Sultan Shah Alam Borkiah | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Paduka Seri Al-Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Brunei Ke 04 | |||||||||||||
Fail:- | |||||||||||||
Sultan Brunei ke 04 | |||||||||||||
Pemerintahan | 1485 - 1524 | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Pemasyhuran | - | ||||||||||||
Didahului oleh | Sultan Sulaiman dari Brunei | ||||||||||||
Diikuti oleh | Sultan Abdul Kahar | ||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||
Keputeraan | - - - | ||||||||||||
Kemangkatan | - - | ||||||||||||
Pemakaman | - - | ||||||||||||
Pasangan | - | ||||||||||||
Isteri |
| ||||||||||||
Anakanda | 09 orang iaitu ;
| ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | - | ||||||||||||
Kerabat | - | ||||||||||||
Wangsa | - | ||||||||||||
Ayahanda | Almarhum Sultan Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Sharif Ali | ||||||||||||
Bonda | - | ||||||||||||
Agama | Islam Sunni | ||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||
Tandatangan | Tandatangan Sultan Shah Alam Borkiah |
Sultan Borkiah Shah Alam ibni Almarhum Sultan Sulaiman ibni Sultan Sharif Ali II ibni Sharif 'Muiqqaddeom Ajlan al Akbar al-Hasan atau Bolkiah sahaja (Jawi: سلطان بلقية ) ialah Sultan Brunei ke-5, memerintah dari 1485 hingga 1524.
.
Pemerintahan baginda dikenali sebagai Era Kegemilangan dan Keemasan bagi Brunei kerana jajahannya ketika itu meliputi ke seluruh Kepulauan Borneo dan Kepulauan Filipina.
Baginda juga terus berusaha menyebarkan Islam hingga ke Kepulauan Filipina.
Pada tahun 1521, satu rombongan yang diketuai oleh Ferdinand Magellan melawat Brunei, dan antara yang mengikuti rombongan itu ialah Antonio Pigafetta.
Beliau turut menulis pengalaman beliau sepanjang berada di Brunei yang terkenal dengan kekayaannya yang berlimpah-ruah dan empayarnya yang luas.
Baginda suka membawa gendang kebesaran Diraja semasa keberangkatan keluar negeri, terkenal dengan nama Nakhoda Ragam juga terkenal dengan nama Adipati Suluk.
Baginda telah mendirikan rumah tangga bersama seorang puteri dari Pulau Segantang Bini bernama Puteri Lela Menchanai (Jawi: ڤوتري ليلا منچناي ).
Baginda telah mangkat pada tahun 1524 sewaktu dalam perjalanan pulang ke Brunei. Diceritakan apabila baginda mangkat, isteri baginda, Lela Menchanai, telah dukacita dan mengambil nyawanya sendiri untuk bersama-sama dengan suaminya. Kisah Lela Menchanai dan Sultan Bolkiah dikisahkan melalui sebuah lagu yang bertajuk Puteri Lela Menchanai, hasil karya Syukri Zain, penerima Anugerah Sastera MASTERA 2011.
Baginda dan isteri baginda dimakamkan bersebelahan dan makam baginda berdua dikenali sebagai Makam Selarong Bernisan Tiga, kerana makam itu mempunyai tiga buah batu nisan; dua untuk Sultan Bolkiah, dan satu lagi untuk isteri baginda, Lela Menchanai.
Baginda diganti oleh Sultan Abdul Kahar.
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1485 – 1524 |
Penyandang Kemudian |
Sulaiman | Abdul Kahar |