Georges Cœdès (10 Ogos, 1886 - 2 Oktober, 1969) merupakan seorang ahli sejarah dan arkeologi Perancis pada kurun ke-20 yang mengkhususkan kajiannya tentang Asia Tenggara. Coedès dilahirkan di Paris dalam satu keluarga imigran Hungary-Yahudi.[1] Keluarganya sudah menetap di wilayah Strasbourg, Perancis sebelum tahun 1740. Nenek moyangnya dikatakan telah bekerja dengan Perbendaharaan Diraja sejak sekian lama.[2] Datuknya,Louis Eugène Coedès merupakan seorang pelukis, anak murid kepada Léon Coignet. Bapanya Hyppolite adalah seorang pekerja Bank.
Coedès menjadi pengarah Perpustakaan Kebangsaan Thailand pada tahun 1918, dan pada tahun 1929 ditugaskan pula sebagai pengarah L'École française d'Extrême-Orient sehingga tahun 1946. Beliau menetap di Paris sehingga meninggal dunia pada tahun 1969. Beliau menulis dua teks asas dalam bidangnya, The Indianized States of Southeast Asia (1968, 1975) dan The Making of South East Asia (1966), dan juga beberapa artikel lain di mana beliau membangunkan konsep "Kerajaan Keindiaan" (Indianized Kingdom). Bagaimanapun, sarjana-sarjana moden bersetuju yang "pengindiaan" sebenarnya tidak berlaku secara menyeluruh seperti yang dipercayai Coedès, kerana banyak amalan-amalan asli penduduk asal Asia Tenggara masih kekal wujud di bawah pengaruh India.
Georges Coedès telah diberi kredit kerana membuat penemuan semula kerajaan Srivijaya yang pengaruhnya meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Jawa. Kebanyakan orang Indonesia, termasuk yang menetap di kawasan Palembang yang kononnya menjadi pusat kerajaan tersebut, tidak pernah mendengar tentang Srivijaya sehingga tahun 1920-an, apabila Coedès menerbitkan penemuan dan interpretasinya dalam akhbar berbahasa Indonesia dan Belanda.[3]
Darjah kebesaran
Coedès menerima beberapa darjah kebesaran seperti berikut:
- 1919 - Commander (Third Class) of the Most Exalted Order of the White Elephant (Thailand)[4]
- 1926 - Légion d'honneur (Perancis).
Rujukan
- ^ Alatas, Farid, et al. (2004)Asia in Europe, Europe in Asia International Institute for Asian Studies, Institute of Southeast Asian Studies ISBN 981-230-206-9
- ^ Coedès family archives
- ^ Taylor, Jean Gelman (2003). Indonesia: Peoples and Histories. New Haven and London: Yale University Press. m/s. 8–9. ISBN 0-300-10518-5.
- ^ The Royal Gazette, Vol. 46, Page 3425. December 29, B.E 2472 (C.E. 1929). Retrieved on November 20, 2008.
Bacaan lanjut
- Higham, Charles (2001). The Civilization of Angkor. Phoenix. ISBN 1-84212-584-2.
- National Library of Australia. Asia's French Connection : Georges Coedes and the Coedes Collection Diarkibkan 2011-10-21 di Wayback Machine