Datuk Seri Panglima O.K.K Gunsanad Kina S.P.D.K. | |
---|---|
Kelahiran | 1840 Bandukan, Keningau, Kesultanan Brunei |
Meninggal dunia | 1930 (berumur 89–90) |
Pekerjaan | Pemimpin anak negeri |
Pasangan | Randus (isteri pertama) Songkok (isteri kedua) Sinotoh (isteri ketiga) Kiningkin (isteri keempat) Eyin (isteri kelima) |
Anak-anak |
|
Datuk Seri Panglima Orang Kaya-Kaya Gunsanad Kina ialah seorang pemimpin tempatan di Borneo. Beliau dilahirkan pada 1840 di Bandukan, Keningau. Beliau ialah pemimpin kaum Dusun dan Murut pada zamannya. Bersama-sama dengan Sampuun dari Tambunan, beliau menjadi salah seorang tokoh penting yang terlibat dalam mendapatkan Syarikat Borneo Utara British untuk mentadbir secara aktif kawasan-kawasan pedalaman Borneo Utara ketika itu.
Beliau ialah bapa kepada dua pemimpin tempatan Sabah, Sedomon Gundanad dan G.S. Sundang.