![]() | |
| Geography | |
|---|---|
| Lokasi | Asia Tenggara |
| Koordinat | 2°15′S 106°00′E / 2.250°S 106.000°E |
| Pemeringkatan keluasan | 68th |
| Pentadbiran | |
Indonesia | |
| Demografik | |
| Penduduk | 626,955 |
Pulau Bangka (atau kadang-kadang Pulau Banka) ialah sebuah pulau terletak di timur Sumatera, Indonesia. Penduduknya seramai 626,955 orang (1990) di kawasan seluas kira-kira 11,910 km² (4,600 batu²).
Ada juga sebuah pulau kecil bernama Pulau Bangka di utara Sulawesi, Indonesia.
Geografi
Pulau Bangka adalah sebuah provinsi pulau bersama dengan Pulau Belitung. Pulau Bangka terletak hanya di timur Sumatra, diasingkan oleh Selat Bangka; di utara terletaknya Laut China Selatan, di timur, di sebarang Selat Gaspar, adalah pulau Belitung, dan di selatan adalah Laut Jawa. Saiz pulau adalah lebih kurang 12,000 km². Kebanyakan dari muka-muka geografi terdiri dari lower plains, swamps, small hills, beautiful beaches, lada sulah fields and lombong biji timah.
Pekan terbesar adalah Pangkalpinang yang juga berkhidmat sebagai ibu negeri provinsi Bangka-Belitung. Sungailiat adalah bandar terbesar kedua di pulau Bangka. Muntok adalah pelabuhan utama di barat. Pekan penting lain adalah Toboali di rantau selatan, Koba sebuah pekan pelombongan biji timah, juga terletak di bahagian selatan pulau, dan Belinyu sebuah pekan masyhur dengan barangan makanan lautnya. Ada 4 pelabuhan di pulau Bangka; Muntok di hujung barat, Belinyu di hujung utara, Sadai di hujung selatan, dan Pangkal Balam adalah yang terdekat dengan Pangkal Pinang.
Ekonomi
Sejak c. 1710, Bangka telah menjadi salah satu pusat menghasil-biji timah utama di dunia. Pengeluaran biji timah adalah sebuah monopoli kerajaan Indonesia, dan ada smelter biji timah terbesar di Muntok. Lada putih juga dihasil di pulau ini.
Demografi
Kebanyakan penduduk adalah Melayu dan Cina, kebanyakannya orang Hakka. Penduduknya dibelah di antara mereka yang bekerja di pelombongan biji timah, ladang minyak kelapa sawit, ladang getah, nelayan dan mereka yang bekerja di ladang lada.
Sejarah
Pulau Bangka telah dipajakkan kepada Britain oleh sultan Palembang pada 1812, tetapi pada 1814 pulau tersebut telah secara haram ditukarkan dengan Belanda untuk mendapat Cochin di India. Pulau ini diduduki oleh Jepun dari Februari 1942 sehingga Ogos 1945. Pulau Bangka menjadi sebahagian daripada negara Indonesia yang merdeka pada 1949.
Pulau ini bersama dengan pulau bersebelahan iaitu Pulau Belitung terdahulu merupakan sebahagian daripada wilayah Sumatra Selatan, tetapi pada tahun 2000 kedua-dua pulau telah diubah menjadi wilayah baharu Bangka-Belitung. Bangka adalah masyhur dengan dua peristiwa lain; pembunuhan Pulau Bangka sewaktu Perang Dunia Kedua oleh tentera Jepun terhadap jururawat-jururawat Australia dan tentera-tentera Kuasa Berikat seperti dipetik oleh buku "Lord Jim" karya Joseph Conrad.
Pada 1930 Pulau Bangka mempunyai penduduk berjumlah 205,363.[1]
Pulau Bangka juga menjadi tempat persembunyian kepada sebilangan komunis Indonesia yang telah berada di bawah tahanan rumah sejak penyingkiran anti-Komunis yang membunuh ramai anggota komunis Indonesia pada 1965 sehingga 1966 dan sejak itu mereka dilarang meninggalkan pulau tersebut.[perlu rujukan]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Columbia-Lippincott Gazetter









