Tan Sri Suffian Koroh (1930-2018) ialah ahli politik Malaysia di Sabah. Beliau merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah di bawah kerajaan BERJAYA pimpinan Harris Salleh.
Tan Sri Suffian Koroh PSM, SPDK, PGDK | |
---|---|
Timbalan Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan 1981–1985 | |
Menteri | Harris Salleh |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Sook | |
Dalam jawatan 1967–1985 | |
Digantikan oleh | ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1930 Keningau, North Borneo |
Meninggal dunia | 29 Oktober 2018 (88 tahun)[1] Hospital KPJ, Kota Kinabalu |
Tempat semadi | Kampung Tuarid Taud, Keningau, Sabah |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pertalian | Gunsanad Kina, G.S. Sundang, Datuk Koroh, Tun Ahmad Koroh |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Pendidikan
Tan Sri Suffian Koroh merupakan di antara 15 pelajar yang dipilih khas untuk mengikuti kursus Junior/Senior Cambridge di bawah pemeritahan kerajaan colonial British di Jesselton, North Borneo. Beliau kemudiannya dihantar ke University of Western Australia pada awal 1960an, di bawah Colombo Plan Scholarship.
Pada 1958, beberapa tahun sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada September 1963, pentadbiran kolonial British telah menubuhkan sebuah Native Tutorial Centre di Jesselton (Kota Kinabalu). Ketua Setiausaha Kerajaan R. N. Turner merupakan seorang yang bertindak untuk penubuhan pusat tersebut.[2]
Matlamatnya adalah untuk melatih "pentadbir anak negeri" menjadi penjawat awam kanan dalam pentadbiran kolonial dan berkhidmat sebagai pegawai tadbir/pegawai daerah dan pembesar. R. N. Turner memberitahu bahawa pusat itu juga bertujuan untuk melihat kualiti kepimpinan asli untuk masa depan.
Pusat berkenaan diketuai oleh seorang guru dari Australia, Mr. Machin, yang juga merupakan bekas pengetua di sekolah menengah All Saints, Jesselton. Dia dan keluarganya telah kembali ke Australia tetapi dipanggil balik ke North Borneo (Sabah). Dia juga dikenali sebagai seorang lelaki yang budiman sepanjang masa, dan tergolong dalam "old order" - seorang konservatif, yang meletakkan perkataan "honour" sebagai yang paling penting kepada mana-mana lelaki.
Penglibatan Awal Dalam Politik
Pada awal kerjayanya, beliau merupakan seorang kerani di Pejabat Daerah (Keningau, Beaufort dan Sipitang), dan kemudian seorang Pegawai Daerah Pensiangan (1965 - 66). Beliau memilih untuk meletak jawatan pada tahun 1967 untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sabah di Pensiangan (Sook).
Beliau bermula melibatkan diri dalam bidang politik dengan menyertai parti UPKO, yang dipimpin oleh Tun Mohd Fuad Stephens. Selepas UPKO dibubar pada Disember 1967, beliau menyertai parti USNO yang dipimpin oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun. Beliau memenangi kerusi di kawasan sama di bawah tiket parti USNO dalam pilihanraya negeri Sabah 1971.
Beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik (1967 - 1972) kepada Datuk Yassin Hashim, Menteri Koordinasi. Kemudiannya, beliau dilantik sebagai Pembantu Menteri (1972 - 1975) didalam Kementerian Komunikasi dan Kerjaraya.
Parti BERJAYA
Pada 1975, beliau membuat keputusan meninggalkan USNO lalu bersama dengan rakan lain menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) yang diketuai oleh Tun Fuad Stephens dan Tan Sri Harris Salleh. Beliau berjaya mempertahankan kerusi Sook pada pilihan raya negeri Sabah 1976.
Dalam kabinet pertama kerajaan BERJAYA, beliau diberi portfolio sebagai Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat dari April 1976 hingga Julai 1976. Selepas rombakan kabinet, beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan. Beliau menyandang jawatan tersebut dari Julai 1976 hingga 1979.
Selepas menang kerusi yang sama pada pilihanraya negeri Sabah 1981, beliau dilantik kembali sebagai Menteri Komunikasi dan Kerjaraya (disandang sejak 1980). Beliau turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri. Beliau menyandang kedua-dua jawatan tersebut hingga April 1985. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Menteri (Acting CM) pada Mac 1985.
Sumbangan Kerjaya
Tan Sri Suffian Koroh merupakan pengasas dan Presiden pertama Organisation for Industrial and Socio Cultural Advancement (OISCA) Sabah Chapter, yang berpusat di Jepun. Beliau menyandang jawatan tersebut dari 1979 hingga 1985.
Melalui perbincangan dengan OISCA Japan, "Rancangan Kerjasama Pembangunan Malaysia Timur" telah dimulakan pada Jun 1977. Dengan kerjasama Kementerian Pertanian Negeri Sabah, Perbadanan Kemajuan Pertanian dan OISCA, sebuah pusat latihan telah dibuka di Keningau. Sumbangan di negeri Sabah mendapat sambutan yang menggalakkan, dan pada tahun 1984, atas permintaan Perbadanan Pertanian KADA di bawah kawalan terus Kementerian Pertanian Malaysia, program latihan di Semenanjung Malaysia turut dimulakan. Dasar pro-Jepun Tan Sri Suffian adalah sebelum Dasar Pandang Ke Timur (Look East Policy) diumumkan oleh Tun Mahathir.
Memandangkan OISCA telah lama menjalankan pembangunan sumber manusia di Malaysia, ramai alumni pelatih di Jepun membesarkan model untuk pembangunan wilayah seperti memulakan perniagaan sendiri, dan juga melahirkan menteri-menteri kerajaan pusat.
Rujukan
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/491794/bekas-timbalan-ketua-menteri-sabah-meninggal-dunia
- ^ "The 'Kendang Kerbau' graduates". www.dailyexpress.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-01-10. Dicapai pada 2025-05-19.
Lain-lain
• R.M. Jasni et al., "Sejarah Parti Berjaya", Iris Publishing, Kota Kinabalu (2013).
• "Malaysia Who's Who in Politics & Judiciary", Kasuya Publishing, Kuala Lumpur (2017). ISBN 978-983-9624-11-3