Śrī Jayanāśa | |||||
---|---|---|---|---|---|
Maharaja Diraja Suvarnabhumi | |||||
Maharaja Sriwijaya | |||||
Pemerintahan | 671 – 702 | ||||
Didahului oleh | Tiada | ||||
Diikuti oleh | Śrī Maharaja Indrawarman | ||||
|
Dapunta Hyang Sri Jayanasa (IAST: IAST: Ḍapunta Hiyaṃ Śrī Jayanāśa) adalah Maharaja pertama dari Srivijaya dan pengasas dinasti Kadatuan Srivijaya. Namanya disebutkan dalam siri-siri batu prasasti bertarikh dari akhir abad ke-7 Masihi juga digelar sebagai "prasasti Siddhayatra", menggambarkan perjalanan suci baginda untuk mendapatkan rahmat dan juga untuk menakluki kawasan sekitarnya. Dia memerintah di sekitar pergantian abad ke-7 ke abad ke-8 atau lebih tepat lagi, dalam tempoh antara 671 dan 702 Masihi.
Biografi
Menurut I Tsing, sami Buddha Cina yang mengunjungi Srivijaya pada tahun 671 dan menetap di sana selama 6 bulan, dia kagum dengan kemurahan hati, kebaikan dan layanan yang ditunjukkan oleh Maharaja Srivijaya.[1] Maharaja Diraja yang disebut dalam laporan I Tsing kemudiannya telah dikaitkan dengan Maharaja yang disebut dalam Batu prasasti tertua Srivijaya, juga dari abad ke-7, pada tanggal 682 Masihi, Batu Bersurat Kedukan Bukit yang ditemui di Palembang,[2] juga difikir merujuk kepada orang yang sama.[3][4]
Batu Bersurat Kedukan Bukit tulisan bertanggal 605 saka (683 Masihi),[5]:82–83 menyebut Jayanasa yang digelar Dapunta Hyang yang dilakukan Siddhayatra (perjalanan suci) dengan kapal. Dia berangkat dari Minanga Tamwan diiringi 20,000 bala tentera menuju ke Matajap dan menguasai beberapa tempat sekitarnya. Prasasti lain yang memberitahu bahawa perjalanan Siddhayatra dan penaklukan di sekitarnya seperti Kota Kapur, ditemui di Pulau Bangka (686 Masihi), Karang Brahi ditemui di Jambi Hulu (686 Masihi) dan Palas Pasemah ditemui di selatan Lampung, kesemuanya menyebut peristiwa yang sama.
Dari semua catatan ini, telah dibuatkan satu kesimpulan yang Dapunta Hyang menubuhkan Empayar Srivijaya setelah menewaskan musuh-musuhnya di Jambi, Palembang, Selatan Lampung dan Pulau Bangka.[6] Baginda meneruskan serangannya dengan menghantar bala tentera terhadap Bhumi Jawa yang menyumbang kepada kejatuhan Tarumanagara, Kerajaan Jawa Barat.
Rujukan
- ^ Takakusu, Junjiro (1896). A record of the Buddhist Religion as Practised in India and the Malay Archipelago AD 671-695, by I-tsing. London: Oxford.
- ^ Casparis, J.G. (1975). Indonesian palaeography: a history of writing in Indonesia from the beginnings to C. A, Part 1500. E. J. Brill. ISBN 90-04-04172-9.
- ^ Cœdès, George (1918). "Le Royaume de Çriwijaya". Bulletin de l'Ecole français d'Extrême-Orient. 18 (6): 1–36.
- ^ Cœdès, George (1930). "Les inscriptions malaises de Çrivijaya". Bulletin de l'Ecole français d'Extrême-Orient (BEFEO). 30: 29–80.
- ^ Coedès, George (1968). Walter F. Vella (penyunting). The Indianized States of Southeast Asia. trans.Susan Brown Cowing. University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-0368-1.
- ^ Elfriede Hermann; Karin Klenke; Michael Dickhardt (2009). Form, Macht, Differenz : Motive und Felder ethnologischen Forschens. Universitätsverlag Göttingen. m/s. 254–255. ISBN 978-3-940344-80-9.