan berkembang giat ajaran syiar Islam, maka baginda menambah nama Brunei dengan perkataan Darussalam, yang membawa maksud Negeri Yang Aman Sentosa. Baginda dikatakan berasal dari Taif dan berketurunan daripada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam.
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1425-1432 |
Penyandang Kemudian |
Ahmad | Sulaiman |